Friday, January 15, 2010

Ayam ! Ayam ! Ayam...














Ayam lauk terpilih anak-anak kini. Kalau satu hari tak masak lauk ayam, anak-anak merungut. Ikan kata mereka, susah nak makan sebab ada banyak tulang.Ayam pula boleh dimasak berbagai jenis menu dan rasanya Enak hingga menjilat jari.

Hari-hari aku memikirkan apa yang hendak dimasak hari ini?. Sup ayam dah, kurma dah, goreng ayam dah, ayam bakar dah.. dalam satu ,minggu setiap hari mesti ada ayam. Bau ayam pun aku dah tak suka.

Apa nak dikata dah pencen jadi suri rumah tangga sepenuh masalah jawabnya. Aku nak masak memang taj jadi hal..kerana antara hobi ku memasaklah. Tapi yang jadi masalahnya ialah apa jenis masakannya jadi masalah. Setiap hari jenis menu ayam akam berlegar dalam kepala otak ku. Tolong!!!...aku.

No comments:

Post a Comment