Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Monday, January 18, 2010
Sakitnya Mencari Seorang Isteri
Kali ini aku ingin membantu kawanku untuk mencari caloon isterinya. Aku dapat mencari tiga calon dua bekerja dan seorang tidak bekerja.
Setelah menunjukkan gambar gadis tersebut kawanku setuju untuk berjumpa dengannya di atur oleh kakak gadis tersebut. Tidak menjadi masalah setelah berjumpa mereka mengenali diri antara satu sama lain. Gadis ini ada lima beradik dia anak nombor empat, ada tiga orang kakak dan satu adik lelaki. Semua kakaknya sudah berkahwin.
Setelah dua bulan mengenali hati budi , kawanku teringin hendak melihat tentang kehidupan keluarganya, sebab langsung tidak mengenali keluarga si gadis. Setelah berpakat aku pun turut serta ke rumahnya untuk berkenalan , bukannya merisek. Kawanku berpesan aku mesti pergi ke bilik tidur si gadis, carilah alasan apa saja asal dapat ke situ.
Pening kepalaku memikirkan apakah caranya hendak memasuki bilik tidurnya. Aku dapat idea hendak mengambil wuduk dan bersolat . Si gadis mempelawa aku solat di biliknya. Peluang inilah dapat aku melihat bilik air dan bilik tidurnya.
Aku masuk saja bilik airnya, keadaan lintang pukang, kotor, berlendir, air yang bertakung- kuning, nak mengambil wudukpun aku rasa tak sah. Apakan daya aku teruskan kerana hendak masuk ke biliknya. Aku dibawa ke bilik tidurnya.. mengejutkan sekali, sebab kulihat mukanya tidak menunjukkan yang dia malu keadaan biliknya, biasa saja dan dengan ramahnya. Biliknya bersepah, katilnya tidak kemas, cadarnya hitam.. maaf hidungku dapat menghidu bau hapak biliknya.
Apa nak ku cakapkan pada kawanku.Aku tahu dia seorang pembersih, rumahnya ia tolong ibunya membersihkannya. Bilik airnya kemas dan bersih. Aduh!! apa nak ku cakapkan aku terpaksa undur dengan calon ini. Aku pun berbual dengan si gadis bertanya siapa tolong ibunya semasa ia bekerja. Jawabnya.. kesian ibu! dialah menjalankan urusan rumahtangga katanya, Dia tak dapat menolong kerana sibuk bekerja, bilik dia pun dia kata tak dibersihkan.. 2minggu ke 3minggu sekali baru dibersihkan.
Di akhirkan cerita calon ini terpaksa dilepaskan kerana pada kesimpulan kami gadis yang malas dan tidak pembersih. Berat, berat kami terpaksa ke calon kedua ler pulak!!!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment