Blog ini hanyalah celoteh berdasarkan pengalaman saya dari zaman kanak-kanak sehingga kini..
Monday, May 17, 2010
Ho Chi Minh City Golf Tour ...
Rombongan kami bertolak dari Kuala Lumpur pada 19 April 2010 jam 2.50 petang,terdiri daripada 29 orang, suami-suami main golf ada pertandingan,isteri-isteri ada program sendiri dari pagi hinggalah malam. Kami hanya dapat bersama bila kami melancong dengan Cruise Tour Saigon River diikuti makan malam di Four Seasons Restaurant.
Isteri-isteri ada program sendiri.. pada 20 April ke War Museum, President Palace , Shop till you drop,Dongkhoi Street, Leloi, Tax Shopping Centre dan Ben Thant Market.
Pada 21 April 2010 , rombongan isteri ke Islam Community Hall, Melihat keindahan Masjid di HCM City, Melawat China Town dan Andong Fabric Wholesale Market.
Terdapat ubahsuai masa dan tempat lawatan mengikut permintaan kaum isteri.
Para suami pada 20 April 2010 bermain golf di Vietnam Golf Club dan pada 21 April 2010 mereka bermain di Longthant Golf Club.
Vietnam adalah sebuah Negara yang penuh " Bersejarah dan Berdarah". Dari awal lagi Vietnam telah mengalami penjajahan dari China, Jepun, France dan di saat akhir Amerika cuba mempengaruhi rakyat Vietnam untuk mengusir komunis dari tanah Vietnam. Tanah besar Vietnam telah berpecah dua pada tahun 1954 di mana mereka yang berfahaman komunis dibenarkan tinggal di Utara Vietnam dan mereka yang anti komunis telah beralih ke selatan Vietnam. Usaha untuk "reunify" Vietnam gagal dan nAmerika yang anti komunis pada masa tersebut komited untuk membantu Vietnam Selatan dari ancaman Vietnam Utara.
Vietnam lebih terkenel dengan peperangan mereka dengan Amerika pada awal tahun 1960 sehingga satu gerakan"Ted Offensive" yang dilancarkan oleh Viet Chong terhadap tentera Amerika dan Vietnam Selatan. Satu Offensif yang panjang dan mengorbankan ratusan ribu rakyat Vietnam dan tentera Amerika. Pada akhirnya tentera Amerika terpaksa tunduk kepada tentera Viet Chong dan Saigon jatuh ke tangan komunis pada 30 April 1975. Sejurus selepas itu pada Mei 1975 nama kota Saigon ditukar kepada Ho Chi Minh City untuk menghormati Presiden Democratic Republic of Vietnam (Vietnam Utara iaitu HO CHI MINH).
Keseluruhannya bandar ini sedang menghadapi pembangunan yang pesat sekali dan nampak sebagai sebuah bandar yang akan maju satu hari kelak. Motorsikal merupakan transport yang utama, terdapat lebihkurang 5 juta motosikal berada di atas jalan raya.. hiruk-pikuk bunyi motosikal dan hon-hon sentiasa berbunyi. Sistem jalanraya kurang lancar, tetapi sepanjang kami ada 4 hari tidak nampak 2 accident pun, mereka sangat berhati-hati dan tidak membawa kenderaan dengan laju.
Di mana-mana dipenuhi dengan motosikal..tempat parking, tetapi mereka susun dengan rapi sekali, cara mereka memandu sangat bersopan santun, walaupun sibuk tetapi mereka membenarkan kita melintas jalan.
Hanya kita dapati pendawaian letrik mereka sangat kurang baik kerana semuanya menggunakan tiang dan wayar-wayarnya berselirat ..nampak sangat membahayakan.
Aku tidaklah berapa gembira ke sana kerana makan agak susah dan terpaksa pergi ke Restoran2 Islam, yang kita rasa tak berapa sedap kerana bercampur dengan makanan tak halal.. yang membezakannya, kita ditempat khas seperti di tingkat 3 atau sudut2 lain. Mereka memberi jaminan dapurnya tidak bercampur antara halal dan tidak.
Orang-orang yang suka shopping memanglah sesuai ke sana, walaupun negeri bukan Islam tetapi jualan telekung dan tudung menjadi rebutan.. dimana orang2 Cham hingga sanggup datang ke hotel membawa jualan mereka. Aku dapati rakan2 ku ini membeli sama bersedekah untuk orang Islam di sana. Kalau kita lihat telekung di Padang dan Bukit Tinggi lebih cantik dan halus buatannya..tetapi kerana ingin membantu orang2 Islam di sana mereka membelibegitu banyak sekali, setengahnya untuk di buat sedekah. Alhamdulillah , masih ada perasaan untuk membantu sesama Islam. Semoga Allah membalas kebajikan yang dilakukan.
Kami berangkat pulang pada 22 April 2010 jam 4.10 petang , Selamat tinggal Vietnam. Malaysia, kami merinduimu, tanah air yang dicintai...
Credit to Liberty Travel.. artical tentang Vietnam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum...
ReplyDeletebestnya dapat melancong......
Assalamualaikum Cik Yang
ReplyDeleteAlhamdulillah
dapat melihat negeri orang
serta melihat ciptaan Allah
semoga bertambah iman
Wassalam
eita - Waalaikum salam ... biasa ajer taklah best sangat.
ReplyDeleteRozali - Waalaikum salam , InsyAllah.
ReplyDeleteSalam kak Yang,
ReplyDeleteWah melancung rupanya banyak shopping.
Salam, Cik Yang. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan foto2nya sekali. Best bah dapat tengok negeri orang, hehe..
ReplyDeleteZaitun ... Salam, tak dah ler ikut suami main golf ajer... dah pencen baru dapat ikut jalan2 dulu sibuk ajer!!!
ReplyDeleteMyfrin .. Salam! ada lagi gambarnya tapi tak berapa elok.. camera rosak, jadi nih camera baru kurang sikit qualitinya!! itulah hasilnya. Biasa aja!! dah tua baru boleh berjalan.. dulu tak mampu dan sibuk sangat, dah pencen nih legalah sikit.
ReplyDelete