Monday, January 18, 2010

Pemanis Yang Ku Suka!!

Penganan Basah



Aku seronok hendak mencuba balik pemanis mulut yang sering dibuat oleh ibuku pada bulan puasa ketika aku kecil. Ibu telah mengajarku dari memperoses tepung hinggalah siap untuk dimakan.


Pengat Keledek.

Ini pemanis yang senang hendak disediakan. Aku suka makan pengat ubi keledek kerana dapat memasaknya dengan cepat sekali.



Agar-agar Santan

Agar-agar santan juga kegemaranku. Bukan senang untuk menghasilkannya,tetapi anak-anakku tak makan langsung, kata mereka manis dan tak menyelerakan.





Ondeh-ondeh/Coconut Poppers

Buah Melaka adalah makanan pilihan yang ku bawa ke sekolah setiap kali ada acara di masa aku tingkatan 4 & 5. Cikgu kelas ku, tentu menunjuk pada ku..awak bawa buah melaka ya. Ya cikgu, tak ada bantahan dariku. Aku mula dengan memproses tepungnya dulu. Tapi aku bangga cikguku percaya aku mampu menghasilkan dengan banyak sekali hingga satu talam, setiap kali acara.


Dessert/Sumsum Gula Melaka


Kanji sumsum ini kegemaran ibuku.. dengan menggunakan gula melaka rasanya lebih enak.


Semua pemanis ini tidak disukai oleh anak-anakku. Apabila aku memasaknya hanya untuk aku dan suami sahaja. Anak-anakku lebih suka makan cucur bawang, cucur udang, cucur jagung dan gorengan pisang,keladi,pisang dan lain-lain lagi.


Akhirnya pemanis ini pun akan pupus akhirnya..kerana tidak disukai oleh golongan remaja.

No comments:

Post a Comment