Monday, February 15, 2010

Ku Abadikan Koleksiku Ini!!!



Selepas Subuh aku dah ada di sini, untuk mengelakkan kesibukan kawasan ini. Aku berasa bertanggungjawab untuk mengabadikan dalam Koleksi Flick's ku untuk tetapan seluruh dunia.



Sudah lama aku teringin hendak ke sini!! tetapi disebabkan tugas hingga kini baru aku dalam bersama-sama mengagumi kejayaan Malaysia ini.




Diharapkan selepas ini ramai ibu-bapa membawa anak-anak melawat ke sini sambil menerangkan tentang Menara Kembar ini. Ibu bapa kena membuat persediaan sedikitlah baru dapat memberi taklimat dalam kereta sebelum sampai..!!! he he he


. Aku memang bukan ibu yang sempurna kerana banyak perkara tak dapat disampaikan kepada mereka ketika mereka masih kecil. Ingat ye!!! setelah mereka besar, mereka tidak mahu lagi mengikut kita berjalan-jalan lagi. Mereka ada kawan yang akan membawa mereka berjalan. Bawalah sebelum terlambat !!


Seronok juga berada di sini!! pada awal pagi, keadaan tenang, sejuk dan nyaman sekali. Walaupun terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, tetapi percayalah.....tidak merugikan langsung.



Cuba bayangkan 100 tahun akan datang, bagaimana agaknya keadaan tempat ini. Pastinya aku dah tiada lagi, generasi akan datang akan dapat menikmatinya.




. Gambar-gambar ini boleh memberi sedikit gambaran tentang bahagian sekitar depan dan bawahnya.






Kalau mengikut anakku Mints jangan dimasukan semua gambar, dia memilih yang berkualiti saja, berbeza dengan aku? aku kalau boleh nak tunjuk semua kepada setengah orang yang tak dapat datang ke sini..dengan membuka blogku sudah memberi gambaran serba sedikit tentang menara.





Salam untuk semua Ibu bapa muda, sayangilah ... keluarga anda!!!

Jasa Dikenang - Terima Kasih Tun..!!!















Malaysia sangat terkenal dengan Menara Kembar Petronasnya. Kita patut berbangga dengan usaha yang telah dibuat oleh Mantan Perdana Menteri Kita Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jasanya patutlah kita kenang. Bila kita berada di situ terasa sesuatu yang sangat mengkagumkan, tersergam indah . Terima kasih Tun.




Menara Kembar Petronas
Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
Menara PETRONAS adalah dua buah pencakar langit kembar di Kuala Lumpur, Malaysia yang sempat menjadi gedung tertinggi di dunia dilihat dari tinggi pintu masuk utama ke bagian struktur paling tinggi.

Menara ini dirancang oleh Adamson Associates Architects, Kanada bersama dengan Cesar Pelli dari Cesar Pelli of Cesar Pelli & Associates Architects Amerika serikat[1] yang selesai dibangun setinggi 88 lantai pada 1998 dengan desain Interior yang merefleksikan budaya Islam yang mengakar di Malaysia. Pada 17 Oktober 2003, Taipei 101 mengambil rekor menara kembar ini.Tetapi Menara Kembar Petronas tetap memegang gelar menara kembar tertinggi di dunia.[rujukan?]

Caesar Pelli juga merancang gedung Miglin-Beitler Skyneedle (atau disebut pula Miglin-Beitler Tower) setinggi 609,58 m di Chicago, Amerika Serikat yang selesai pada tahun 1988 yang tampak mempunyai kemiripan dengan Menara Petronas.[2]

Menara Petronas berdiri setinggi 452 meter atau 1483 kaki dihitung sampai paling atas. Bentuk lantainya berupa dua buah persegi yang berpotongan membentuk bintang berujung delapan dan pada tiap titik perpotongannya ditambahkan sepotong lingkaran. Desain Cesar Pelli ini menggunakan motif yang lazim digunakan dalam Seni Islam mengingat budaya Islam sudah menjadi ciri khas Malaysia.

Di antara kedua menara tersebut, dibangun sebuah jembatan (Skybridge atau Jejantas Udara) yang menghubungkan kedua menara pada lantai 41 dan 42. Jembatan ini adalah tujuan kunjungan turis yang datang ke Menara PETRONAS dengan jumlah tiket yang terbatas (sekitar 1200 buah). Selain itu, jembatan ini juga digunakan untuk evakuasi apabila terjadi keadaan darurat di sebuah menara sehingga penghuninya bisa pindah ke menara yang aman.

Sebagaimana bangunan tinggi lain, Menara PETRONAS pun bisa bergoyang bila diterpa angin sehingga pembangunan jembatan pun tidak dipasang secara kaku pada kedua menara.

Kagum sungguh!! Aku pernah melawat Sears Tower di Chicago, pada ketika itu tak terbayang di mata rupanya Malaysia juga hebat !!!

Saturday, February 13, 2010

Hidungnya Berdarah Lagi !!!!





Kes Hidung Berdarah ini berlaku pada seorang murid lelaki tingkatan 1. Pada hari pendaftaran ibunya ada memberi maklumat berkaitan dengan anaknya. Ini dalam pengetahuan sekolahlah, direkodkan agar senang untuk mengambil tindakan.


Murid ini berada di sesi petang, sampai saja di sekolah dia akan datang ke pejabat dengan hidungnya yang berdarah dan mukanya pucat sekali. Kami menghubungi keluarganya untuk meminta bantuan agar ke sekolah segera. Pada awal tahun ibunya segera datang kalau diberitahu, tetapi di akhirnya ibunya dah tak mau datang lagi.

Puan Penyelia Petang terpaksa bersedia dengan Peti First-Aidnya setiap hari. Hampir hari-hari dalam bulan pertama persekolahannya hidungnya berdarah. Lama kelamaan dia dah tak boleh lagi bertolak ansur, kerana darah dari hidung murid itu semakin banyak bagi setiap hari, memang menakutkan.

Hari itu aku lihat sendiri darahnya turun tidak berhenti!!! Aku hubungi Ibunya, untuk segera datang ke sekolah berjumpa dengan ku. Kata ibunya, anaknya kalau tertekan emosinya, maka hidungnya akan berdarah. Aku memohon pada ibunya..buatlah macam mana pun supaya hidung anaknya tidak berdarah lagi.


Ibunya sangat kasar bila berkomunikasi dengan anaknya, melenting-lenting, marah, herdik , entah apa macam lagi. Saya merayu pada ibunya.. kalau dah tahu anaknya beremosi dan tak setabil , tolonglah bersabar, berlembut dengan dia , supaya dia tidak tertekan lagi. Ibunya diam saja, tak tahulah aku apa yang difikirkannya.

Mungkin kerana malu ibunya bertukar sikap dan layanan terhadap anaknya bertukar dan anaknya dijaga dengan baik. Aku memanggil murid tersebut berjumpa aku dan berbual-bual mesra dengannya. Aku bercerita berkaitan dengan Hidung berdarah. Aku tahu cerita ini dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.

Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan .

Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.

Cara merawat
Hentikan hidung berdarah dengan cara:
Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

2. Cegah hidung daripada berdarah semula:
Jangan menghembus hidung.
Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

3. Berjumpa doktor:
Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
Berasa hendak pitam atau pengsan.



Kejadian ini juga memberi pengalaman kepadaku! tidak lagi takut kalau ada murid yang berdarah hidungnya. Murid tersebut langsung tidak ada masalah lagi apabila berada di tingkatan 3. Ku perhatikan ia berjaya hingga ke tingkatan 5 dan mengambil SPM.. selepas itu aku kehilangan maklumatnya tapi yang pasti dia tidak berdarah hidung lagi. Syukur Alhamdulillah .. Selamat Anak itu dari diabaikan oleh ibunya.

Kayanya Negara kita!!! Tong sampah itu duit!!!









