Tuesday, January 19, 2010

Kasih Cucu Kasih Abadi !!








Ibu dengan lenangan air mata menceritakan padaku kisah kakak sulungku Fuaduz meninggal dunia kerana kerinduan pada datuk dan opahnya.
Fuaduz masa kecilnya ditinggalkan pada datuk dan opahnya. Mereka tersangat menyayangi, kebetulan 2 orang emak saudaraku pada masa itu belum berkahwin. Kakakku dididik dengan limpahan kasih sayang. Apabila ia berumur tiga tahun ibuku mengambilnya dan membawa tinggal di Kedah.

Dari hari pertama lagi dia tercari-cari Opah dan Atuknya, hendak bercakap dia tak tahu perkara, jadi menangis tercari ke sana ke sini. Paling ketara pada waktu Maghrib ramai orang ke masjid untuk berjemaah, dia menjerit-jerit Atuk, Atuk..emmmmm Opah Opah.. terus menangis dan mengintai jemaah kerana ia merasakan Atuk dan Opahnya ada di situ.

Sudah tiga bulan dia merindui Atuk dan Opahnya, badannya semakin kurus, tak mahu makan dan minum, ambil sedikit susu, lagi mencari Opah dan Atuknya. Pada masa itu pengangkutan amat sukar sekali, hanya ada keretapi sahaja. Ibuku tidaklah memberi tahu Ayah kisah kakak yang sedang sakit merindu mereka.

Kebetulan ketika itu kehidupan keluargaku tersangatlah susah tak mampu hendak menghantarnya balik ke kampung di Perak. Kejadian ini berlaku dalam tahun lebih kurang 1953 aku masih kecil lagi.

Satu hari bapa saudara singgah ke rumah ibuku, dilihatnya kakak terlantar, kurus dan pucat dan tidak bermaya. Dipeluknya dan menangis-nangis sebut nama Atuk dan Opah. Bapa saudaraku malam itu juga menelepon ke kampung..ketika itu balai polis saja ada telefon.

Sesampai saja Atuk dan Opahku kakakku menangis dan memeluk-meluk mereka hingga tak mahu melepaskannya. Opahku menangis yang amat sangat!! hendak dimarah ibuku pun tak sampai hati melihatkan betapa miskinnya kami.

Malam itu dia hendak tidur ditengah-tengah antara Atuk dan Opah. Tangan kanannya memegang susu Opahnya dan tangan kirinya memegang tangan Atuknya. Pagi-pagi lagi terdengar Atukku menangis diikuti dengan tangisan Opahku...suasana rumah begitu sedih sekali,Fuaduz kakakku telah pergi selama-lama membawa kasih abadi bersama-sama nya.

Aku langsung tidak pernah tahu rupanya, Malahan kuburnya telah tidak dijumpai lagi, hilang bersama kisah sedihnya. Ibuku tersedu-sedu masa menceritakan kepadaku..sudah beberapa kali aku mengingati kisah dan berazam hendak menulisnya malam ini. Ya Allah aku mohon pada mu Ampunkan mereka, Ibu, Ayah, Atuk, Opah dan kakakku yang telah tiada lagi bersama ku. Amin Ya Rabbul Alaminnn....

1 comment:

  1. Salam adik-adik sekalian, kisah ini kesah benar yang diceritakan oleh ibu kepada akak dan disimpan dalam arkib sendiri hingga hari ini, baru dapat diluahkan untuk dikongsi bersama. Sebenarnya banyak kisah2 sedih yang disimpan belum dapat diluahkan, kerana akak sedih selepas diluahkan ada gangguan emosi sikit.

    ReplyDelete