Monday, March 8, 2010

Adilkah kita kepada semua anak-anak kita?






Adil bolehkah ditimbang?




Apakah maksud Adil ?

Adil bermaksud memberikan sesuatu kepada yang berhak serta haknya mengikut kadar-kadar yang dirasakan tepat atau meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Betulkah kita ADIL pada semua anak kita?

Anak-anak selalu mengadu bahawa ibu-bapa tidak adil sesama adik-beradik mereka. Contoh.. duit belanja tak sama, abang dan kakak belanja lebih dari mereka.. adik RM1.00 tapi kakak dan Abang RM2.00. Kalau beli baju abang dan kakak lebih mahal dan banyak lagi yang lain-lain.

Betulkah anda sebagai ibu-bapa adil pada semua anak anda?

Hampir semua ibu-bapa menjawab mereka adil pada semua anak-anak mereka, termasuklah aku sendiri..Adil! Aku adil pada semua mereka.



Aku merujuk pada Pakar Saikologi kanak-kanak? perkara berkaitan. Ini berikutan tingkahlaku anak pertama sangat berbeza dengan tingkahlaku anak kedua ku. Sangat-sangat berbeza, baik tingkahlaku atau penampilannya. Di mana silapku, aku rasa cara didikan sama, kehidupan keluarga sama, pembawakan keluarga sama .. semuanya ku rasa sama.. tetapi anak yang kedua dapat menampilkan tingkahlaku yang kadang-kadang sangat mengejutkan, luar biasa daripada abangnya.


Pakar menyoalku, Betulkah puan adil kepada keduanya dan mendidik mereka sama antara keduanya?.. Contoh:


1. Adakah anak kedua dapat sama anak pertama semasa kelahirannya.. katil, napkin dan lain2 keperluan seorang bayi?

2. Adakah puan memberi masa yang sama , seperti masa anak pertama kepada anak kedua?

3. Adakah anak kedua dapat sepenuh kasih sayangnya seperti kasih sayang anak pertama?

4. Apakah ukuran yang digunakan untuk menyukatkan keadilan antara keduanya?

5. Secara jujurnya yang mana antara keduanya lebih disayangi? atau sama macam mana kasih sayang itu diberi?

Aku mengambil masa memikir, mengingat, mengenang, melihat segala-galanya.. Aku dah tahu jawapanku sekarang. Aku harap kawan2 pun dapat memikirkannya bersama. Selalunya kita merasakan kita cukup adil untuk mereka.. Silalah kita fikir dan ambil iktibar daripadanya supaya kita menjadi Ibu-bapa yang dapat mendidik anak ke jalan yang dikehendaki Allah sebagai keluarga Islam.

INGAT .. Adil bukan maksudnya sama tetapi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Secara lojiknya.. takkanlah belanja anak Universiti sama belanja dengan anak sekolah menengah. Belanja anak sekolah menengah sama dengan belanja anak tadika.

Pengawasan anak perempuan lebih ketat daripada pengawasan anak lelaki dari segi kebebasan pergaulan luar mereka.


Murid-murid selalu mempersoalkan kebebasan ini, mengapa mereka tak boleh? sedang abang dan adik lelaki mereka boleh?

Di sinilah Peranan Ibu-Bapa sangat penting ..Pertamanya sentiasa memberi NASIHAT .. setiap patah nasihat kita itu kita dapat Pahalanya.


Nasihatlah mereka.. Jangan kamu DENGKI?
Jangan kamu CEMBURU?
Jangan kamu JAHAT HATI?
Jangan Kamu BUSUK HATI?
Jangan kamu TAMAK?
dan berbagai-bagai nasihat lagi.
Jadilah Kamu BAIK HATI
Jadilah kamu BERSIH HATI
Jadilah kamu Anak yang BAIK
Jadilah kamu anak yang SOLEH

dan berbagai-bagai lagi.

IBU_BAPA kena ada ILMU untuk mendidik anak mereka masing-masing.


Kalau kita tak ada ILMU ...CARILAH ILMU... atau mohon bantuan kepada yang PAKAR.




Aku harap sedikit sebanyak tulisanku ini akan menyebabkan bakal-bakal Ibu-Bapa akan bersedia untuk menerima cahaya mata dan mendidik mereka. Syukur Alhamdulillah.

Gambar-gambar untuk hiasan bukan untuk urusniaga, sila layari laman gambar-gambar untuk keterangan lanjut.

2 comments: