Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Monday, January 18, 2010
Hadiah, Cederahati, Cenderamata, Gift....Apa matlamatnya..
Setiap tahun sekolah akan menyambut Hari Guru di sekolah masing-masing. Setiap tahun saya memesan kepada murid-murid jangan bagi hadiah kepada saya.. sudah 15 tahun jadi pengetua hadiah-hadiah sangat banyak,sehingga 2 almari penuh dan masih ada yang disimpan dalam kotak.
Hadiah berbentuk pinggan-mangkok, gelas, periuk, kipas angin, kain batik, tudung dan yang boleh digunakan semua saya gunakan. Barang-barang perhiasan yang diterima diletakkan dalam almari, sepenuhnya tetapi kerana terlalu banyak ,maka ada setengahnya diletakkan dalam kotak.
Saya setiap tahun menerima hadiah-hadiah dari anak murid. Kesihan mereka terpaksa mengumpul duit untuk menyediakan hadiah itu. Sudah banyak kali saya berpesan di perhimpunan, sehingga saya bawa 2 bakul hadiah dan tunjuk pada mereka , saya sudah banyak terima hadiah, tetapi tidak berhasil saya masih menerima hadiah setiap tahun.
Sekarang hadiah itu akan ke mana ya? sekiranya saya meninggal dunia!!....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment