Saturday, July 17, 2010

Kasih Datuk Kasih Abadi ... 2





Aku ada seorang abang yang tinggal bersama atuk diwaktu kecilnya. Dia sangat disayangi oleh Atuk..apa yang dia buat semuanya menjadi hiburan kepada Atukku. Emak saudaraku dah tak tahan dengan kerenahnya, apa yang dibuatnya.. semuanya menyusahkan mereka.


Satu hari waktu makan tengahari , abangku hilang entah ke mana, jenuh dipanggil tapi tak menjawab. Masing-masing dah susah hati, mencari ke sana ke mari dia tak ada. Masing-masing dah bimbang sekejap lagi Atuk balik tentu mereka kena marah.



Opahku teringatkan sesuatu!! " Coba kamu tenguk dalam bilik!! kut dia main bawah katil besi dan tempat simpan tikar tu? Berlari mereka ke situ.. masuk ke bilik saja ..Aduh busuknya..abangku dah melepas di situ. Menjerit-jerit kedua Mak saudaraku, mengadu pada Opahku!!

Isk budak nih!! tak lalu aku dibuatnya? ..Cepat cuci nanti Ayah kamu balik, lain pulak ceritanya. Dia buang air besar dalam gulungan tikar mengkuang itu...menjerit-jeritlah mak saudaraku, abangku berlari ke sana ke mari dengan gembiranya..umur dalam 4 tahun.


Bila Atuk balik!! abangku lari ke bucu dinding, macam takut lak dia. Opah pun cerita ler kat Atuk.. cerita lucu yang tak lucu itu.. Atukku ketawa terbahak-bahak, gembiranya.. Semua terkejut, ingatkan atuk nak rotan abangku.. eh tidak!! jadi lawak ler pulak, abangku gembira,, tersengeh-sengeh tenguk Atuk gembira. Mak-mak saudaraku nak kata apa, turut ketawa juga.. riuhlah serumah.


Kisah itu menjadi bualan Atukku... diceritakan kepada semua. Ibuku menceritakan padaku peristiwa yang lucu tapi tak lucu itu. Aku pun turut gembira..Tapi sedihnya semua watak yang ada dalam kisah di atas, semuanya telah meninggal dunia. Bukan aku bertujuan hendak menghina tapi sekadar mengeluarkan kisah-kisah benar yang ada dalam simpananku.

Kalau aku pergi tentu kisah ini akan pergi bersamaku.. aku tinggalkan di sini, untuk tatapan anak cucuku. Betapa kasih sayang seorang datuk kepada cucunya.



Gambar-gambar di ruangan ini hanya hiasan semata-mata,
Gambar Mint dengan Datuknya.

Monday, July 12, 2010

Cik Yang - Tokoh Guru Daerah Gombak 2010.








Syukur Alhamdulillah.. pada tahun ini saya telah dipilih menjadi Tokoh Guru Daerah Gombak . Terima kasih kepada Tuan Sulaiman bin Wak Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan. Puan Dayang Fatimah Abang Narudin Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak kerana memberi pengiktirafan yang begitu tinggi kepada saya. Rasanya perkhidmatan saya tidaklah begitu cemerlang hanya sederhana sahaja. Saya sudah bersara dari perkhidmatan Perguruan selama 3 tahun setelah berkhidmat menjadi guru selama 31 tahun, memegang jawatan pengetua selama 15 tahun.

Bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kesihatan yang baik hingga sekarang ini.. diharapkan dapat menghabiskan sisa-sisa hidup ini dengan kegiatan yang berkaitan dengan Amal Ibadah, urusan rumahtangga, menjadi isteri , ibu dan opah yang baik. Rasanya terlalu banyak terhutang dengan suami dan anak-anak kerana terlalu memberi perhatian yang serius kepada kerjaya. Kata suami saya , saya telah menjiwai jawatan pengetua sepenuhnya. Beliau sering kali menemankan saya apabila melawat sekolah pada waktu malam. Sepatutnya saya berbangga dengan keupayaannya memberi sokongan yang padu pada saya.

Kemungkinan juga saya selalu bernasib baik , kena pada tempat dan ketikanya hingga sekolah yang saya pimpin begitu cemerlang sekali. Ini adalah gabungan guru-guru, murid-murid, Pibg, Ibubapa, masyarakat setempat, PPD Gombak, JPNS dan KPM memberi kekuatan yang padu hingga dapat memantapkan kejayaan dalam semua bidang yang diceburi. Kadang-kadang saya sendiri pun merasakan, betulkah apa yang kami terima ini betul-betul datang dari usaha kami semua atau sudah ketentuan Illahi yang kami akan cemerlang .Saya selalu bersyukur, kemungkinan kalau orang lain pun di sekolah itu dia juga akan cemerlang.. pada pendapat saya, Saya berada di tempat yang betul pada masa dan ketikanya hingga saya berjaya di situ.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan termasuklah guru-gurunya, murid-muridnya, Pibgnya, ibubapanya, kakitangan bukan guru juga pekerja-pekerja pembersihannya, pengawal keselamatannya serta pengusaha kantin dan pekerjanya. Terima kasih juga pada Puan Patifah Shamsudin dan pegawai-pegawai PPD yang memberi kepercayaan kepada saya , merupakan satu pengiktirafan yang tinggi bagi diri saya yang kerdil ini.

Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah tempat saya pernah berkhidmat dulu iatu SMK Guar Chempedak, Gurun, Kedah.
SMK Derma , Kangar, Perlis.
SMK Raja Abdullah Kepung,Kuala Lumpur.
SMK Selayang Baru, Batu Caves, Selangor .
SMK Taman Selayang, Batu Caves, Selangor.
SMK Bukit Gading, Kuang, Selangor.
SMK Ideal Heights, Batu Caves, Selangor.

Sekian terima kasih, sedia menerima pandangan dan usul-usul dari kawan-kawan untuk renungan bersama , maklumlah saya sudah berada di senja hari menunggu saja berlabuhnya malam yang syahdu.

Ada Masalah? Jangan Risau Ada Cara Penyelesaiannya ....


Sahabat-Sahabat sekalian, Setiap insan di mana mereka berada pun mesti ada masalah. Hanya yang membezakannya sebesar mana masalah itu dan sekecil mana masalah itu. Setiap kita akan mencuba untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah tersebut. Kadang-kadang kalau masalah itu terlalu besar hingga ada yang menamatkan riwayat hidupnya.. Nauzubillah ..

Bagaimanakah kita hendak mengatasi masalah itu ?

* Supaya kita tidak jadi PEMARAH
* Supaya kita tidak jadi PENDENDAM
* Supaya kita tidak jadi PERENGUS
* Supaya kita tidak jadi TERPUKUL
* Supaya kita tidak SEDIH
* Supaya kita tidak BERDUKA
* Supaya kita tidak jadi LESU
* Supaya kita tidak KECEWA

Jangan risau sahabat-sahabat sekalian - Kumpulkan masalah itu semuanya dan bungkuskan dan serahkan kepada Allah.. Allah yang Maha Berkuasa menentukannya.. tentu ada hikmah apa yang berlaku kepada kita. Serahkan semuanya dengan Ikhlas dan percaya sepenuhnya atas kekuasaan Allah dan dipanjatkan dengan Doa.

Kita juga perlu mendidik diri kita menjadi seorang yang penyabar, kuat iman, berpendirian, bersopan-santun, berbudi bahasa, baik hati, bertanggungjawab, amanah dan lain-lain sifat yang baik-baik yang perlu ada pada seorang INSAN MULIA.

Peranan ibu bapa sangat besar agar dapat menerapkan nilai-nilai moral yang baik kepada anak-anak mereka supaya memberi mereka jalan apabila mereka menghadapi masalah, mereka dapat mengatasinya dengan sangat berhemah.. InSyAllah.

Jangan Lupa yang utama apa-apa pun Tiang Agama mesti ditanam sekukuhnya menampung kekuatan setinggi Menara Kuala Lumpur atau Menara Kembar Petronas.. hujan, ribut, banjir belum tentu dapat merobohkan kecuali Allah mengizinkan untuk diroboh.

Salam Sayang untuk semua !!! Hidupku hanya sementara saja ...Alhamdulillah hidupku sihat keluargaku bahagia dengan izin Allah jua. Mari kita berdoa bersama-sama untuk ketenangan dan kebahagian hidup kita semua di samping diredha Allah SWT.... AMIIN.


