Saturday, March 13, 2010

Tanggungjawab Ibu-Bapa Setelah Lahir Anaknya ..!!!

Ingatan kepada Ibu-bapa supaya apabila bayi lahir tak kira lelaki mahu pun perempuan.





Bukan kerana apa tetapi untuk memastikan anak-anak kita tidak menghadapi masalah dari kecil hingga besar mereka.

Kita bukan ingin menghina tapi membuka mata berkaitan dengan bayi-bayi baru lahir agar kesihatan, mental dan fizikalnya baik termasuklah fungsi, mata, telinga, mulut, dubur dan termasuk jantinanya. Jangan dibiarkan hingga dewasa tidak diambil tindakan.

1. Masalah sumbing mulut kena ambil tindakan segera, supaya boleh membuat pembedahan di masa bayi masih kecil.. jangan tunggu dia dewasa.

2. Masalah tak ada dubur.. juga sebenarnya berlaku, mungkin peringkat awal disalurkan melalui kantung plastik pada peringkat awalnya.. tetapi dengan kemajuan sains sekarang ini masalah boleh diselesaika.

3. Masalah Lelangit berlubang hingga menyebabkan suaranya sengau.. juga boleh diatasi segera. Pihak hospital ada kemudahan dan kepakaran melakukannya.

4. Masalah mata..pada peringkat bayi agak sukar menentukannya, tetapi ada exercise dan cara-cara memastikan bayi itu rabun atau tidak. Jangan biarkan hingga berlarutan hingga besar contoh: Juling ada cara boleh disembuhkan ..


5. Masalah jantina juga perlu diambil perhatian.. pastikan jantina mereka yang sebenarnya.. jangan dibiarkan atau diubah jantina. Contoh: anak lelaki dididik seperti seorang anak perempuan atau sebaliknya anak perempuan dididik sebagai anak lelaki.
Kita takut jiwa anak-anak bertukar daripada sepatutnya.. selalu fitrahnya akan balik ke asal tetapi kita takut jiwanya bertukar sebaliknya.

6. Fungsi telinga sangat perlu diambil tindakan..adakah pendengaran baik atau kurang. Ibu-bapa perlu peka supaya tindakan awal sangat membantu apabila mereka menjadi kanak-kanak perkara itu dalam perhatian dan dibuat rujukan kepada pakar-pakarnya.

7. Adaakah bayi anda boleh menangis atau mengeluarkan suara..kalau nampak luar biasa cuba ambil tindakan segera ..supaya tidak terlambat.

8. Kecacatan fizikal seperti kaki tempang, kaki panjang sebelah,tak ada kaki dan lain-lain. Ibu-bapa Bayi ini perlu mendapat nasihat doktor dan ada cara mengatasinya, Jangan bimbang InsyAllah ada cara mengatasinya..tapi jangan biar hingga menjadi dewasa baru diambil tindakan.

9. Anak-anak yang cacat boleh didaftarkan sebagai OKU dan ada dikeluarkan Kad Orang Kurang Upaya.. mereka akan dapat bantuan setiap bulan. Saya kurang pasti berapa sekarang ini. Ibu-bapa jangan mudah-mudahkan perkara ini.. kerana ada pelajar yang bertaraf OKU tapi tak diiktiraf kerana tidak didaftar. Pihak sekolah boleh memerhatikannya dan mencadangkan kepada ibu-bapa untuk mendapat bantuan itu.

Sila masuk laman Web ini:
(http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=category&id=46&Itemid=81&lang=ms)

10. Apa-apa masalah boleh buat rujukan ke Pakar-Pakar Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dan lain institusi yang berkaitan.

http://www.hypno-birthing.web.id/?cat=33



Gambar-gambar ini hanya hiasan semata-mata, sekira ingin mengetahui gambar berkaitan sila layari laman webnya.

10 comments:

  1. >>___<<

    ibu bapa kene alert ngan mende ni ...
    wa ada member yg marahkan mak ayah
    akibat kekurangan diri ..
    pe pun, if dah takdir kita kene redha
    pe pun ... usaha tuk merubahnya kene ada ..

    hehehhe

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah. Moga cikgu sihat walafiat.

    ReplyDelete
  3. Frodo Baggins - Itulah peranan Kementerian Wanita kena memudahkan penyebaran maklumat supaya sampai ke ceruk2 desa.. supaya mereka tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  4. Aida Ali! Salam , Alhamdulillah sihat..doakan saya sihat.

    ReplyDelete
  5. bahaya if tak amik tau
    ksian kat baby
    derita

    ReplyDelete
  6. salam cikgu..
    menarik entri2 cikgu..fia dah follow..thanks follow blog fia =)

    ReplyDelete
  7. Jane .. Salam , memang itulah cadangan saya agar ibu berhati2..kesian mereka bila besar nanti.

    ReplyDelete
  8. Fia Abas, Salam, Terima kasih, rajin2 jenguk saya he he he! untuk menimbulkan semangat menulis nih!!

    ReplyDelete