Wednesday, January 13, 2010

Sakitnya Mencari Isteri .... sambungan

Ouuup!! Jumpa lagi.

Kata kawanku satu hari dia berjumpa dengan seorang gadis, cantik, lemah lembut, bersopan santun dan keseluruhan penampilannya agak baik . Ia hendak mengetahui gadis itu dengan lebih mendalam , maka diajak gadis itu dengan kawan-kawannya pergi berkelah di Port Dickson.

Hebatnya pasukan kompang.

Berbagai aktiviti diadakan, memang meriah dan ceria sekali. Bila mereka hendak mandi-mandi tentu mereka akan bersalin pakaian, di sini juga Si lelaki boleh mengetahui sedikit-sedikit hal-hal peribadi si gadis, seperti dia ada telinga ke tidak , ada rambut ke botak atau lain-lain.

Tetamu yang hadir

Kawanku ternampak kaki Mak We nya begitu teruk sekali, dahsyat katanya , tumitnya merekah-rekah dan ada garis-garis hitam yang kelihatan kotor..macam mana nak jadi isteri dia nanti, nak pegang tumitnya pun aku geli katanya , sebelum ini dilindungi dengan sarung kaki.

Terbeliak mataku! boleh nampak? fikirku. Oh ya! tak perlu putus, bawa saja dia ke Klinik atau ke Pusat Kecantikan , ambil treatment tentu semuanya selesai kataku. Tapi kawanku dah putus asa dari awal lagi..Mak We nye ditanggalnya lagi. Dia akan terus mencari....kesian kataku!!

Terus bersama ku selepas ini!!

No comments:

Post a Comment