Tuesday, March 30, 2010

Lelaki Idaman Wanita!!! .... 3





7. Lelaki yang pandai Berjenaka/Berlawak.

Ramai Wanita terpikat dengan Lelaki yang pandai berjenaka, kerana selalunya menimbulkan suasana ceria dan penuh dengan warna kehidupan yang gilang-gemilang. Pada pandangan wanita, lelaki yang pandai berjenaka adalah lelaki yang tidak yang tidak berlakon dalam watak kehidupannya. Tak tahulah sejauh mana pendapat itu betul.


Sekira jenakanya berlebihan hingga tak ada batasnya pun menyebabkan wanita menyampah pada lelaki tersebut. Lelaki mesti bijaksana dan bijaksini dalam memberi batasan antara perkara yang lawak dengan yang serius.. Ini bermakna ada batasannya, jadi lelaki perlu bijak meletakkan tempat yang sesuai dalam komunikasinya.



8. Lelaki yang Romantik.

Ye kah? yang ini tak reti nak mengulasnya. Seingat aku ada kawan aku susah hati nak berkahwin dengan tunangnya kerana tunang lurus bendul , tak romantik langsung. Katanya ? malu pulak dah tua-tua nak menyebutnya he he he!! Kata kawanku..aku takutlah tunangku tak pandai cium aku nanti?
Aku gelak bagai nak pecah perut ketika itu.. aku nasihat padanya.. Tak adalah kau jangan risau, atau kau ajarlah dia kalau dia tak tahu. haha ha ! gelakku besar. Memang wanita merasakan romantik itu perlu ada dalam kehidupan suami-isteri.

Semua lelaki ada sifat itu sama ada hendak ditunjukkan atau disimpan secara tersirat tetapi kaum wanita nampaknya memerlukan sifat-sifat romantik pasangannya dan dapat merasaakan ia dihargai, disayangi, dibelai dengan penuh kasih sayang bukan berpura-puraan.


9. Lelaki yang senang memberi Penghargaan.

Wanita mengidamkan pasangan yang tidak kedekut memberi pujian. Lelaki yang nampak kelebihan2annya, kerajinannya, kecantikan, kemenawanannya(betulkah nih?), kepekaan, keayuan, ketakwaannya.. dan memberi penghargaan, pujian, tunjuk kasih sayang, memberi belaian dan sentiasa memberi terima kasih pada yang sepatutnya.

Alangkah bahagianya wanita kalau selalu diambil perhatian oleh pasangannya, dia dapat melupakan kekurangan yang ada pada pasangannya dan dapat bertolak ansur dalam banyak perkara. Oleh itu kaum lelaki tak perlu terlalu ego dalam melayani kerenah pasangannya atau isterinya.

Wanita mengharapkan lelaki dapat bertolak ansur dalam melayari kehidupan rumahtangga mereka. Tanyalah wanita mana pun tak kira Melayu, Cina atau India.. semuanya menjawab, kami memerlukan lelaki yang bertolak ansur dan dapat merasakan pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam kehidupan mereka..hargailah dengan pujian, terima kasih dan kasih sayang.


Perhatian : Gambar-gambar hanya hiasan tidak memberi maksud kepada artikel, credit to Google.

Lelaki Idaman Wanita !!! ... 4






















10. Orang Lelaki yang berumur.

Ramai wanita tertarik dengan lelaki lebih tua banyak darinya. Kadang-kadang hingga ke 25 tahun perbezaan umur. Mesti ada sebab mereka tertarik ini. Kononnya lelaki ini lebih sempurna, matang, gentleman dan dah stabil kehidupannya dan wang ringgit tidak menjadi hal lagi.
Malahan ramai yang teringin dan berangan-angan akan mendapat kebahagiaan walaupun menjadi wanita kedua dalam kehidupan lelaki. Memang betul dan kesenangan yang dicurahkan wanita ini boleh hidup senang hingga keluarga pun dapat menumpang. Apa salahnya berkongsi kerana mengikut agama ia dibolehkan, hingga berkahwin empat.

Wanita boleh memilih untuk menjadi isteri yang ke berapa? Tidak lelaki, tidak dinolehkan mereka berbuat demikian. Itulah istimewanya wanita!!!!




