Thursday, May 6, 2010

Aku Dah Senja!!! Tunggu Malam Berlabuh... *_^











Pada 3hb Mei lepas adalah Harijadiku ke 59 tahun. Aduh dah senja dah... aku hanya menanti malam berlabuh. Hanya Allah yang menentukan segalanya..sebagai hamba kita hanya berserah kepada kekuasaannya.Aku bersyukur kepadaMu kerana memberi kesihatan dan rezeki yang baik sepanjang hidupku.


Aku jadi Opah bila umurku hampir senja!! tak tahulah apa yang akan aku dapat melakukannya untuk cucuku Adam Harris. Aku tahu aku akan membayar hutang anakku kepada cucu2ku. Aku sibuk bertugas dan terasa mengabaikan pendidikan anak2ku, walaupun semuanya dapat masuk ke U tetapi rasanya kalau aku dapat memainkan peranan seorang ibu sepenuh masa tentu mereka lebih berjaya.


Aku tak pernah sambut Hari Jadi besar2an, selalunya suamiku belikan kek...buat syarat saja potong kek untuk meraikan bersama anak dan menantu, tidak pun berniat untuk sambut ikut cara yang salah. Kebetulan kali ini suami dan menantu sama2 belikan kek..dah berlebihan, nasib baik ada jiran, edarkan saja tentu semuanya langsai, kalau tidak bertapuk dalam peti ais saja. Apa aku merepek nih!! takmperlu cerita pun bukan sape nak dengar!! maaf ya kawan2. Macam riaklah pulak..Mohon Ampun.


Pesan Tok Guruku!! Kalau sambut Hari Jadi.. belilah hadiah untuk diri sendiri.. tak payahlah harapkan orang lain membelinya , jangan kecewa... apa agaknya aku nak beli kat diriku ini.

Wahai kawan-kawanku sekalian, cadangkan apakah yang paling elok kita beli untuk diri sendiri ....boleh cadangkan ye!! beli tak beli belum tentu lagi.

Doakan semoga aku dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan hidup diredai Allah selama-lamanya. AMIN.

23 comments:

  1. Salam..:):):)
    Happy belated besday..Moga akak sentiasa dirahmatiNya dan dilindungiNya selalu..
    & menjadi Opah yang terbaik gituu..:):):):)

    ReplyDelete
  2. happy belated bufday kak :) semoga sihat selalu :)

    ReplyDelete
  3. Salam

    Selamat hari jadi buat kak yang Azmah semoga di rahmati Allah swt.

    kak,

    Tak semestinya ibu yang tak bekerja boleh mendidik anak dengan sempurna,anak2 akak juga berjaya dalam pelajaran dan kehidupan syukur...alhamdulillah.

    Saya linkkan blognya ya.

    ReplyDelete
  4. bila bday opah?happy belated bdayla....cadangan tuk beli barang sendiri ye?hehe...
    ape ye..opah pergi umrahla...tu hadiah lagi bermakna... Insyaallah

    ReplyDelete
  5. Cikgu Yang, Otanjoubi omedetou, semoga dipermudahkan segalanya, dilindungi dan diberkati oleh-Nya selalu...

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Lahir, Cik Yang. Semoga kebahagiaan dan kesihatan akan sentiasa menemani Cik Yang dan keluarga..!

    ReplyDelete
  7. Cikgu Yang..hope not to late nak wish lagi..Selamat Hari Jadi..semoga panjang umur..

    ReplyDelete
  8. happy birthday opah yang..moga panjang umur, murah rezeki..

    ReplyDelete
  9. salam ziarah.
    dikesempatan ini saya mengucapkan...

    Salam selamat hari IBU/EMAK/UMMI
    kpd semua rakan2 yg bergelar ibu,

    Tksh pengorbanan mu kpd anak2 mu,
    tksh kesetiaan ksh & syg mu terhadap suami mu,
    tksh menjadikan syura bagi keluarga mu,
    TKSH KERANA MENDIDIK ANAK BANGSA KU.

    -----('_')-----('_')-----
    -----('_')-----('_')-------------

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah..semoga sihat dan dimurahkan rezeki...amin
    salam singgah kembali...

    ReplyDelete
  11. mudah-mudahan cik yang selamat menjalani kehidupan penuh ketenangan dan kedamaian di penghujung usia emas ini..

    ReplyDelete
  12. hepi belated besday cikgu yang..

    semoga sentiasa di bawah perlindunganNya walau apa jua yg cikgu lakukan..

    ReplyDelete
  13. Pn Kartini !! Terima kasih ucapannya dan lawatan ke site saya nih. Selamat Hari Ibu !!

    ReplyDelete
  14. Ieda Al-Habsyi - Terima kasih Ucapan. Selamat Hari Ibu.. Kita semua sayang Ibu kita.

    ReplyDelete
  15. Zaiton - Terima kasih ucapannya. Ya ker, tapi saya selalu berpendapat ibu yang tak bekerja dapat menguruskan anaknya lebih baik. Sebab pengalaman sendiri yang bekerja , anak selalu terbiar dan diuruskan oleh pembantu rumah dan kadang2 ke nursery.. kesihan mereka. Selamat Hari Ibu!!.

    ReplyDelete
  16. Cik LyndaWawa igUana - Terima kasih ucapannya.. dan cadangannya..Umrah tu memanglah jadi impian setiap orang Islam ..tak dapat nak dinafikan lagi. Salam.

    ReplyDelete
  17. Hanis MY - Amin doanya. Syukur ke Hadrat Allah SWT ... Terima kasih kerana sudi melawat saya dan Selamat Hari Ibu....

    ReplyDelete
  18. ermmmmm...........seronok tengok cikgu dan keluarga...
    harmoni je tambah plok dah jadi datin ni...hahahaha..datin pada cucu.....
    semoga kebahagian akan terus berkekalan hendaknya...

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Guru...Selamat Hari Lahir .....Selamat Hari Ibu ....Selamat menerima kehadiran cucu ( nanti selamat hari datuk/datin ) ....hadiah istemewa tahun ni untuk Cikgu Yang....semoga Cikgu Yang sentiasa dianugerahkan Allah swt kesihatan sihat walafiat.

    ReplyDelete
  20. Selamat Hari Lahir dan Selamat Hari Guru buat cikgu

    ReplyDelete
  21. Terima kasih semua komen!!! Terima kasih juga kerana melawat saya selalu..terasa ada kawan di alam maya ini... saya bangga anda sekalian.. InsyAllah satu hari nanti kita akan berjumpa.

    ReplyDelete
  22. Salam ziarah...salam caiyang

    Mama singgah..
    Tq sudi visit blog mamawana
    Mamawana nak Cik Yang sihat sokmo dan ceria menanti hari hari muka...sama2 kita berdoa. Amin.

    ReplyDelete
  23. mamawana - Terima kasih singgah melawat saya. Amin doanya... InsyAllah.

    ReplyDelete