Sunday, February 28, 2010

Nak Cantik ? ... Kuruskan Badan !!

















1. Berapa banyak kalori yang diperlukan badan kita dalam sehari?
Senang saja jawabnya 1000 kalori.

2. Berapa kalori bertukar menjadi 1kg lemak/fat?
jawabnya 8000 kalori.

3. Bagaimana kita nak tahu jumlah kalori bagi setiap makanan yang diambil?

Ini kena rujuk kepada senarai kalori dalam pemakanan. Sekarang ini kebanyakan
makanan dalam tin, dalam kotak, botol dan sebagainya menyediakan jumlah
kalori dalam satu hidangan. Rajinlah buat rujukan. Buat rujukan pada calory.

4. Berapa kalori patut diambil waktu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam?

Sarapan pagi dalam 250 kalori , Tengahari 500 kalori dan malam 250 kalori. Ini
bermakna tidak ada fat akan terjadi.. selepas dijaga kalori pemakanan kita.

5. Jadi bagaimana kita hendak mencairkan/membuang lemak yang sedia ada pada diri kita?


Ouupp!! yang ini kita sambung kemudian.ok!

Buang Toksid !!












Oh ya!! senang sahaja sekiranya kita tahu. Bangun pagi semasa perut masih kosong minum satu gelas air yang bercampur dengan air lemon atau air limau nipis bercampur dengan garam. Ambil air limau/lemon satu sudu makan dan garam 1/4 sudu teh dan air satu gelas.

Minum masa perut kosong dan boleh ambil sarapan pagi selepas 30minit. Apabila anda ke tandas perut anda rasa lawas tidak sangkut lagi. Semuanya berjalan lancar. Kita orang Islam bacalah Bissmilah... mohon dicucikan perut kita. Kita kena banyak memohon, Allah sentiasa mendengar permohonan kita. InsyAllah...dimakbulkannya.

Sarapan pagi kalau boleh ambil lebihkurang 250kalori saja, Contoh : 1 gelas susu, 2 keping roti + jem/kaya/telur dll + 1 biji pisang. Lebihkurang begitulah kalau tak mahu lemak dalam badan bertambah.Elakan mengambil makanan yang berat seperti nasi lemak penuh, nasi dagang , pulut daging dsbg.

Bagi yang hendak makan roti canai , tosay dan lain-lain seangkatannya ..makan separuh sahaja. Selamat Mencuba...untuk tidak menambah lemak/fat di tubuh anda...



Ulangan siaran : untuk pengunjung baru

Saturday, February 27, 2010

Khutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



Khutbah ini aku petik dari Blog seorang Hamba Allah tetapi amat sukar untuk memasuki column komentarnya...Jadi aku ucapkan Ribuan Terima Kasih. Aku panjangkan untuk tatapan semua walaupun telah berkali-kali didengar, dilihat , dibaca, Bacalah sekali lagi dan hayatinyalah... InsyaAllah kita akan berjaya.

Thursday, February 25, 2010

Ponteng Sekolah - Apa Penyelesaiannya!!


Ponteng

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.




Menangani pelajar ponteng
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah Klang, Polis Diraja Malaysia menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.
Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu garang dengan pelajar.

Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.


Pada pendapat saya sebagai bekas Pengetua yang telah bertugas di beberapa buah sekolah dan hampir 15 tahun sebagai pengetua , masalah ini memang memberi cabaran yang besar kepada sistem persekolahan kita.

1. Semua pihak terlibat seperti pihak sekolah melibatkan daripada pengetua, GPK, Guru Disiplin, Guru Kelas, Pengawas, Ketua Kelas hingga ke pengawal keselamatan.

1a. Penguatkuasaan peraturan sekolah dijalankan sepenuhnya . Contoh dari Guru Kelas.. kedatangan pelajar adalah sah dan mengambil tindakan memanggil pelajar yang tidak hadir walaupun satu hari sekira tidak ada surat tunjuk sebab tidak hadir.
Surat-surat kepada ibu-bapa dikeluarkan mengikut jumlah hari yang ponteng. Masalah timbul apabila guru kelas tidak daapat mengenalpasti pelajar yang ponteng.. alasan yang diberi terlalu banyak tugas hingga tak ada masa mengenalpastikan pelajar yang pnteng.

1b. Nama-nama pelajar yang ponteng akan sampai kepada Guru Disiplin dan juga dirujuk kepada Konselor. Sekira masih ada masalah akan dibawa kepada GPKHem, di akhiri kepada Pengetua sekiranya tidak dapat diselesaikan.

1c. Peranan Pengetua sangat besar dalam memastikan peraturan sekolah dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab , tidak ada lopong di mana-mana. Cara-cara nya tak perlu saya nyatakan kerana sepatutnya Pengetua sudah arif berkaitan dengan hal-hal demikian


2. Pihak Ibu-bapa juga mesti mengawasi anak-anak dan memastikan mereka pergi ke sekolah dan dibantu oleh kaum keluarga yang terdekat, jiran-jiran tetangga serta masyarakat kawasan sekitarnya.

