Tuesday, April 5, 2011

Didiklah Guru-Guru Kita ....



Untuk kepentingan Pendidikan Negara Malaysia yang tercinta, Mengikut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang telah dicipta.





"Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika sedang menyiasat kes kecurian." Petikan dari blog terima kasih.

Berita ini sangat mengejutkan, bukan sahaja di Perlis tetapi gempar seluruh Negara. Dimanakah salah dan silapnya hingga terjadi kejadian demikian. Siapakah Yang Hendak Disalahkan? .

Guru tersebut ?

Murid tersebut ?

Keluarga murid tersebut ?

Pengetua sekolah tersebut ?

Guru2 sekolah tersebut ?

Sistem pengurusan sekolah tersebut ?

Sistem Pendidikan di negara kita ?



Kejadian telah pun berlaku, kita berdoa semoga tidak berlaku lagi hingga
menyebabkan kematian kepada anak murid kita. Kita selalu beranggapan sekolah dan
asrama adalah tempat yang selamat untuk anak kita.


Kita mengharapkan siasatan dapat dijalankan dengan penuh keadilan dan pihak
berkuasa tentu dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Menjadi pengajaran
kepada semua pihak agar perkara ini tidak berlaku lagi.


Kisah ini berlaku pada anakku, Anakku dituduh oleh kawannya mencuri wangnya,
kebetulan diletakkan dalam kotak pensilnya, sebanyak RM6.00. Guru kelas memanggil
anakku, mungkin penyiasatan dijalankan .... bertubi-tubi kali tanya dan disoal.
Mengikut anakku, dia menerangkan itu wangnya yang dikumpul dari wang belanjanya
setiap hari. Kata gurunya memanglah orang mencuri mana mengaku dirinya mencuri. Ini
menyebabkan anakku sangat sedih.... balik ke rumah masih sedih.

Perubahan itu memang ketara sekali, Aku pun menyoal siasat.. aku pun takut juga, Kut kut dia yang mengambil wang tersebut. Dia menerangkan setiap hari dia mengumpulnya. Aku tanya apa yang dibelanjanya setiap hari.... dan lain2 soalan yang relevan .

Apabila aku berpuas hati barulah aku ke sekolah berjumpa dengan gurunya. Aku sanggup
membayarnya sekiranya guru terus menuduhnya, aku anggapkan sebagai sedekah.


Setelah guru menyiasat dengan saksi-saksi sekali barulah dapat keputusan yang anakku
bukan mencurinya dan ada perkara lain yang menyebabkan duitnya hilang. Bagaimana
sekiranya aku tidak ke sekolah berjumpa dengan gurunya.. tentulah dia yang dituduh.

Bagaimana dengan budak lain kalau sekiranya dituduh dan ada saksi2 yang palsu, tidak
memberitahu ibu bapanya, tentulah ia akan menerima hukuman, walaupun ia tidak
bersalah. Kadang-kadang penyiasat memaksa dia mengaku...inilah perkara-perkara yang
perlu ditimbangkan dalam kes-kes demikian di sekolah.


Ini hanya satu kes kecil yang berlaku, nampaknya sangat ringan tetapi memberi impak
yang sangat besar kepada kanak-kanak , kesan pada jiwa mereka, emosi mereka
terganggu dan kemungkinan tingkahlaku mereka juga berubah.


Oleh yang demikian kita mengharapkan pihak sekolah memberi tunjukajar yang mantap
kepada guru-guru agar mereka dapat Ilmu yang sepatutnya mereka ada. Jangan
tangkapmuat saja bila melantik guru-guru berkaitan. Kita kena memberi keadilan
kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa supaya tidak berlaku lagi perkara-
perkara yang sepatutnya tidak berlaku di bsekolah sebagai tempat yang selamat untuk
murid-murid dan guru-gurunya.

9 comments:

  1. Assalamualaikum Cik Yang

    salah satu antara seribu
    pembangunan tidak mengikut garis panduan Al Quran

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu Yang. Lama tak bersiaran, moga cikgu sihat. Macam-macam sekarang ni....

    ReplyDelete
  3. salam cik yang,

    salam ukhuwah.

    Bukan mudah tugas guru..
    sesekali diuja dgn perasaan
    dalam damensi pendidikan
    masyarakt mnjadi pengadil
    dalam liga kecemerlangan
    kegagalan pelajar mereka disalahkan
    kejayaaaan pelajar nobatkah mereka?????

    ReplyDelete
  4. Tuan Haji Rozali ,....Terima kasih, ya saya setuju tu. Berdoalah kita akan tiba masanya... Insyallah.

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu Aida, Akhir2 ini ada saja aktiviti yang menyebabkan masa terluang untuk melawat blog terganggu. Alhamdulillah saya sihat. Terima kasih ziarahnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Ainhany... Pengalaman saya 31 tahun menjadi Cikgu ..banyak mengajar saya. Terima kasih ziarahnya.

    ReplyDelete
  7. Salam, cik yang. Kak sangat hormat dan kagum dgn ketabahan dan kesabaran cikgu2 yg sentiasa berhadapan dgn pelbagai kerenah murid2.

    Semoga kejadian itu tidak akan berulang lagi....:)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Pertama kali ke sini, tapi terpanggil untuk memberi komen. Rasanya ramai guru yang berjiwa pendidik, walaupun kami hanya dikehendaki menjadi guru...apa-apapun yang berlaku, walau apa-apapun salahnya, yang salah tetap guru...hanya guru yang memahami tugas guru...

    * Maaf - semoga kejadian tersebut tidak berulang lagi....

    ReplyDelete
  9. salam saya ada cikgu yang ok ada cikgu yang tk ok.
    Yang sedihnya yang suka membrand kan pelajar ini adalah cikgu berbangsa kita. ADA BERGELAR USTAZAH,ADA BERTUDUNG LABUH, BERJUBAH ttapi, mereka dan cara mereka menolak pelajar itu semakin jauh.Trauma.

    Tak tahula macammana dia mendidik anak anak mereka di rumah. Bagus anak cikgu kaji dan siasat.
    Cuba kalau yang tak de sapa nak check.. trauma dan calar hidup...dari usia yg muda.

    ReplyDelete