Pening kepalaku memikirkan kawanku masih belum berjumpa jodohnya. Dia mula berkenalan dengan seorang gadis yang sederhana penampilan dan cukup syarat-syarat agama dan keluarganya.
Kawanku mengharapkan yang ini akan menjadi jodohnya, pendiam , senyum , berbudi bahasa, lembut dan serba-serbinya menariklah. Mereka mula rapat dan mengenal hati budi masing-masing. Pada satu hari mereka berkunjung ke rumah kawan mereka yang mengadakan jamuan Hari Jadi anaknya.
Mereka bermain kerom, riuh-rendah dengan hilai ketawa. Tiba-tiba suatu benda terpelanting atas papan kerom ... gigi palsu - dua batang gigi. Semuanya terkejut dan ketawa segila-gilanya. Si gadis terus ambil gigi dan berlari ke dapur...kesihan dia, menangis kerana malu.
Emmm!!! kawanku pun serba-salah, dia dari awal lagi memang akan reject kalau orang bergigi palsu. Aku nasihatkan dia , boleh diselesaikan dengan memasang crown bagi gigi tersebut . Aku agak dah..... selesai lagi. Pencarian bermula lagi..
No comments:
Post a Comment