Thursday, January 28, 2010

Tangkap Syahdu ...Bicara Ehsan



Aku rasa sedihlah pulak bila menonton cd Bicara Ehsan yang dihasilkan oleh pelajar sempena Majlis Persaraanku. Terima kasih kepada AJK :

Penasihat - Cik Maizura
Pengerusi - Arvin Raj
Ketua MPP - Thirann
Ketua Editor - Nur Atiqah
Penyunting & Jururakam - Anis Hayati


Aku masih teringat suatu hari Atiqah & Anis datang berjumpaku, mohon untuk temuduga, tetapi aku tersangatlah sibuknya untuk persediaan persaraan. Semuanya mesti disiapkan sebelum bersara. Aku tak mahu terhegeh-hegeh datang lagi untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum dibereskan.



Aku pernah dengar cerita ada Pengetua yang hadir ke sekolah selepas pencen setiap hari, hingga pentadbiran baru mengadu ke pihak atasan. Aku tak mahu terjadi padaku.


Pada ketika itu tak diterangkan ngapa temuduga itu dilakukan, konon untuk mensurprisekan aku... hingga ke akhirnya aku tak ada dalam Bicara Ehsan itu. Alangkah terkejutnya aku bila ditayangkan pada Majlis Persaraan itu..aku tak dapat buat pesanan apa-apa!! nyesalnya aku..ngapa tak tanya mereka untuk apa!! atau nyapa tak luangkan masa hanya beberapa minit saja, ia dapat disimpan untuk seumur hayat.

Nyesal kemudian tak berguna.. Sekurang-kurang dapatlah aku meninggalkan pesan kepada semua murid dan guru-guru. Walaupun pesanan telah disampaikan dalam kata-kata akhir tapi ia berlalu dibawa angin entah ke mana..kalau ditanya balik mungkin tak ada siapa yang ingat.. Sedih! Sedih ! Sedih ... Menyesal Kemudian Dah Tak Guna...

2 comments:

  1. Salam...
    kenangan sepanjang puan yang ada di SMKDE sgt indah, byk jasa & pengorbanan cikgu lakukan
    terima kasih atas segalanya ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam diterima!! terima kasih pujiannya...kan ker telah dibayar gaji untuk kerja yang cikgu lakukan.. baru kosong- kosong, sikit sangat jasanya kalau nak dikira.. Anis.

    ReplyDelete