Saturday, April 3, 2010

Malangnya Nasib Ibu !!! .... 2










Di sebuah kampung tinggal sepasang suami-isteri lingkungan umur 60an. Kehidupan mereka sangat bahagia, malangnya kedua-dua mereka mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mereka memiliki 10 orang anak, 8 sudah berkahwin dan 2 masih bujang. Pendapatan mereka mencukupi selain pencen suami ada beberapa orang anak menghantar duit setiap bulan untuk keperluan mereka.


Hendak dijadikan cerita seorang anak perempuan mereka bersalin, maka dihantarlah oleh menantu mereka, isteri dan anak-anaknya seramai 5 orang ke rumah mereka. Apalagi kelam kabutlah kedua suami-isteri menguruskan anak mereka dalam pantang dan menguruskan cucu-cucu mereka.



Kasihan si ibu , kakinya bengkak, berdarah masih berlari ke sana, berlari ke sini. Cucu menangis nak susu, anak nak minum, cucu nak mandi, anak juga hendaki dimandikan. Memasak, membasuh kain , uruskan rumah dan segala-galanya.
Pada waktu malam kelihatannya sangat letih, sedih, sedih.
Apabila balik anaknya yang sulung ke rumah mereka , alangkah terkejutnya dia, kerana adiknya telah memperhambakan ibu mereka se hamba-hambanya. Apa yang dapat dibantunya hanya sekadar hujung minggu sahaja. Bertambah sedih lagi si kakak melihat adiknya mengamuk kerana ibunya memberikan makan ikan masin bakar dan ikan bilis goreng saja. Dibalingnya ke luar tingkap sambil menjerit, "Tak ada lauk lain ke ? "


Menggeleng kepala kakaknya, melihat betapa biadap adiknya terhadap ibu mereka.



Ibunya menitiskan air mata, sedih yang tidak terhingga. Sudahlah dihantar oleh menantunya semua anaknya tanpa meninggalkan sesen pun duit, tiba-tiba anaknya pula hendak makan sedap-sedap, di manalah si ibu hendak mencarikan duit untuknya. Susu anaknya si ibu yang belikan. Aduh sedih, sedih.
Kakak menelefon iparnya agar dapat mengambil anak-anaknya, hanya tinggalkan isteri dan bayi saja.





Peristiwa ini menjadikan mereka bermasam muka dan tidak mesra lagi bertahun-tahun lamanya walaupun kedua orang tuanya telah meninggal dunia. Untuk mencukupi 44 hari pantang itu amat menyeksakan si ibu, ayahnya dapat juga mengurangkan penat lelah pada waktu sembahyang di masjid. Melihatkan keadaan ini betapa hairannya kita mengapa ada anak-anak yang sanggup melakukan demikian kepada ibu bapa mereka.
Pada pendapat Aku perkara ini banyak berlaku tetapi disimpan oleh masyarakat kerana si ibu dan bapa tak dapat berbuat apa-apa, ikut keadaan sajalah. Si ibu semakin serius kencing manisnya, kakinya bernanah dan lukanya berlubang kerana asyik masuk ke bilik air menguruskan cucunya.


Marilah kita renung bersama, adakah patut perkara ini berlaku. Sepatutnya kita anak-anak yang menjaga mereka ketika mereka sakit. Ini tidak kita yang menyebabkan mereka dapat penyakit lebih serius . Mereka langsung tidak menolak anak dan cucu mereka untuk dijaga malah mereka pasrah dan redha.
Wahai anak-anak jadikan renungan dari peristiwa ini, kerana ini cerita benar hanya ada dikurang. Sebenarnya lagi serius tetapi nampak macam tidak lojik pula hendak diceritakan.
Selepas tidak sampai 6 bulan Ibu meninggal dunia kerana penyakit kencing manisnya yang serius. Renungkanlah wahai Anak-anak sekalian.

Perhatian : Gambar-gambar hanya untuk hiasan tidak ada kaitan dengan artikel. Credit to Google kerana menggunakan gambar-gambarnya.

9 comments:

  1. xseharusnya berlaku.nti da kawen, da ada anak, xnk la buat cmni kt my mum

    ReplyDelete
  2. Pilunya hatiku..teringatku pada ibu bapaku yang sudah tua..

    ReplyDelete
  3. Thanks cikgu.pesanan demi pesanan...insyaallah jd panduan..:)

    ReplyDelete
  4. Salam semuanya!! Maaf lambat menjawabnya!! InsyAllah saya akan melawat blog anda semua. Kadang2 komen memberi semangaT KITA HENDAK MENULIS LAGI!!.

    ReplyDelete
  5. windu mak saya...huhuhu

    sedeynya..mak bukan org gaji tuk jage anak...beliau adalah permaisuri yg sepatutnya berehat di hari tuanya dengan beribadah dan bermain dgn cucu2 bukan jaga cucu2..

    ReplyDelete
  6. Saya pun rindu mak saya!! Apakan daya , Allah menjemputnya lebih awal. Semoga rohnya dalam golongan orang yang solehah , Amin.

    ReplyDelete