Setiap hari selepas waktu balik sekolah, murid ini akan menyelongkar tong sampah sekolah. Dia akan mengutip barang-barang yang boleh dijualkan kembali - recycle, sehingga penuh basikalnya. Sebagai Pengetua kesihan aku melihatnya, fikirku mungkin muridku ini susah !! terpaksa mengutip sampah-sampah dan bawa balik ke rumah.


Aku ceritakan kepada GPK Hem , untuk disiasat, kalau sekiranya sesuai hendak diberi bantuan atau biasiswa. Laporan diterima, ia mengutip sampah bukan sebab ia miskin, tetapi murid ini nampak lubang yang membawa kepada pendapatannya setiap bulan. Diberitahu oleh GPK rumahnya besar, dan ia boleh memperolehi sehingga ke RM800.00 sebulan.

Sebenarnya murid ini dia nampak wang ada di merata-rata tempat hingga ke tong sampah, apa nak dikatakan.. inilah persediaan pihak sekolah sekiranya ada orang akan mempertikaikan ada pelajar selongkar tong sampah sekolah. Kita boleh melihatnya dari sudut positifnya, murid ini dapat mencari wang dengan senang sekali untuk dirinya. Dari sudut negatifnya .. ada pelajar miskin hingga selongkar tong sampah tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak sekolah.

Murid ini menjalani kehidupannya setiap hari dengan menyelongkar tong sampah, malahan pada hari Sabtu pun dia datang sebelum lori sampah datang untuk menyangkat sampah. Paling ngeri apabila dia membawa pintu tandas sekolah atas basikalnya, hampir memenuhi separuh jalanraya dengan pintu itu.

Aku menjadi lega setelah dia tamat tingkatan 5, tak lama kemudian aku pun bersara....Tak tahulah kisah seterusnya...

Aduhai!!! Anak murid ku !!
Apa nak kukatakan ... Wang Oh Wang!!!! kayanya Malaysia ini, Tong sampah pun membawa rezeki.

Pening Kepala Pengetua ...


IMG_3697IMG_2978aa

Hari itu sekolah cuti, keadaan tenang tidak hiruk-pikuk seperti selalu. Aku membuat kerja-kerja kewangan yang belum selesai. Petang ini selesailah kerjaku, kalau tak ada sebarang gangguan.

Puan! ada tetamu nak jumpa!.

Aku ke luar dan jemput tetamu ke ruang tamu, nampak macam serius sekali tetamuku kali ini.

"Cikgu anak saya dapat masuk Maktab perguruan, jadi Cikgu kena janji saksi boleh," katanya garang sekali.

"Boleh Tuan, tapi kena syaratnya yang ditetapkan, saya akan tandatangani, tak ada masalah. Dihulurnya borang perjanjian kepadaku , aku agak cerewet bila hendak menandatangani borang, itu prinsipku.

"Tuan , Sila isikan borang ini dengan lengkap, baru saya tandatangani untuk pengesahan dan penjamin kena tandatangani borang ini dulu , baru saya tandatangani sebagai saksi" terangku.

"Isk!! banyak sogeh ler Cikgu nih!! Cikgu tandatangani dulu ler, nanti saya isikan kemudian, penjamin pun saya tak jumpa lagi? macam mana? nanti lambat? anak saya tak diterima , macam mana?

" Tuan lengkapkan!! nanti saya akan tandatangani, usah risau, pejabat buka sampai pukul 5.00petang " . kataku masih cool lagi.

Dia keluar, sambil mengomel-ngomel tentang aku, action, tak sedar diri tanggungjawab, sombong , entah apa-apa lagi. Aku panggil anaknya," ngapa kamu tak isi
borang ni dulu, masa kat sekolah dah jemu saya ingatkan cara-cara isi borang, pening kepala saya, kalau seratus datang macam nih, tak naik darah saya!!"

" Tak tahulah Cikgu, tiba-tiba ayah saya melenting tak tentu fasal, maafkan saya ya Cikgu?" rayunya.

