Monday, March 29, 2010

Lelaki Idaman Wanita !!! .....2. Sambungan..

Wanita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang lelaki idaman mereka. Kadang-kadang mungkin kedengaran luar biasa bagi orang-orang tua.. tetapi pada mereka itulah pilihannya.











4. Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Hebat.

Masyarakat kita dari dulu lagi dah menjadikan pekerjaan lelaki adalah merupakan status bagi lelaki tersebut. Bila tonton tv/filem/drama sampai sekarang ini masih pekerjaan melambangkan kedudukan status seseorang.. kerjaya doktor, jurutera, peguam,arkitek, pensyarah, ahli2 perniagaan menjadi rebutan untuk dijadikan menantu. Tak usahlah dinafikan hingga sekarang.



5. Lelaki yang Matang dan Bijaksana.

Wanita tertarik dengan lelaki yang matang dan bijaksana, lelaki yang bersikap keanak2an walaupun dah dewasa tidak disukai wanita. Apakah yang dimaksudkan matang pada wanita?
Iaitu lelaki yang dapat membuat keputusan yang baik , memberi pendapat yang bernas, dan mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul kepada pasangannya. Cara-cara berbicara menampakkan kebijaksaannya dan tidak menunjukkan kebodohan yang menjangkalkan.
Lelaki yang dapat dapat membimbing dalam hal-hal berkaitan dengan Agama, mampu menjadi Imam dalam soalat, maka ia di pandang tinggi oleh wanita. Kebanyakkan wanita sangat bersyukur sekira pasangannya boleh berbuat demikian.



6. Lelaki yang gentleman .

Sikap gentleman lelaki sangat-sangat menarik hati wanita. Mereka mengidamkan lelaki demikian sebagai pasangannya. Mempunyai sikap yang beradap ,lemah-lembut, sabar, sentiasa menghormati wanita, memberi layanan yang baik, tutur-kata yang manis dan sentiasa bertolak ansur.
Ada Wanita memilih ciri ini sebagai salah satu yang penting, walaupun tak kaya, tidak mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah cukup untuk menawan hati wanita. Wanita mengharapkan ia akan berkekalan sehingga berumah-tangga. Memanglah sepatutnya demikian, bukan berlakon untuk menunjukkan watak yang demikian.

Catatan: Gambar-gambar hanya hiasan sahaja, credit to Google website. Sila layari gambar berkaitan untuk keterangan lanjut.

8 comments:

  1. salam cikgu

    seronok membaca cerita lelaki2 idaman ni...tapi kita dah dapat lelaki idaman kita...teruskan menulis.

    Saya minat kat Aaroon Aziz tu..tak pe kan?

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..
    saya suka lelaki gentleman ihiks..

    ReplyDelete
  3. Salam kembali!! Ye, kiter pun dah hidup dengan lelaki idaman kiter selama 30 tahun !! he he he!!
    Kebetulan saya pun minat juger ..tak pe kut!!

    ReplyDelete
  4. Wanita Itu... Ye, ramai yang memilih salah satu cirinya lelaki gentleman . he he he!!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Cikgu Yang

    kalau saya ada tiga2 tu kan bagus
    he he

    bukan apa
    untuk isteri dan anak2

    Wassalam

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...

    saya berjaya menemui insan yg mempunyai kriteria di atas...

    mudah-mudahan moga jodoh kami berpanjangan dan selamat diijabkabulkan...

    insya-allah...

    ReplyDelete
  7. En Rozali - Tak perlu semuanya ada sebahagian pun dah mencukupi, lepas tu kita yang ubah suai peranan kita dan berserah kepada Allah.. segala-gala dalam tangannya.

    ReplyDelete
  8. innzchubby - Alhamdulillah, sebab tu jangan dibiarkan lama2 cepat2 ikat.. kut nanti ada yang sambo puteh ler mata kita ler pulak. Banyak2 doa agar Allah mengkabulkan... yang baik2 tak boleh dilambatkan !! Amin.

    ReplyDelete