11. Lelaki yang menjaga ketrampilan diri.

Mereka ini sentiasa bersih, kemas dan sentiasa berbau Wangi , sangat bergaya menjadikan saham mereka lebih tinggi. Ke mana-mana mereka pergi akan menarik perhatian wanita. Malahan ramai yang ingin berkenalan dan mahu mendampingi mereka.
Ditambahkan pula pergaulan sosialnya baik, komunikasi yang bijak dan pandai menghormati wanita. Apa yang diharapkan wanita semuanya ada padanya. Inilah dikataakan sahamnya semakin tinggi dan nilainya semakin naik.





12. Lelaki yang mantap personalitinya.
Seorang lelaki yang gagah, pemurah, hormat wanita, tidak kuat merajuk. Mempunyai pendirian yang tetap/teguh/tidak goyang. Ia juga mempunyai sifat yang tenang ,tidak menggelabah dan steady sahaja dalam mengatasi masalah. Sering dapat berkomunikasi dengan baik dan berkualiti. Mempunyai Nilai-nilai peribadi yang ideal untuk menjadi kepala keluarga . Ini juga menjadi lelaki idaman wanita.


Perhatian : Gambar-gambar yang dipamerkan hanya untuk hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan artikalnya. Credit to Google . Untuk maklumat lanjut sila masuk website gambar berkaitan ..

***

Monday, March 29, 2010

Lelaki Idaman Wanita !!! .....2. Sambungan..

Wanita mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang lelaki idaman mereka. Kadang-kadang mungkin kedengaran luar biasa bagi orang-orang tua.. tetapi pada mereka itulah pilihannya.











4. Lelaki Yang Mempunyai Pekerjaan Yang Hebat.

Masyarakat kita dari dulu lagi dah menjadikan pekerjaan lelaki adalah merupakan status bagi lelaki tersebut. Bila tonton tv/filem/drama sampai sekarang ini masih pekerjaan melambangkan kedudukan status seseorang.. kerjaya doktor, jurutera, peguam,arkitek, pensyarah, ahli2 perniagaan menjadi rebutan untuk dijadikan menantu. Tak usahlah dinafikan hingga sekarang.



5. Lelaki yang Matang dan Bijaksana.

Wanita tertarik dengan lelaki yang matang dan bijaksana, lelaki yang bersikap keanak2an walaupun dah dewasa tidak disukai wanita. Apakah yang dimaksudkan matang pada wanita?
Iaitu lelaki yang dapat membuat keputusan yang baik , memberi pendapat yang bernas, dan mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul kepada pasangannya. Cara-cara berbicara menampakkan kebijaksaannya dan tidak menunjukkan kebodohan yang menjangkalkan.
Lelaki yang dapat dapat membimbing dalam hal-hal berkaitan dengan Agama, mampu menjadi Imam dalam soalat, maka ia di pandang tinggi oleh wanita. Kebanyakkan wanita sangat bersyukur sekira pasangannya boleh berbuat demikian.



6. Lelaki yang gentleman .

Sikap gentleman lelaki sangat-sangat menarik hati wanita. Mereka mengidamkan lelaki demikian sebagai pasangannya. Mempunyai sikap yang beradap ,lemah-lembut, sabar, sentiasa menghormati wanita, memberi layanan yang baik, tutur-kata yang manis dan sentiasa bertolak ansur.
Ada Wanita memilih ciri ini sebagai salah satu yang penting, walaupun tak kaya, tidak mempunyai pekerjaan yang baik tetapi sudah cukup untuk menawan hati wanita. Wanita mengharapkan ia akan berkekalan sehingga berumah-tangga. Memanglah sepatutnya demikian, bukan berlakon untuk menunjukkan watak yang demikian.

Catatan: Gambar-gambar hanya hiasan sahaja, credit to Google website. Sila layari gambar berkaitan untuk keterangan lanjut.

Saturday, March 27, 2010

Lelaki Idaman Wanita !!! ....1










Lelaki Idaman - bermaksud lelaki bagaimana yang diidamkan/mahu/yang dikehendaki/yang diinginkan oleh wanita. Walau bagaimanapun mereka bertolak-ansur memilih kriteria yang mengikut kehendak keluarga, Agama dan keinginan mereka sendiri , selalunya tidak dapat 100% sebagaimana yang dikehendaki tetapi mereka menerima sekiranya ada 60% daripada kemahuan mereka, mencukupi untuk diubahsuai setelah berumahtangga.



