Tuesday, March 29, 2011

Asthma Penyakit Manja












Penyakit yang sangat manja dan kalau tak betul diuruskan ia akan selalu menyerang kita. Aduss , pembantu rumah dah tiada, maka adalah kerja lebih sikit... hingga berpeluh2, hatiku seronok dapat peluh tanpa exercise...dan dapat pahala kerana berkhidmat utk keluarga , itu pun anakku yang banyak membantu.. Rupa2nya peluh tu tanda nak dapat asthma, malam batuk2 , bilikku agak sejuk sikit.. selalu tak pa pun.


TANDA-TANDA PENYAKIT ASTHMA


i. Pernafasan. Berbunyi /Wheezing terutama saat mengeluarkan nafas/exhalation.

ii. Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.

iii. Batuk berpanjangan bila cuaca sejuk atau diwaktu Malam.

iv. Dada rasa ketat atau sempit .

V. Semput tak dapat bercakap dengan lancar.

vi. Rasa badan sangat letih dan berpeluh , kerongkong rasa gatal.

Diriku diserang asthma lagi, setelah 7 tahun aku sihat tanpa asthma. Aku kena Asthma di Tanah Suci Mekah, mungkin itu dah ditakdirkan , aku terima dengan redho , itu ketentuan untuk diriku.

KAWALAN ASTHMA DARI MENYERANG.

i . Cuaca yang sejuk yang lembab atau sejuk yang kering , contohnya air condition tidak sesuai untuk pengidap asthma. Cuaca Sejuk memang tak sesuai untuk orang asthma.

ii. Tak sesuai tinggal di kawasan berdebu, berhabuk dan cuaca kurang bersih serta bau2an yang kurang menyenangkan.

iii. Di rumah tidak sesuai menggunakan carpet {menyimpan habuk dan dan bulu2 carpet} dan binatang peliharaan seperti kucing dan yang lain2 berkaitan.

iv. Menjaga pemakanan, ambil makanan yang tidak menyebabkan diri kita sejuk dan angin, aku telah mencuba mencari dalam laman2 web apakah makanan yang tak boleh dimakan oleh pengidap asthma . Malangnya tak ada jawapan yang khusus .

v. Aku merujuk pada doktor tentang pemakanan.. menurutnya tidak ada yang tepat tetapi elakkan daripada makanan2 dan buah2an yang sejuk.

vi. Merujuk kepada pengidap asthma yang lain... menurutnya hampir keseluruhan buah2an tak boleh dimakan, terutamanya semua jenis limau, buah tembikai, buah betik dan semua buah2an bergetah.. nak dikira mana ada buah yang tak bergetah , hehehe!!.

Huks Huks Huks sedihnya jadi pengidap asthma ya... semua yang sedap2 tak boleh makan ye... apa nak kato dah nasib kito.... ya Jang.


PENGALAMANKU DALAM ASTHMA .

i. Air batu tak boleh minum.. terutama ketika cuaca sejuk . Inilah yang susah aku nak lakukan,aku suka ice cream, ini maknanya aku tak boleh makan ais krim..oh no, tidak, tidak.. terutama aku suka ais cream durian ma... macam mano nih!!!

ii. Orang asthma tak boleh mandi malam, terutama air sejuk.. tapi hobbiku mandi malam.. oh dunia! busuklah aku bila nak tido degan badan yang berpeluh, rambut yang basah. Tolong , tolong.Jangan biasakan diri anda dengan habbit nih ya?

iii. Aku suka buah anggur, buah dukung, buah langsat, buah durian, konon-konon nya buah bergetah dan buah durian pula panas. He! macam mana nih nih buah sejuk tak boleh, buah panas tak boleh ,buah bergetah tak boleh... aku nak makan buah apa ya? Nampaknya buah plastik ajerlah.

iv. Emosi kena jaga, jangan terlalu sedih,jangan terlalu marah,jangan jauh hati jangan terlalu geram... jadi pengidap asthma kena sentiasa waspada terutama ketika asthma menyerang ya?.

