Friday, January 15, 2010

PETAI OH PETAI !!

Petai - dari pokok Ngah Yam Abi, Perlis.



Sekarang nih petai menjadi makanan orang tua-tua. Anak-anak tak mahu makan ulam petai kerana kata mereka, petai baunya busuk..malahan setelah makan bila buang air juga baunya busuk. Tentu toksid banyak ditinggalkan dalam badan kita.

Bagi kita orang tua , petai merupakan ulam yang sedap boleh menaikkan selera kita. Boleh dimakan terus sebagai ulam. Boleh dimasak terus seperti sambal tumis petai atau masak lemak ikan bilis petai.
Sambal Petai ikan bilisJeruk petai juga sangatlah sedap dimakan bersama sambal belacan. Sedapnya hingga bertambah-tambah nasi berpinggan-pinggan. Saya juga sangat meminati petai tetapi kerana seisi rumah tidak menyukainya menyebabkan petai juga jarang bertandang ke rumah...

1 comment:

  1. Dah lama saya tak makan sambal tumis petai ni...

    Terliur rasanya! =)

    ReplyDelete