Friday, January 15, 2010

Gulai Paling Sempoi di dunia inii...



Aku sangat suka menu gulai tempoyak tak kira dengan ikan apa pun, tapi fave ku ikan terobok campur dengan taugeh kasar/besar.. aduh sedapnya.

Aku pun mencari bahan-bahannya..jadilah ikan terobok gulai tempoyak. Malang tak berbau , bila kami makan tengahari, tak ada anak yang mengusik gulai tersebut, kesian ikan terobok tu. Apa lagi aku soranglah mengerjakannya. Dulu masa ayahku ada bila makan gulai tempoyak akan dicampur dengan minyak kedio. Aku ingat nama kedio kerana sedapnya, tetapi aku tak tahu sebutan yang betul dan dari pokok apa diperolehi minyak kedio ini. Tinggal kenangan sajalah.

Zaman dah berubah , cara pemakanan juga dah berubah. Anak-anak kini sudah tidak suka makan makanan orang dulu-dulu lagi. Tinggal kenangan yang tak abadi lagi. Slurrrp.. sedapnya kuah gulai tempoyak...hingga menjilat senduk. Manalah hendak tau..resipi gulai tempoyak, cikguyang suka membantu. Gulai yang sempoi di dunia.

No comments:

Post a Comment