2a. Ibu-bapa bertanggungjawab memastikan keselamatan anak dari rumah ke sekolah, samada berjalan kaki/rumah dekat, naik basikal, bas sekolah, kenderaan awam atau dihantar sendiri ke sekolah. Kepastian mereka berada di sekolah sangat penting. Ibu-bapa wajib pastikan anak mereka sampai ke sekolah. Cara-caranya mereka kena banyak bertanya atau memikirkan cara-cara yanbg sesuai di zaman ini.

2b. Ibu-bapa kena banyak berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka tahu masalah anak-anak. Sebab-sebab mereka ponteng terlalu banyak, walau pun sekecil mereka di ejek kawan di sekolah, seperti nama bapa yang ganjil contoh : Mat Buruk, Haji Temban dan lain-lain. Pada kita mungkin tidak ada apa, tapi pada mereka itu masalah yang sangat besar hingga menganggu emosi mereka.

3. Dibantu oleh pihak penguasa termasuk pihak polis sebagai penguatkuasa undang-undang, Majlis Bandaran untuk memastikan tempat yang sering ponteng diawasi seperti siber cafe, kedai games, di kompleks beli-belah dan tempat rekreasi yang memungkinkan pelajar-pelajar ponteng , agensi-agensi yang terlibat dengan masyarakat mesti memasukkan "ponteng" sebagai salah satu agensi penguatkuasaan dari segi keselamatan, kebajikan dan jenayah.




Sebab-sebab yang sering mereka ponteng ialah:

A. Berkaitan dengan hal-hal persekolahan

- Tidak siap kerja rumah
- Takut pada guru-guru subjek tertentu
- Pakaian basah, kasut basah, pakaian PJK basah atau tak ada, kerana tidak dsediakan oleh keluarga.
- Buku yang wajib tak ada dia tidak disediakan oleh keluarga
- Takut pada guru kelas kerana belum bayar yuran sekolah, Pibg dan sebagainya.
- Masa pelajaran Pendidikan Agama Islam - takut sebab tak boleh baca Al-Kuran.
- Tak boleh membaca
- Takut pada kawan/musuhnya di sekolah

B. Berkaitan dengan ibu-bapa

- Keluarga tidak menyediakan keperluan persekolahan mereka seperti:
- Pakaian sekolah termasuk juga kasut, beg sekolah, pakaian PJK dan lain-lain.
- Wang belanja tidak disediakan/ada terlalu kecil menyebabkan anak malu dengan kawan-kawan.
- Keadaan keluarga menyebabkan ia sangat selesa berada di rumah/kedua ibu-bapa bekerja , bertolak awal dan balik lewat petang hingga tak tau pun anaknya ponteng sekolah.
- Peralatan sekolah tidak lengkap seperti alat-alat tulis, kalkulator, buku-buku polio, buku-buku latihan dan lain-lain yang berkaitan.
- Ibu-bapa tak dapat menyediakan sarapan pagi , tengahari dan petang untuk anak-anak , hanya diberi dalam bentuk wang saja.
- Bagi yang ibu-bapa bekerja kebanyakan urusan anak-anak diserahkan kepada anak-anak menyelesaikan sendiri.
- Ibu-bapa percaya apa saja alasan yang diberi oleh anak hingga kalau ada aduan akan dinafikan sekerasnya walaupun penafian itu tidak betul.


C. Diri anak-anak sendiri.
- Kadang-kadang kita hairan , pelajar baik, keluarga baik tetapi masih ponteng sekolah. Murid kelas Sains, dilantik pengawas lagi, tetapi dilucutkan kerana suka ponteng sekolah.
- Murid agak lemah dan sering diejek oleh kawan , maka dia tak mahu datang sekolah kerana alasan itu .
- Murid baik tingkah-lakunya tapi lemah dalam pelajaran maka memberi berbagai-bagai alasan hingga keluarga percaya seperti cikgu tak mengajar, cikgu bersalin, cikgu pergi mesyuarat dan berbagai-bagai alasan untuk dia tak hadir ke sekolah.
- Murid perempuan dapat kawan lelaki hingga menyebabkan tak mahu datang sekolah disiasat mencari kerja untuk berdekatan dengan si lelaki.

D. Keadaan Sekitarnya yang mengizinkan mereka ponteng.
- Mereka ada tempat untuk melepak dan menghisap rokok, di kaki lima jalan, di pasaraya dan berbual-bual kosong.
- Mereka diterima bekerja di kedai-kedai dan di kilang-kilang walaupun di bawah umur.
- Mereka berkumpul di Siber cafer dan bermain games dari pagi hingga petang.
- Mereka bermain mandi-manda di tempat-tempat rekreasi berseronok dari pagi hingga petang tidak ada yang mengganggu mereka, mereka selesa berada di sana.
- JKK juga tak ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada murid-murid ponteng. Mereka juga kena lapurkan juga pada pihak sekolah, jadi murid sudah tak hairan lagi.

