Sunday, January 24, 2010

Muridku Tergantung!!! Kantoi le tu .....









Tiba-tiba h/phoneku berbunyi, aku sedang meronda kawasan sekolah. Cikgu! cepat , ada murid panjat pagar belakang nih cikgu. Aku berlari ke belakang kawasan sekolah, dua murid sedang memanjat pagar hendak ponteng sekolah. Ouppp!! jangan ponteng sekolah sayang oi!! , cikgu rakam gambar kamu nih.

Kedua-duanya terkejut, seorang dah di luar pagar, seorang lagi sedang melangkah pagar, tiba-tiba kepalanya jatuh ke bawah, kerana seluarnya tersangkut di pagar. Mengelupar dia dan tak cuba pun nak melepaskan diri, jadi tergantunglah dia ... dia pucat-lesi mukanya, kulihat dia menggigil yang amat sangat.

Aku pulak ler yang tolong melepaskan dari tergantung. Dia panik !! minta maaf cikgu, saya janji tak buat lagi.Apa aku nak kata...murid di luar pagar tu terpaku tak berkata apa-apa. Aku arahkan masuk balik ikut pagar depan dan datang ke pejabat sekarang juga.

Kedua-dua kena leter ler!! Ingat tak cikgu dah pesan masa perhimpunan..dulu, kalau kamu panjat pagar kami doakan kamu tersangkut di pagar?.. faham. Senyap!, aku pandang muka mereka..faham Cikgu. Kami janji tak buat lagi.

Ok! Takpa..tapi Cikgu masukkan dalam rekod disiplin , kes kamu nih!!. Kira dia terkantoi ler tu!!! baru tahu....

No comments:

Post a Comment