Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Monday, January 18, 2010
Ke Kuching Menjenguk Adik di sana..
Aku dan adikku pergi melawat adik lelakiku yang tinggal di Kuching , tujuan asalnya membawa gambar untuk di pilih bakal calon isterinya. Kami fikir dengan senang hati tentu adikku menerima cadangan kami. Kerana kesihankan dia hingga sekarang belum berumahtangga.
Sambil itu dapatlah kami melancong ke bandar Kuching, entah berapakali datang ke sini tapi masih tak puas-puas untuk shopping juga.
Di sana kami dapat bertemu dengan Emot rakan flickrku, kami pergi ke WaterFront untuk mengambil gambar. Terima kasih Emot.
Kami berdua dibelanja makan Emot di Jentayu Restoran, bestnya, menu dan resepinya Emot sendiri, sedap hingga menjilat jari. Terima kasih Emot!! lain kali belanja lagi!!
Kami balik ke KL dengan kenangan yang manis..ketika itu Bangunan Dewan Undangan Negeri masih belum siap lagi.
Sekaraang sudah digunakan. Bye Kuching...kami akan sampai lagi!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
welcome to blogworld..gmbr yg kt atas ni cantik2..bestkan jejln ngn family..smoga terus berbhgia..amin...
ReplyDeleteSalam!! terima kasih doanya.
ReplyDelete