1. Lelaki yang kacak/handsome
Mana-mana wanita akan tertarik terus kepada lelaki yang kacak/handsome. Pandangan pertama inilah kriteria yang utama. Kebanyakan pengkaji mengatakan demikian. Namun setelah itu datanglah lain ciri yang selalu diutarakan baik oleh Agama atau keluarga. Tidak sesiapa dapat menafikannya...kecuali setelah berfikir banyak kali barulah persepsi itu bertukar.








2. Lelaki Kaya
Lelaki kaya akan mempamerkan kekayaannya.. secara berpakaian yang menawan, pakaian berjenama seperti: Baju, seluar, kasut, jam tangan,tali pinggang dan lain perhiasaan seperti gelang, cincin, cermin mata , beg , handphone dan berbagai-bagai lagi. Kereta merupakan tarikan utama kepada wanita.. terutama wanita yang mata duitan.. itulah yang dilihatnya dulu. Jangan tipulah kata wanita tidak terpikat dengan jenis kereta-kereta mewah, seperti BMW, Honda, Mercedes, Porsche, Ferrari, Lamborghini dan lain-lain lagi.


3. Lelaki Solehah
Menjadi minat wanita yang solehah juga. Wanita biasa juga minat kepada lelaki yang solehah ini kerana mereka bersedia nanti apabila kahwin sebagai suami ia akan membimbing isterinya. dalam kajian mengatakan ramai wanita memilih calon suami yang beragama .. untuk melindungi mereka bagi kehidupan di dunia dan Akhirat. Mereka memerlukanya untuk bersama semasa tua nanti. Walaupun dia kurang amalan Agamanya tetapi memerlukan Lelaki Idaman tahu tentang Agama , menjamin kebahagian hidup nsetelah berumah tangga.


Sambungan: Akan disambungkan nanti.... ok.

Berikan komen, Rumusan akan dibuat kemudian setelah menyatakan kesemua kriteria lelaki idaman itu.


Perhatian: Gambar-gambar hanya sebagai perhiasan, tidak ada kaitan dengan artikel dan tidak bertujuan urusniaga atau menyentuh peribadi seseorang, sekiranya berminat sila masuk ke website gambar berkenaan.Credit to Google.com.my

Wednesday, March 24, 2010

Khusyuk Ke Solat Kita !!!!!!!













ISLAM diibaratkan sebatang pokok .

IMAN ibarat akar tunjang .

SOLAT ibarat batangnya.

POKOK akan subur apabila akar tunjangnya kuat dan batangnya kukuh.
BATANG merupakan tempat ranting dan dahan berpaut.
Jika kemas, kukuh dan subur batangnya.
Maka tumbuh dengan cantik dahan dan rantingnya.


Begitu jugalah dengan SOLAT jika dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk maka akan sempurna amalan yang lain.




Petikan : Hakikat Solat., Khusyuk Dalam Solat, oleh Muhammad Uqbah An Nafiq. http://www.darulnuman.com


Gambar hiasan dipetik dari Google - sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut sila masuk website gambar2 tersebut.

*

Tuesday, March 23, 2010

Renungkan Bersama!! Siapakah Yang Banyak Menjadi Ahli Neraka ?

Pakar-pakar Ilmuan Tak perlu Baca.




1. Aku sangat kurang Ilmu !! barulah nak belajar dengan mengaji dengan Tok Guru dan membaca buku. Bacalah buku-buku Agama sekurang-kurang 2 jam sehari .. ini cadangan Tok Guruku. Jangan buat berlebih-lebihan nanti cepat jemu dan bosan!! buatlah secara sederhana.

2. Siapakah yang banyak menjadi Ahli Neraka ?

Jawabnya Orang-orang yang MISKIN ILMU.
Kita boleh merenung diri kita sendiri? adakah kita termasuk dalam kumpulan itu.

Sekiranya kita:
- Belajar Susah Dapat
- Dengar Tapi Tak Dapat Tangkap
- Dengar Tapi Tak Faham
- Faham Tapi Tak Reti/Tak Tahu
- JAHIL ILMU
- AMALAN KURANG


3. Diharapkan kawan-kawan tak marahkan Aku... Aku pun masih teraba-raba dalam mencari ILMU. Ingatan-ingatan ini sangat bermakna.