Ok!! Isi dulu butir-butir tentang diri kamu, lengkapkan dengan maklumat-maklumat yang dikehendakki, cari penjamin, cuba baca rasanya ayah kamu boleh jadi penjamin , hanya cari seorang penjamin, setelah lengkap, baru bawa ke sini untuk ditandatangani, kalau saya tak ada atau keluar ke bank ke, PPD ker, tinggalkan pada kerana , saya balik nanti, saya tandatangani....semak dengan kerani , supaya tak datang banyak kali... faham!! kataku.

Aku pun ke Kantin!! Ayah murid itu ada di Kantin, dia nampak aku saja, dia bersuara kuat kepada kawannya.. Kau tenguk no kereta Cikgu tu! Aku nak katok , bagi padan mukanya?...

Aduh sakit sekali berurusan dengan orang biol fikirku? biarlah , kalau ku lawan nanti, aku pulak bodoh macam dia. Kalau ikut kan hati? aku sound saja!! sabar, sabar, aku memujuk diriku.

Petang itu anaknya datang! aku pulak bagi amaran padanya? kalau apa-apa berlaku pada saya dan kereta saya, saya akan repot polis dan mengsyaki ayah kamu yang lakukan, faham!! Tolong bagi tau ya? Jangan lupa pulak?

Setelah selesai, dari pejabat aku tenguk anaknya bercakap-cakap pada ayahnya dan tunjuk-tunjuk keretaku.. dan mereka berlalu pergi.

Ini adalah satu dari seribu cerita berkaitan dengan urusan dengan orang luar..!! memang pening Pengetua melayan kerenah-kerenah demikian, boleh mengganggu emosi seharian. Sama-samalah renungkan....

Friday, February 12, 2010

Salam Kak!!! Saya Mintak Maaf ...














Saya memang rapat dengan kakak yang satu ini. Istimewanya dia kerana Ibu kepada murid saya di SMK Selayang Baru . Ketika itu Maizura Ketua Pengawas di sekolah tersebut. Saya guru Geografi dan mengajarnya di Tingkatan 4 dan 5. Kami memang rapat ketika itu. Kemudian dia masuk menjadi guru di SMK darul Ehsan , maka hubungan bertambah rapat apabila mengenali dia sekeluarga.


Ibunya sangat baik dan terasa keikhlasannya. Hampir setiap kali Hari Raya rendang daging akan sampai ke rumah saya , sedap!! bercampur hati , limpa dan dagingnya. Terima kasih Kak, sekarang tak perlu hantar lagi kerana saya dah banyak masa untuk memasak rendang!!! He he he!!

Oh!! Kak minta maaf ya..sampai sekarang saya belum tahu nama Akak sepenuhnya tahu dengan panggilan Emak Maizura saja. Maaf!! Ya Ampun Ya Kak!! Lepas nih saya akan tanya Maizura!!

Di Tahan Emigresen di LCCT -- Menakutkan.







Kita ke semuanya bergembira kerana telah sampai ke Tanah Air Malaysia yang sangat kami cintai. Tiba-tiba saya nampak ada pegawai Emigresen menunjuk ke arah kami, mereka nampak serius kira-kira 3/4 orang. Rasa gembira mula bertukar apabila mereka mendekati dan membawa kami ke bilik pemeriksaan beg. Beg kami telah ada di situ. Dah saya agak dah... he he he!!

Ayah Maizura telah membeli golok di Padang.. ingatkan boleh bawa masuk ke Malaysia. Ya Allah banyak syarat yang kena ditempuhi baru melayakkan kita membawa senjata-senjata tersebut. Segalanya dapat diselesaikan dengan baik..'


Kami pulang dengan gembira. Salam Sayang Semua!! Bila kita nak jalan lagi nih. Mai dan Zie tentu banyak tempat yang hendak dilawati ya!! Kita nih dah warga Emas keupayaannya terbatas.. Ok Bye bye semua. Sayang untuk semua Muuuuaaahhh!!!