Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Tuesday, May 4, 2010
Bestnyer Jadi Opah!!!
Balik dari Vietnam aku dapat cucu sulung! Sebelum aku berangkat ke sana aku dah pegang dan urut perut anak menantuku dan berpesan pada cucuku, tolong tunggu Opah balik baru bersalin ye! dengan izin Allah, balikku malam Jumaat dan dia lahir hari Jumaat.Syukur Alhamdulillah.
Comelnya cucuku...Seronoknya kami sekeluarga bertambah lagi keluarga kami. Cucuku juga lelaki dan ibu dan ayah telah memberikannya nama Adam Harris. Beratnya 3.1 kg. panjangnya 49cm , lahir jam 3.01 petang Jumaat.
Suamiku dapat jadi Datuk, he he~ patutnya aku dapat datin ler he he!! Apa-apa tak kisah janji cucu sihat. Sekarang mereka ada di kampung bisanku.. aku bukan tak teringin nak jaga mereka.. tapi apakan daya kesihatan tak mengizinkan.. dan tak pandai hendak menguruskan baby ! Nasib baik Mak Engku bisanku dah biasa menjaga anak dan menantu beliau berpantang..
Menenguk beliau mandikan baby relax ajer!! kalau aku dulu nak mandikan bayi dengan aku-aku sekali mandi.. lemah betul aku nih. Rasa lambat sangat nak tunggu hujung minggu untuk melawatnya. ADAM tunggu Opah datang ye !!! Opah rindu kamu Adam.
Menanti bila Adam nak ke KLumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat menjadi nenek....=)
ReplyDeletenenek yg baek!~ =)
ReplyDeleteAssalamualaikum Datin Yang
ReplyDeleteTaniah
kerana mendapat keluarga baru, Adam Harris
moga menjadi anak yg soleh
selamat kembali drp melancung
Wassalam
salam opah, hihi
ReplyDeletetahniah dapat cucu.....
Salam kenal
ReplyDeleteTahniah dan selamat menjadi opah.
salam opah,
ReplyDeletetahniah ! moga opah dan cucu sihat2 selalu
Opah yang sentiasa ceria dan gembira. Moga cucunda cepat besar...
ReplyDeleteTahniah dah jadi opah..comelnyer dia...
ReplyDeleteTAHNIAH..! comelye cucu nye tu..
ReplyDeletesemoga beliau menjadi insan yang berguna bile dewasa nanti...
Salam semua rakan2 yang dikasihi sekalian. Terima kasih tahniahnya!! Gembira hati ini ada rakan2 yang menziarahi cucu sulung saya.
ReplyDeletetahniah ye..
ReplyDelete=)
Terima kasih!!! melawat dan ucapannya.
ReplyDelete