Credit to cartoon_stork_CoolClips.

Saturday, July 10, 2010

MEMAHAMI AL-MA'THURAT ..




MANUSIA lahir di atas dunia ini dibekali dengan fitrah. Di samping itu manusia juga membawa nafsu dan keinginan yang selalu mewarnai corak kehidupan seseorang. Namun begitu Allah SWT telah membimbing manusia dengan wahyu dan akal yang ada pada dirinya sendiri, sehingga segala godaan dari syaitan dap...at dihadapi dengan jiwa taqwa dan hati yang bersih.

Tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah dan tidak semua jiwa mengetahui cara yang terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung.Sehingga ramai yang tersesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan. Sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan aqidah yang kukuh, solat, zikir, doa, istighfar dan ibadah-ibadah yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.

Petikan Dari Al-Ma'thurat & Surah Yasin , As Syahid Imam Hassan Al Banna.

Untuk renungan sahabat-sahabat yang dikasihi. Tidak pandai untuk mengulasnya... masih belajar...Ya Allah , bukakanlah pintu hati kami untuk sentiasa bertaqwa padaMu... Amiin.

Thursday, June 17, 2010

Terima Kasih CekWa ... !!!




Saya gembira menerima Award ini !!! Terima kasih Daun Keladi.

Sunday, June 6, 2010

"10 Hujjah ILMU utama daripada HARTA" oleh SAIDINA ALI KRW




















* Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun dan lain-lain.

* Ilmu akan menjagamu, tetapi harta kau yang akan menjaganya.

* Harta jika dibelanjakan akan berkurangan,sebaliknya ilmu jika engkau sibarkan/gunakan ia akan bertambah.

* Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu akan disebutg dengan nama keagungan dan kemuliaan.

* Pemilik harta ramai musuhnya, sedangkan pemilik ilmu ramai temannya.

* Harta harus dijaga daripada pencuri, sedang ilmu tidak perlu dijaga

* Ilmu baik daripada harta kerana di Akhirat nanti pemilik harta akan dihisab sedangkan pemilik Ilmu akan memperolehi Syafaat.

* Harta akan hancur kerana lama ditimbun zaman, tetapi ilmu tak akan musnah walau ditimbun zaman.

* Harta membuat hati orang jadi keras,sedangkan Ilmu membuat hati orang menjadi lembut dan bercahaya.

* Pemilik harta boleh mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedangkan orang yang berilmu pula mengaku sebagai hamba ilmunya.



Program Peningkatan Ilmu SMKDE - swakarya Ehsan 2000.
sumbangan Puan Suhana Sulaiman.


Terima kasih sumbangan untuk tatapan bersama.. Alhamdulillah.

Wednesday, June 2, 2010

Nak Kurangkan Kentut? Boleh Tukar ke Sendawa ke !!!




Semalam aku dapat lagi PETUA BARU dari TOK GURUKU , Bagaimana hendak mengurangkan kentut yang menjadi masalah semasa kita berwuduk dan bersolat.


Kata Tok Guru ku, bila bangun pagi terus ke tandas buang air. Kemudian ambil segelas air dan bacakan Bismillah hirrahmanirrahimm dan Selawat/solawat atas Nabi 3 kali dengan syarat mulut jangan dikumur dulu.

Kemudian berus gigi dan cuci lidah.. bila mencuci lidah beruskan hingga kita rasa nak muntah dan keluar air yang berasa masam/pahit, buat beberapa kali supaya keluar angin dari atas.


Jadikan amalan setiap hari, akan mengurangkan kentut separuh dari kebiasaan kalau satu hari 10 kali kentut akan jadi 5 kali kentut sahaja. Kata Tok Guruku kita buang kentut kita ikut atas dalam bentuk keluarkan angin melalui sendawa. Pada fikiranku jadi tak batallah Wuduk kita kalau angin dibuang melalui atas.

Terima kasih kepada Tok Guru ku !! rugi juga lambat tahunya... tetapi bersyukur walau pun terlambat tapi masih dapat mengamalkannya sekarang ini.


Credit to Bloom Laboratory and Google .