Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Friday, January 29, 2010
Kelahiran Anakku Lordmint.
Asyik aku memerhatikan anakku yang baru lahir beberapa jam lepas. Comel betul mukanya, rupa aku masa kecil agaknya. Tiba-tiba suami menerpa dengan hairan dan agak terkejut.
”Dah bersalin, bila? ” sambungnya lagi.
‘Tengah hari tadi ‘ kataku.
Suamiku merenung anaknya begitu asyik sekali, sesekali dia tersenyum bahgia, maklumlah anak pertama dan lelaki pula tu, yang memang diidamkan sejak aku mengandung lagi. Suamiku bersuara lagi ‘ Ngapa tak makan ‘ bila ditenguknya makanan di meja belum disentuh.
Aku sebenarnya keletihan kerana sakit bersalin sejak dari pagi lagi, rasa tidak berdaya yang amat sangat . Hatiku tetap gembira kerana memang sangat-sangat menanti kelahiran si comelku. Suamiku mengambil talam makanan dan meletakkannya di depanku. Makan-makan, tak boleh nanti perut kosong ,sakit lain pula datang,” katanya.
Aku pun makanlah, betul juga kalau masuk angin lagi kacau. Lauk ayam masak kicap , sayur sawi dan buah tembikai. Mula-mula tadi rasa tak selera, tapi bila makan sedap pula rasanya, kerana aku dah tak makan dari malam tadi lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment