Friday, January 15, 2010

Sedapnya !! Durian.

Durian


Malam tadi aku makan durian, yang aku memang tahu tak bagus untukku kerana kesihatan tak mengizinkan. Tapi aku teringin sangat.

Dulu masih kecik-kecik durian dimakan dengan pulut bubuh santan dan garam, campur semua..mak datuk sedapnya tak dapat nak ceritakan. Durian juga kalau dibuat sambal tak nampak telinga sedapnya.

To Klnyc ....Durians

Durian juga kalau dibuat kuah durian dimakan dengan pulut atau cicah dengan roti.. sedap giler hingga tak nampak mentua lalu kat belakang. Bestnya rasa raja buah nih.

Tapi tak taulah nasib raja buah nih! peringkat kanak dan remaja dah ramai tak suka makan durian lagi. Kajian-kajian telah dijalankan, soal-selidek dilakukan ..Kini remaja dan kanak-kanak sudah tidak suka makan durian lagi. Tak tahulah 50 tahun apa akan jadi..macam mana nak komen ,ketika itu aku dah tak ada.

Durian juga kalau dibuat tempoyak...boleh masak gulai tempoyak dengan ikan terobok.. sedap, sedap.. teringinlah pulak nak makan gulai tempoyak ikan terobok. Nanti ku usahakan...

No comments:

Post a Comment