Saturday, May 22, 2010

Pentingnya Pembantu Rumah Padaku !!! .....

















Semenjak Pembantu Rumahku balik ke Indonesia terasa betapa pentingnya dalam mengurus untuk membersih dan mencuci rumahku. Aku merasakan kurang bernafas untuk menguruskan rumah dari A sampai Z. Dalam masa 2 bulan saja sudah mula terasa sakit belakang, sakit kaki dan macam2 lagi.

Aku terpaksa mencari pembantu dari ejen yang ada permit pembersihan..bayarannya agak boleh tahan, 1 jam RM10.00 dan 4jam RM40.00, kerana terpaksa. Dalam satu minggu ambil 2 kali 8jam , memanglah kerja baik tetapi masa tak mencukupi untuk dia menguruskan pembersihan selama 8jam seminggu.Kerja2 rumah masih tak boleh selesai.. kebetulan menantuku balik berpantang di rumah emaknya, sebelum nih dia dapat membantuku walaupun tak ada pembantu, kerja2 rumah dapat dibereskan. Ejen tak dapat tambah masa bekerja kerana tak cukup pekerja .. jadi begitulah ceritanya.

Akhirnya aku dapat pembantu baru, pada mulanya merasa lega kerana tak perlu takut lagi dalam urusan pembersihan. Hari pertama letih aku menunjukkan kerja-kerja yang perlu dilakukan dari dapur, ke bilik air, tandas. kemudian mengemas ruang tetamu, ruang tv, bilik tidur, vacuum dan mengemopnya. Menguruskan pakaian, melipat dan menggosok pakaian.

Hari ke 2 aku terus menerangkan kerja2 berikut menyusun almari, kabinet dan lain2 lagi. Hari ke 3 , Pembantuku masih bertanya lagi apa kerja hendak dibuat , aku terpaksa menerangkan dari kerja 1 hingga ke akhir, penat aku...rasa macam aku turut bekerja. Pada hari ke 4 , pembantuku masih tak tahu nak buat apa, aku terus menerangkannya hingga sampai petang aku kepenatan lagi. Kalau tak diikutkan sabar aku dah lempang pembantuku , agak itulah yang terjadi pada pembantu2 yang diseksa kerana mungkin dah kerja lama pun masih tak boleh buat kerja.

Aku berbincang dengan suami untuk tidak menimbulkan keadaan yang memudharatkan maka kami mengambil keputusan memberhentikannya. Kalau hendak diceritakan peribadinya tak baik mengaibkan orang tentu tak patut.

Maka aku dah tak ada pembantu lagi!! tentu ada yang terasa aku nih malas nak uruskan rumahtangga ...he he he!! Bukan apa dah tua tak mampu lagi nak bekerja keras , boleh .. tapi kena mengambil masa masa yang panjang dan gunakan tenaga yang lebih. Tak kisahlah nak kata apa!! janji aku bahagia dalam rumahtanggaku.

Setelah dapat persetujuan suami maka kami meneruskan mengambil pekerja dari ejen untuk membantu mengemas dan membersihkan rumah. Kami memohon ejen menambahkan waktu bekerja ke 10 jam seminggu , InsyAllah semuanya beres.. kalau masih tak cukup kami akan tambah jamnya hingga rumahku bersih macam rumah orang lain juga.

Mengapa aku perlukan pembantu rumah... jawapannya senang ajer .. sebab aku dah tua tak mampu hendak menguruskan rumah walaupun rumahku kecil saja.

13 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Yang

    macam macam perangai
    macam macam kerenah
    bil bil semua melambung
    ini lah yg saya alami semasa anak2 kecil dahulu

    semoga Allah permudahkan keluarga Cik Yang
    amin

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salam!!! InsyAllah Allah permudahkan saya menghadapi hal2 demikian. Memang betul bil air dapat bantuan kerajaan Selangor, dengan tarif baru nih dah hampir 5 bulan bil letrik dah RM700.00 sebulan, dulu lingkungan RM300.00 saja. Salah sendiri juga banyak guna letrik... bukan salah orang lain. Mulai menjimatkan letrik, spotlight dah mula dipadamkan , cuba tenguk sebulan nih!! Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam, Cik Yang. Setakat mana yang kita mampu, usahakan sajalah, kan Cik Yang. Yang penting rumahtangga kita sentiasa terjaga. Semoga Cik Yang dan keluarga sihat2 dan bahagia selalu...

    ReplyDelete
  4. salam..saya pernah guna part-time worker ni...lama dah tak guna ..nampaknya nak kena tanya ejen pulak...mana larat kita nak buat semua! dah tua2 ni...bantu orang2 muda ni keje...kalau tak sapelah pulak nak bagi depa keja kan....

    ReplyDelete
  5. Myfrin's ..betul saya setuju tu!! tapi kadang2 bila kita dah tua ,mata kita cepat sakit sikit, tak boleh nampak yang tak menyenangkan mata.. tapi kena belajarlah supaya dapat sesuaikan diri. Terima kasih melawat saya.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Cikgu Sonata ..Salam kembali , lama tak jumpa saya sibuk sikit sekarang nih!.. betul, kita bagi mereka peluang kerja, setuju tu. Kalau boleh anak tempatan pun boleh buat duit tetapi mereka kena pergi kursus dulu, cara2 menguruskan rumah tangga ... bagi jadi pro. Happy belated Teacher's day and Selamat Hari Ibu!!

    ReplyDelete
  8. salam,

    mengikut pemerhatian saya daripada 10 pembantu rumah indonesia yang datang ke malaysia yang benar2 ok 1/2 orang sahaja selebihnya yang ok tu kebanyakannya berhijrah ke negara lain..

    ReplyDelete
  9. Melayan pembantu rumah Indonesia ni, kita yang banyak jaga hati mereka. Sebab kita perlukan mereka...

    ReplyDelete
  10. Salam kak Yang,

    Dulu masa saya bekerja saya juga tak terlepas dari menghadapi masaalah pembantu,macam2 ragam keja tak beres anak2 terbiar,bertukar ganti pembantu dirumah saya sampai satu ketika anak bongsu saya sakit, saya mengambil keputusan berhenti kerja. Semua urusan rumah saya yang kendalikan dah lah gitu hubby pula berkerja diluar daerah. Mula2 memang hidup rasa tertekan tapi lama2 dah boleh hadapi dan sampai sekarang saya tak punya pembantu.

    ReplyDelete
  11. Penjejak Maya .. saya setuju.. negara2 Arab jadi pilihan mereka , kerana gajinya mahal. Terima kasih melawat saya,

    ReplyDelete
  12. Aida Ali - ya ler Cikgu !! mereka dah besar kepala sekarang. Saya terpaksa gunakan khidmat pembersihan swasta.. hanya untuk mencuci & membersih saja , yang lain buat sendiri.

    ReplyDelete
  13. Zaitun !! Baguslah you nih.. behenti kerja kerana anak.. besar betul pengorbanan emak mereka.. tentu mereka seronok sekali. Dulu anak saya, bila orang tanya dia apa hadiah yang minta... jawabnya nak suruh mak berhenti kerja.. tapi saya terus kerja, sebab tak cukup pendapatan kalau tak kerja. Sekarang dia dah dapat anak.. disuruhnya isterinya berhenti kerja. Syukur!! itulah cita2nya.

    ReplyDelete