Monday, January 4, 2010

Pengalaman Ngeri Yang Tak dapat Dilupakan.

Ketika ini umurku 16 tahun , suasana di rumah ketika itu agak tenang jam kira-kira pukul 3.oo pagi. Ayahku keluar mencari bidan kerana ibuku sudah mula sakit nak bersalin. Aku gelisah mendengar ibuku mulai mengerang kesakitan, semakin lama semakin kuat. Mah! tolong ibu masakkan air panas satu teko, ambilkan kain batik dan mari dekat ibu. Jantungku berdenyut semacam selepas lari 100meter.
Setelah selesai tugasku aku menghampirinya... kulihat badannya basah kuyup, menggigil menahan kesakitan. Aku berdoa ya Allah cepatlah ayahku balik..Amin. Ibu semakin sakit, ditariknya tanganku ke perutnya, kakinya diangkat, aku semakin panik...Aku rasa seolah-olah bayi dalam kandungan mula bergerak... aku rasa nak pitam..Ya Allah kuatkan semangat aku nih..Tugasku sangat besar nak sambut bayi bersalin.
Posisiku dah bersedia untuk menyambut bayi nak lahir....Jantung kusemakin kencang, Tiba-tiba, Assalamualaikum.. suara Mak Bidan di pintu rumah. Aku lega segera bertindak, duduk saja Mak Bidan, kudengar bayi menangis memecah keheningan pagi yang suci itu. Ya Allah aku bersyukur kehebatanmu. Ayahku mengazankan bayi bertuah itu.
Kenangan yang tak dapat kulupakan hingga hari ini, menjadikan aku kuat semangat dan berani.. hantu? sorry aku tak takut langsung.. nanti akan masuk kesah tu kemudian.

1 comment:

  1. Bayi yang lahir itu adikku Salehah. Aku sayang kamu dik? Maaf,kadang-kadang akak sibuk lupa menghubungimu.

    ReplyDelete