Ibu sibuk dengan urusan rumahtangganya, terutama membasuh pakaian, mengemas rumah dan menyediakan sarapan. Kami sepuluh beradik, keadaan pagi itu sangat kecuh ,kebetulan cuti sekolah, apa lagi hiruk-pikuklah.
Aku membantu ibu di dapur tetapi ibu minta aku mengasuh adik, tugas ini aku tak berapa suka. Aku berfikir macam mana nak membuatkan adikku berdisiplin dan tak bising lagi.
Aku teringat yang adikku ini sangat suka kepada ikan, ia baru berjalan jatuh. Aku dapat idea ku ambil ikan bilis masukkan ke dalam botol dan aku pusing dan goncangkan hingga menyebabkab ikan itu berpusing-pusing. Apalagi adik genbira habis hingga melopong mulutnya melihat ikan-ikan itu berenang, kekeh dia ketawa.
Dapatlah aku membantu ibu sambil memerhatinya. Berhenti saja ikan itu bergerak aku goncang lagi..aku berhati-hati takut kepala ikan bilis tertanggal.. selamat untuk seketika . Sehingga dia cerdik dia tak mahu lagi tenguk bilis tu.. terpaksalah mencari ikan laga untuk menghiburkannya.
Aku gelihati melihat ia membelek-belek botol ikan itu. Mungkin dia dah dapat fikirkan yang ikan tu tak hidup. Setelah dapat ikan laga apa lagi gembira habis adikku. Dari sebotol jadi dua botol..apalagi berlagalah ikan laga itu. Gembiranya adikku dan adik-adik yang lain pun tumpang sekaki.
He he he!! walaupun ramai tapi kami sekeluarga tetap gembira..melayani zaman kanak-kanak kami. Semuanya dalam kenangan.....tentu tak mungkin kembali lagi..kenangan-kenangan ini.
Adik-adikku sekalian maafkan akak kerana sibuk bekerja dulu, sekarang dah bersara InsyAllah akak akan mengambil tahu tentang adinda sekalian.. Maafkan akak.
ReplyDelete