4. Aku Bersyukur kerana ada Orang-Orang yang mengingatiku secara am .... kita kena ambil nasihat-nasihat itu, untuk kebaikkan diri, tidak kira siapa.

5. Semua kita berhak mendapatkan ILMU ... kerana MENUNTUT ILMU itu WAJIB .

6. Semua kita berhak menjalankan IBADAT AGAMA , hingga menjadi AMALAN.

7. ILMU dan AMAL - Sebagai PEMBELA KITA .


Aku Mohon Maaf!! Tidak hendak mengajar!! tapi aku baru belajar, kepada yang Pakar tak perlu baca pun...Sekiranya ada salah-silap harap maaf.. mungkin aku salah terima ..Sila Tunjuk Ajar!!!


Gambar-gambar untuk hiasan sahaja, sekira berminat sila masuk ke Websitenya untuk dapat keterangan lanjut. contah : http://tamanulama.blogspot.com/2009/04/menuntut-ilmu-sebenarnya.html

Berkongsi Ilmu Untuk Semua - 4 Perkara Perlu Disegerakan !!!!

Kata Tok Guruku


Ada 4 perkara yang perlu kita segerakan :



1. Sekiranya anak ingin berkahwin - Segeralah pinangkan calon/kahwin.








2. Sekiranya ada yang meninggal dunia - Segeralah uruskan perkebumiannya.












3. Sekiranya berhutang - Segeralah lunaskannya/bayarkannya.





4. Sekiranya ada anak - Segeralah khatankannya/sunatkannya.





Perhatian:
Gambar-gambar untuk hiasan saja tidak ada kaitan dengan urusniaga, sila hubungan website berkaitan untuk keterangan lanjut.



**

Saturday, March 20, 2010

Rindunya kat Ayahanda dan Bonda ..



Aku tak tahu mengapa aku rindu sangat kat Ayah dan Bonda. Apa nak dikatakan kedua-dua telah pergi dulu mengadap Allah. Minggu lepas paling ketara aku terbayang-bayang wajah Ayah ku hingga semuanya rasanya tak kena.

Aku buat keputusan balik kampung ..ke rumah adikku kat Kamunting dan esoknya pergi ke rumah Ayah dan Bondaku di Kampung Jelutung, Taiping. Sedih melihat rumah dan alat-alatan dalam rumah yang dah nampak usang..sedih, isk isk..sangat mencengkam jiwa.

Kemudian kami pergi menziarah makam Ayah dan Bonda tak jauh dari rumah. Lepas rasa rindu pada mereka. Ya Allah , aku memohon padaMu , Ampunkan Dosa-dosa mereka !! . AL- FATIHAH untuk Bonda Sharifah/Siti Kamariah Syed Haron dan Ayahanda Haji Mokhtar L. Awang.

Aku berhajat hendak membaiki sikit2 rumah tua itu, yang utama tandasnya kena ganti baru.

Selesai tugas tu aku balik ke Gombak. Aku akan balik lagi dalam masa terdekat ini.. doakan agar hajatku tercapai.


**** I N G A T I T U T A N D A N Y A SAYANG****


@@

Saturday, March 13, 2010

Peristiwa Benar-benar Berlaku Kerana Kelalaian Ibu-Bapa...!!!

Perkara ini memang sukar dimaafkan.. Harap tidak akan berlaku pada generasi akan datang.














1. Minta Touch Light di Malam Perkahwinan.

Seorang gadis diceraikan pada malam pertama perkahwinannya. Malam mereka bersama Pengantin lelaki memohon untuk meminjam 'touch light'.. saudara-mara kelam kabut mencari touch light untuknya. Adik-beradik bertanya sesama sendiri buat apa lak pulak touch light nih?.. Masing-masing malas hendak bertanya.

Esok pagi Pengantin Lelaki keluar dan melepaskan talak 1. Ohhh!! setelah disiasat Pengantin Perempuan hanya ada saluran kencing sahaja , yang satu lagi tersorok. Alangkah malu si gadis..Mengapa perkara ini berlaku? kerana kelalaian ibu-bapa mengenal pasti masalahnya. Sebenarnya hanya pembedahan secara kecil untuk menyelesaikan masalah.

