Saturday, January 16, 2010

Sakitnya Mencari Seorang Isteri...

Sekitar pengantin


Adikku tergesa-gesa hendak ke luar ke kota,kerana berjanji dengan kawannya untuk keluar makan. Mereka berjanji akan bertemu di Kota Raya. Sampai dekat Pasar Central dia pun turun untuk ke Kota Raya.

Tiba-tiba di kelilingi oleh 3 orang remaja, adikku terkejut beruk..Seorang daripada remaja itu memegang tangannya. Abang! boleh tak kami ikut abang berjalan-jalan dan makan-makan.. boleh ya bang!.

Adikku tergagap-gagap..otaknya berpusing tidak ada alasan hendak diberi. Remaja tu merayu-rayu.. adikku terus lari menaiki bas yang berhenti di situ. Badannya menggigil tidak menyangka remaja melayu boleh bertindak demikian.

Masyaallah!! begitu beraninya remaja sekarang ini.. untuk dapat makan percuma sanggup menjatuhkan maruah mereka. Ibu-bapa mereka tentu tidak tahu apa yang anak mereka lakukan.

Malu rasanya aku apabila seorang doktor menyatakan kepadaku, budak-budak Melayu murah cikgu, hanya dengan semangkuk sup dan segelas air sirap menjadikan mereka mengunjungi klinik beberapa bulan kemudian....

Diharapkan perkara-perkara ini tidak berlaku lagi.... InsyAllah.

No comments:

Post a Comment