v. Air Con tak boleh digunakan masa tengah diserang, waktu lain pastikan peti air con sentiasa diservice, bilik dikemas tanpa ada habuk/debu langsung,kalau boleh dimop setiap hari, suhunya di kontrol. Tapi kalau ikut doktor tak boleh guna aircon, tapi dari pengalaman saya, boleh guna tapi ada syarat2nya, dalam kereta kena pakai baju sejuk atau selimut ,mpastikan kereta bersih dari sebarang habuk.

vi. Sebenarnya saya memang pengidap asthma tetapi telah 7 tahun tak menyerang kena balikketika berada di Mekah. Oleh itu pengidap2 Asthma jangan putus asa ya.


KESIMPULANNYA


Semoga setiap pengidap Asthma berpandangan positif dan ikutlah arahan doktor tentang pengambilan ubat dan inhaler yang perlu digunakan. Insyallah tiba ketika yang betul kita akan sihat betul dan dapatlah kita menikmati hidup yang sihat sebenar. Oleh itu kita kena bersabar dan selalu menjaga kesihatan dan jangan engkar dengan arahan2 doktor . Akhirnya selalulah berdoa pada Allah agar kita sehat, hanya Allah dapat merubahkan semua.Insyallah.


Terima kasih Google ,menggunakan gambar di atas.

Monday, March 28, 2011

Kewajipan yang perlu ditunaikan


Renungan Bersama di pagi ini:


1. Zakat itu Pembersih Harta.

2. Sedekah Jariah adalah Saham di Akhirat.

3. Anak yang Soleh dapat mendoakan ibubapanya yang telah pergi dahulu.

4. Ilmu yang diamalkan oleh orang lain menjadi saham akhirat kita juga.

Oleh itu selalulah Bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada.

Jangan rasa kerugian bila kita membayar zakat. Kewajipan perlu ditunaikan kalau tidak kita masih berhutang dengan golongan asnaf yang akan menerima zakat itu.

Tanamkan dalam jiwa setiap orang muslim agar menjalankan kewajipan ini. Siapakah yang wajib melakukannya sehingga tertanam dalam setiap jiwa orang2 Islam untuk membayar Zakat.

Fikir-fikirkan bersama, kalau setakat belajar di sekolah rendah dan menengah sahaja tentu tak dapat mencapainya.

Melancong ke Jakarta Ogos lalu

Salam Semuanya... Lama rasanya tak berbicara dengan kawan2 sekalian. Maafkan saya kerana kesalahan ini ya. Maklum sajalah bila dah tua.. segala-galanya lambat. Sebelum bulan Ramadhan saya menemankan suami main golf ke Bandung. Ini kali ketiga saya ke sana . Tidaklah saya mengulang tempat-tempat pelancongan yang telah dilawati.

Saya merasakan kali ini sangat seronok kerana dapat shopping sepuas-puas hati dan semua yang dirancangkan dapat ditunaikan , syukur Alhamdulillah.

Saya dan kawan-kawan pergi ke Jakarta dan merasakan amat bertuah dapat bersolat di Masjid Istiqlal .

BANGUNAN MASJID ISTIQLAL
Gedung Induk
TINGGI : 60 meter, 5 tingkat symbol solat 5 waktu
PANJANG : 100 meter
LEBAR : 100 meter
Tiang pancang : 2.361 buah
Bangunan utama ini adalah gedung utama dimana tempat ini dapat menampung 100.000 jemaah pada waktu shalat Idul Fitri dan Idul Adha.







Bersebelahan dengan Masjid ada sebuah Gereja yang amat besar sekali dan indah seni arkitednya.

Maaf lambat diN3 kan... mengapa ya? Hingga terlupa, tak ada jawapan.

Lamanya Aku Menyepi ?

Mengapa ya?

Banyak ceritanya.. nanti bolehlah aku ceritakan balik ya.Ada cerita sedih, ada gembira , ada yang marah dan ada cerita yang sakit hati... itulah kehidupan.

Maafkan hamba nih !!!

Insyallah selepas ini hamba akan menumpukan sedikit masa untuk KB ku ini.