Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Tuesday, March 30, 2010
Lelaki Idaman Wanita !!! ... 4
10. Orang Lelaki yang berumur.
Ramai wanita tertarik dengan lelaki lebih tua banyak darinya. Kadang-kadang hingga ke 25 tahun perbezaan umur. Mesti ada sebab mereka tertarik ini. Kononnya lelaki ini lebih sempurna, matang, gentleman dan dah stabil kehidupannya dan wang ringgit tidak menjadi hal lagi.
Malahan ramai yang teringin dan berangan-angan akan mendapat kebahagiaan walaupun menjadi wanita kedua dalam kehidupan lelaki. Memang betul dan kesenangan yang dicurahkan wanita ini boleh hidup senang hingga keluarga pun dapat menumpang. Apa salahnya berkongsi kerana mengikut agama ia dibolehkan, hingga berkahwin empat.
Wanita boleh memilih untuk menjadi isteri yang ke berapa? Tidak lelaki, tidak dinolehkan mereka berbuat demikian. Itulah istimewanya wanita!!!!
11. Lelaki yang menjaga ketrampilan diri.
Mereka ini sentiasa bersih, kemas dan sentiasa berbau Wangi , sangat bergaya menjadikan saham mereka lebih tinggi. Ke mana-mana mereka pergi akan menarik perhatian wanita. Malahan ramai yang ingin berkenalan dan mahu mendampingi mereka.
Ditambahkan pula pergaulan sosialnya baik, komunikasi yang bijak dan pandai menghormati wanita. Apa yang diharapkan wanita semuanya ada padanya. Inilah dikataakan sahamnya semakin tinggi dan nilainya semakin naik.
12. Lelaki yang mantap personalitinya.
Seorang lelaki yang gagah, pemurah, hormat wanita, tidak kuat merajuk. Mempunyai pendirian yang tetap/teguh/tidak goyang. Ia juga mempunyai sifat yang tenang ,tidak menggelabah dan steady sahaja dalam mengatasi masalah. Sering dapat berkomunikasi dengan baik dan berkualiti. Mempunyai Nilai-nilai peribadi yang ideal untuk menjadi kepala keluarga . Ini juga menjadi lelaki idaman wanita.
Perhatian : Gambar-gambar yang dipamerkan hanya untuk hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan artikalnya. Credit to Google . Untuk maklumat lanjut sila masuk website gambar berkaitan ..
***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam cikgu
ReplyDeleteWah2 masih dgn tajuk yg menyeronokkan!
Saya dan suami berbeza 8 tahun...bapa mertua pulak berbeza 30 tahun. Ada baik dan buruk juga...
jumpa lagi.
Assalamualaikum Cikgu Yang
ReplyDeletelelaki yg mantap personalitinya, agak bahaya, kerana dia akan digoda
Wassalam
Cikgu, yang membimbangkan skrg ne.. byk wanita hanya idamkan lelaki yang ber 'DUIT'.. hanya segelintir saja yang mencari apa yg sepatutnya.. lelaki yang bercirikan apa yg telah cikgu senaraikan.. zaman sekarang, wang lebih menguasai pemikiran daripada penguasaan akal terhadap moral.. =P
ReplyDeletecikgu..saya lum kawen...hehe...saya pun nak bgth beza saya dengan kawan saya tu 3 hari je..hehehe....sesuai tak cikgu??hehehehe
ReplyDelete~m(^_^)m~
mama ju ! Salam kembali, ya terpulang kepada kita menguruskannya. Kalau boleh kita sama2 berdoa untuk kebahagiaan kita ..
ReplyDeleteEn Rozali - Waalaikum Salam !! Tak tahu ler, tak pernah ada pengalaman lagi.. he he he!
ReplyDeletejed-biru - he he he!!
ReplyDeleteciK LyndaWawa - Sesuai tak sesuai bergantung kepada kita memainkan peranannya. InsyAllah semuanya akan berjalan dengan baik. Banyakkan berdoa .. untuk kebahgiaan kita. Bila lagi nak makan nasi minyak nih!!! jangan lupe hantar kad! he he he!
ReplyDeleteziarah sahabat
ReplyDeleteBujang Susah - Terima kasih ziarahnya. Salam.
ReplyDelete