




Syukur Alhamdulillah.. pada tahun ini saya telah dipilih menjadi Tokoh Guru Daerah Gombak . Terima kasih kepada Tuan Sulaiman bin Wak Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan. Puan Dayang Fatimah Abang Narudin Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak kerana memberi pengiktirafan yang begitu tinggi kepada saya. Rasanya perkhidmatan saya tidaklah begitu cemerlang hanya sederhana sahaja. Saya sudah bersara dari perkhidmatan Perguruan selama 3 tahun setelah berkhidmat menjadi guru selama 31 tahun, memegang jawatan pengetua selama 15 tahun.
Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik hingga sekarang ini.. diharapkan dapat menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan kegiatan yang berkaitan dengan Amal Ibadah, urusan rumahtangga, menjadi isteri , ibu dan opah yang baik. Rasanya terlalu banyak terhutang dengan suami dan anak-anak kerana terlalu memberi perhatian yang serius kepada kerjaya. Kata suami saya , saya telah menjiwai jawatan pengetua sepenuhnya. Beliau sering kali menemankan saya apabila melawat sekolah pada waktu malam. Sepatutnya saya berbangga dengan keupayaannya memberi sokongan yang padu pada saya.
Kemungkinan juga saya selalu bernasib baik , kena pada tempat dan ketikanya hingga sekolah yang saya pimpin begitu cemerlang sekali. Ini adalah gabungan guru-guru, murid-murid, Pibg, Ibubapa, masyarakat setempat, PPD Gombak, JPNS dan KPM memberi kekuatan yang padu hingga dapat memantapkan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Kadang-kadang saya sendiri pun merasakan, betulkah apa yang kami terima ini betul-betul datang dari usaha kami semua atau sudah ketentuan Illahi yang kami akan cemerlang .
Saya selalu bersyukur, kemungkinan kalau orang lain pun di sekolah itu dia juga akan cemerlang.. pada pendapat saya, Saya berada di tempat yang betul pada masa dan ketikanya hingga saya berjaya di situ.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan termasuklah guru-gurunya, murid-muridnya, Pibgnya, ibubapanya, kakitangan bukan guru juga pekerja-pekerja pembersihannya, pengawal keselamatannya serta pengusaha kantin dan pekerjanya. Terima kasih juga pada Puan Patifah Shamsudin dan pegawai-pegawai PPD yang memberi kepercayaan kepada saya , merupakan satu pengiktirafan yang tinggi bagi diri saya yang kerdil ini.
Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah tempat saya pernah berkhidmat dulu iatu SMK Guar Chempedak, Gurun, Kedah.
SMK Derma , Kangar, Perlis.
SMK Raja Abdullah Kepung,Kuala Lumpur.
SMK Selayang Baru, Batu Caves, Selangor .
SMK Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
SMK Bukit Gading, Kuang, Selangor.
SMK Ideal Heights, Batu Caves, Selangor.
Sekian terima kasih, sedia menerima pandangan dan usul-usul dari kawan-kawan untuk renungan bersama , maklumlah saya sudah berada di senja hari menunggu saja berlabuhnya malam yang syahdu.