Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Friday, January 29, 2010
Dalam Pantang...Suatu Keselesaan atau Penyeksaan
Gambar-gambar adalah hiasan dan terpulang kepada anda memilihnya...bukan iklan.
Aku dalam pantang dijaga oleh ibu di kampung, seperti menatang minyak yang penuh, aku dapat merasakan betapa sayangnya keluargaku kepadaku.
Barulah aku rasa betapa peritnya berada dalam pantang, air minum panas dan tak sampai setengah gelas. Lauk hanya ikan masin bakar, ikan bilis digoreng dan dicampur dengan lada hitam dan sesekali daging dan ayam.
Masakan mesti dibubuh lada hitam. Ibu memasakan aku sambal ikan daing, iaitu ikan masin dimasak seperti rendang daging sampai kering , sedapnya ,itulah kepakaran ibuku di kalangan keluarganya.
Ibuku menyediakan sendiri ubat bersalin dan alat-alatan dalam pantang. Dia hanya memanggil tukang urut untuk mengurutku selama tiga hari, yang lain-lain dia buat sendiri.
Setiap pagi aku disalai, duduk atas katil salai dan dibakar arang di bawahnya untuk memanaskan badanku supaya pulih seperti biasa. Kata ibu dulu orang tua-tua gunakan kayu pokok rambutan kerana panasnya tahan lama. Kawan-kawanku mengusik, Wau!!! betul-betul jadi Permaisuri Raja dia!!!
Jelesle tu kataku.. hehehe!!
disambung - apa yang aku alami masa bersalai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment