Saturday, March 20, 2010

Rindunya kat Ayahanda dan Bonda ..



Aku tak tahu mengapa aku rindu sangat kat Ayah dan Bonda. Apa nak dikatakan kedua-dua telah pergi dulu mengadap Allah. Minggu lepas paling ketara aku terbayang-bayang wajah Ayah ku hingga semuanya rasanya tak kena.

Aku buat keputusan balik kampung ..ke rumah adikku kat Kamunting dan esoknya pergi ke rumah Ayah dan Bondaku di Kampung Jelutung, Taiping. Sedih melihat rumah dan alat-alatan dalam rumah yang dah nampak usang..sedih, isk isk..sangat mencengkam jiwa.

Kemudian kami pergi menziarah makam Ayah dan Bonda tak jauh dari rumah. Lepas rasa rindu pada mereka. Ya Allah , aku memohon padaMu , Ampunkan Dosa-dosa mereka !! . AL- FATIHAH untuk Bonda Sharifah/Siti Kamariah Syed Haron dan Ayahanda Haji Mokhtar L. Awang.

Aku berhajat hendak membaiki sikit2 rumah tua itu, yang utama tandasnya kena ganti baru.

Selesai tugas tu aku balik ke Gombak. Aku akan balik lagi dalam masa terdekat ini.. doakan agar hajatku tercapai.


**** I N G A T I T U T A N D A N Y A SAYANG****


@@

14 comments:

  1. akak..sory kalau entry effy buat akak sedih..x ada maksudpun...hurm...semoga mereka dcucuri rahmat Allah..:)

    ReplyDelete
  2. Tak pa!!! Sebenarnya dah hampir 2minggu yang serious rindunya, kebetulan masuk blog Effy lagi bertambah sedihnya.. kebetulan ...Walau bagaimana pun terima kasih ingatan menyebabkan Akak ambil tindakan positif.,

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cikgu Yang

    moga roh kedua ibu bapa puan dicucuri rahmat dan diterangi dgn cahaya Syurga

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. sejuk perut ibu bila dapat mendidik cikgu yang dah berjaya tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. sy pun baru kehilangan nenek,,kadang2 kalau teringat balik kat arwah..mmg sedih and kadang2 rasa mcm tk percaya..sbb dia dh pegi

    ReplyDelete
  6. Rozali - Waalaikum salam ! Terima kasih kerana doa nya.

    ReplyDelete
  7. Cik LyndaWawa igUana - Terima kasih, mana berjayanya...setakat menjadi pendidik sahaja..he he he!!

    ReplyDelete
  8. Synn - Salam, ye betul.. kita masih rasa kehangatan kasih -sayangnya. Terutama kalau mereka tahu kita nak balik kampung .. macam2 masakan disediakan. Emmm!!memang sedih w/p ibu dah meninggal 22 tahun yang lalu .. rasanya seperti baru saja.

    ReplyDelete
  9. saya pun dah lama ke 2 - 2 orang tua pergi buat selama2nya....sudah 22 tahun lamanya ...Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita

    ReplyDelete
  10. Cikgu Sonata ...Begitulah hendaknya. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  11. Sedih.. :(
    Menyebabkan sy rs ingin terus bersyukur dan terus bersyukur..

    dan menghargai insan-insan yg ada..

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan

    Terharu menbaca N3 ni.Esuk genap setahun bapa pergi. Mak hari ni ke Mekah..sekan kita semuanya menbuatkan kita sayu.

    Saya juga baca N3 bwh...oh menarik..nanti saya dtg lagi'

    Tajuk blog ni glamour betullah...

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  13. Salam!! Alhamdulillah , anak yang baik begitulah tindakannya..sejuk perut ibu yang mengandungkannya. Salam untuk Bonda ya.

    ReplyDelete
  14. Mama ju! Salam perkenalan kembali..Terima kasih masuk komen.. ini memberi semangat untuk menulis seterusnya.. Kalau tidak rasanya semua orang tak care about us.. thanks for caring .. I appreciated.. see you soon.

    ReplyDelete