2. Tidak Ada Sebelah Telinga/Cacat Semula Jadi.

Seorang isteri diceraikan oleh suaminya setelah mereka dinikahkan. Apabila suami mendapati isterinya tidak ada sebelah telinga. Kesihan Si Gadis.. apa salahnya.. Ibu-bapa patut disalahkan..sepatutnya dari kecil lagi ia dibawa ke pakar untuk memohon bantuan. Jangan sampai berlaku demikian.. memang tak dapat dimaafkan. Apa si Gadis nak kata hanya menangis saja.

3. Isteri Mengandungi Sebelum Ditiduri.

Perkahwinan yang diuruskan oleh ibu-bapa. Pengantin lelaki setelah bersama esok pagi keluar rumah tak balik-balik lagi. Enam bulan kemudian Pengantin Perempuan bersalin. Apabila disampaikan keluarga mentua mengamuk? baru kahwin 6 bulan dah bersalin. Patutlah Pengantin Lelaki keluar rumah terus tak balik lagi. Hanya dia yang tahu apa yang telah berlaku. Ibhu-bapa patut berwaspada menjaga anak gadis mereka.

4. Pinang Adik Kahwin Kakak


Berlaku pertengkaran hebat apabila dinikahkan dengan orang lain. Pengantin Lelaki terkejut kerana adik yang dipinang tetapi kakak yang dinikahi. Kebetulan kakak yang dinikahi ada kecacatan.. Pengantin Lelaki keluar dengan menceraikan dengan Talak 1 dan tidak balik-balik lagi. Siapa yang bersalah di sini, perkara ini tak sepatutnya berlaku sekiranya kedua-dua keluarga berhati-hati.


5. Anak Angkat Yang Tidak Diketahui Statusnya
.
Latar belakang Keluarga tidak diketahui.
Pernikahan dibatalkan apabila diketahui Gadis anak angkat dan tak tahu siapa keluarganya. Semua jadi lintang-pukang, kenduri diteruskan tetapi perkahwinan dibatalkan. Diharapkan selepas ini ibu-bapa angkat sila beritahu status anak kepada bakal semuanya supaya tak berlaku lagi peristiwa ini.

6. Anak Angkat Yang Di Rahsiakan.

Anak-anak angkat tidak boleh dibinkan/dibintikan bapa angkat. Apabila berlaku dihari pernikahan baru diberitahu.. menjadikan perkahwinan itru kelam-kabut. Kalau pihak lelaki dapat menerima dengan baik , Alhamdulillah.. kalau tak diterima maka akan kecohlah Majlis pada hari itu.

7. Anak Luar Nikah Tetapi Status Di Sembunyikan.

Perkara ini juga banyak terjadi.. apabila si Gadis mengandung keluarga mereka mengahwinkan kedua-dua mereka dan anak didaftarkan/dibinkan kepada ayahnya, walaupun diluar Nikah. Sekarang ini pihak kerajaan telah mengetatkan peraturan di mana bila hendak didaftarkan anak, ibu-bapa kena menyertakan Sijil Nikah. Diharapkan perkara ini dapat dikawal untuk memastikan status anak itu sah.

8. Bapa Angkat Hendak Memperisterikan Anak Angkat.
Ini ada berlaku dalam masyarakat kita. Di mana bapa angkat hendak kahwin dengan anak angkatnya. Sepatutnya bapa angkat sepatutnya melindung anak angkatnya sebagai anaknya. Bukan pula dia berangan-angan hendak berkahwin dengan anak angkatnya. Sekarang ibu-ibu angkat muda boleh menyusukan anak-anak mereka dan tidak melayakkannya berkahwin dengan bapanya.


Banyak lagi peristiwa berlaku kerana kelalaian dan kecuaian ibu bapa. Kawan-kawan yang ada cerita sebenar ini eloklah dikongsi bersama orang-orang lain.


http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Remaja/IDENTITIJANTINA.pdf


Gambar-gambar hanya hiasan sahaja tidak ada kaitan dengan urusniaga.Sekira berminat pada gambar sila masuk ke website berkaitan.

Ada banyak lagi kelemahan dan kecuaian ibu-bapa yang perlu diambil perhatian, supaya kehidupan anak kita bermakna dikemudian hari.
***