Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Wednesday, January 20, 2010
Aku Ke London Hari Ini!!
Aku ke London hari ini!! he he he, bukan London England le.. LONDON Weight Management kat Jaya Jusco Kepong aja. Bukan untuk slimkan body tapi untuk membakar lemak/fat burning.. Doktor dah nasihatkan supaya kurangkan lemak supaya perjalanan darah dapat berjalan dengan lancar ...kebanyakkan penyakit terjadi kerana lemak yang berlebihan dalam badan.
Semua orang tahu lemak dalam badan menyebabkan berbagai-bagai penyakit. Tak perlulah aku sebutkan nanti tak ada kerja ler pulak doktor kat Malaysia nih..diambil alih cikgu pencen.
Bila Doktor nasihat suruh kurangkan berat badan...aku terus saja ke London.. bukan untuk melangsingkan badan, dah tak sesuai dah berumur nak langsingkan badan. Tapi ingin tahu , sekiranya aku nak membakar lemak.. rupanya ada programnya. Lega dah sedikit lemak-lemak ku dah mula pergi..diharapkan akhir nanti lemak itu akan hilang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terimakasih kerana melawat blog saya iaitu My Digital Camera. Sila lawati blog saya yang terbaharu Penyediaan Surat Wasiat
ReplyDeleteOk! Terima kasih.
ReplyDelete