Wednesday, March 10, 2010

Kalau Urat Mata Bocor? Sama Dengan Pecahnya Empangan Klang Gate ??






Memang sangat menakutkan ceritanya. Tahun lepas aku ke Hospital untuk check-up mata.

Aku diberitahu urat mataku bocor ada darah keluar dari urat tersebut. Bukan doktor yang check tapi aku pun tak tahu bukan jururawat agaknya pembantu makmal mata. Katanya Mak Cik tak ada masalah ler tapi setahun lagi baru datang untuk rawatan seterusnya.

Hatiku terasa takut maklumlah urat mataku bocor dan darahnya keluar sekitar urat tersebut. Catatan ini melekat di mindaku.

Minggu lepas mataku mula buat masaalah.. aku ternampak macam bayang-bayang di mata kiriku, aku teringatlah tentang uratku telah bocor. Hati sangat bimbang..kut ada masalah besar tentang mataku.



Aku berjumpa Doktor Pakar Mata di Jalan Ipoh .. Maka mataku di check-up, diambil gambar, dicheck powernya hingga dimasukkan lotion untuk mengembangkannya, jadi mudah melihat sarafnya. Aku puas hati cara pemeriksaannya.

Akhirnya aku dibawa jumpa Doktor.. Resah betul perasaanku. Doktor telah memeriksa sebelah dalamnya , luarnya, kiri kanannya. Meneliti gambarnya, dan power mataku. Doktor puas hati. Puan, mata puan sihat hanya cermin mata puan tak cukup power.

Aku menerangkan pada Doktor S., yang aku dimaklumkan bahawa urat mataku bocor.

Doktor menerangkan bahawa mataku tidak ada bocor? Katanya kalau bocor sama macam Empangan Kelang Gate pecah.. banjirlah sekeliling dan mataku akan jadi buta.

Ya Allah!! Alhamdulillah Syukur selamat mataku.


Kata Doktor, bila kita telah umur meningkat maka memang perkara biasa nampak bayangan di mata kita..hanya kerana faktur umur, malahan katanya matanya juga kadang-kadang datang bayangan tersebut.

Doktor S terus bersuara sepatutnya pembantu Makmal tidak berhak membincangkan jenis penyakit dengan pesakit, takut memberi penerangan yang tak betul, akan membahayakan pesakit. Dan aku pun lega dan mataku sebenarnya sihat. Al-hamdulillah ya Allah aku bersyukur.. Aminn.

Gambar-gambar hanya sebagai hiasan saja, jika berkaitan sila layari laman web gambar-gambar tersebut .


***

4 comments:

  1. nasib baik matanye xde pape..
    syukur sumenye selamat

    ReplyDelete
  2. mata bocor?
    agak aneh bunyiknyer

    ReplyDelete
  3. cik aidacomei .. Salam, Syukur saya masih sihat dan mata boleh berfungsi dengan baik. Thanks.

    ReplyDelete
  4. ayudeadwish ...Ada he he he!! urat bocor nih banyak kena pada orang yang mengidap kencing manis. Thanks

    ReplyDelete