E. Penguatkuasa Undang-undang.
- Murid-murid sekarang ini terdedah kepada banyak perkara, mereka tak takut pada polis, malah mereka kata polis tak boleh buat apa, sebab mereka kanak-kanak tak boleh didakwa, tak percaya cuba tanya mereka ! itulah jawapannya , terpaksa kita berbelit-belit menerangkan yang mereka boleh diambil tindakan.
- Murid-murid percaya kalau mereka ditangkap akan dihantar ke sekolah dan sekolahlah juga akan mengambil tindakan disiplin, menyebabkan mereka tak takut lagi pada polis.


Apakah Penyelesaiannya ?

1. Semua pihak yang terlibat menjalankan tugasnya masing-masing dengan baik dan berkesan. Pastikan semuanya mengikut apa yang telah tertulis dan jangan ada lompong di sana lompong di sini. Semuanya mesti dapat menerima arahan yang telah diberi secara rasmi oleh pihak sekolah.

2. Guru Kelas orang yang pertama bertanggungjawab mencatatkan Jadual Kedatangan Murid dan mengelaskah kategori ponteng atau tidak.

3. Pihak sekolah ada senarai nama yang lengkap murid yang ponteng sekolah, dengan butiran dan maklumatnya sekali . Menyediakan fail dan kabinet khas, supaya tindakan ini menjadi serius dan bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja.

4. Kes-kes ponteng di sekolah dikelaskan mengikut degreenya masing-masing: Contoh - ponteng berkala, ponteng berterusan, ponteng hujung minggu, ponteng awal bulan, ponteng berkumpulan - maksudnya seorang ponteng semua kumpulan itu ponteng dan lain-lain ponteng yang dapat dikenapasti.

5. Semua kes jangan terus rujuk ke Pengetua, mestilah melalui guru kelas, guru disiplin, konselor, GPK.. kalau semuanya tak boleh jalan barulah kepada Pengetua. Ini bukan apa, untuk menjarakkan murid dengan pengetua, supaya perasaan hormat dan takut itu ada pada murid. Kalau semua kes terus dibawa pada pengetua, pengsanlah pengetua.. kesihan , sudah tentu akan mengganggu emosinya setiap hari . Bukanlah bermakna tidak percaya kepada kewibawaan Pengetua tetapi mengharapkan perjumpaan dengan Pengetua selalunya yang final. Tetapi terpulanglah kepada sistem sekolah masing-masing.

6. Semua Tindakan mesti selari, jangan menampakkan kelemahan pihak sekolah . Kita terpaksa berpegang kepada undang-undang dan peraturan yang ada barulah pengurusannya mantap dan berkesan.


7. Keadaan sekolah juga boleh menjadi menyelesaikan masalah ponteng. Pastikan meja-kerusi pelajar di kelas lengkap, setiap pelajar berhak pada satu meja dan satu sepanjang pembelajarannya di sekolah. Jangan ada pelajar datang ke sekolah untuk berebut-rebut kerusi dan meja.

8. Tandas mencukupi, bersih dan boleh digunakan sepanjang masa tanda ada sekatan. Kantin menpunyai kerusi meja dan kerusi yang cukup untuk murid menikmati makanan pada waktu rihat. Semua punca-punca ini nampaknya kecil tetapi sebenarnya mempengaruhi dan penyelesaian untuk kes-kes ponteng.

9. Sekolah menyimpan rekod yang lengkap tentang kehadiran pelajarnya dan mencatatkan jumlah kes-kes ponteng. Bukan semua yang tidak hadir itu ponteng, ini mesti difahami oleh seluruh warga sekolah.

10. Buku Jadual Kedatangan Murid mestilah diuruskan dengan betul dan sah. Jangan nanti bila dibawa ke mahkamah dia tidak sah kerana masih ada yang menggunakan pemadam. liquid paper dan lain-lain menyebabkan butirannya diragui.

11. Murid-murid yang sudah cukup jumlah ponteng sekolahnya dan telah melalui proses yang telah ditetapkan dalam peraturan ponteng sekolah, murid itu mesti dikenakan hukuman Buang Sekolah. Murid ini dibenarkan merayu untuk bersekolah semua, Ini mesti diikuti oleh pihak yang berkenaan supaya hukuman itu akan menjadi titik noktah yang menakutkan murid.

Pada pendapat saya terlalu banyak sebab-sebab mengapa murid-murid ponteng sekolah. Oleh yang demikian dengan pemantauan yang berkesan serta pengukuhan undang-undang yang mantap masalah ini kalau tak dapat dihapuskan tetapi akan berkurangan dari masa ke semasa dan akhirnya akan selesai , berkemungkinan mengambil masa yang panjang.

Piramid Pembelajaran - yang dihasilkan oleh Pakar2 Pendidikan .

Sambungan daripada sebelumnya....Sebanyak manakah kita dapat mengutip ilmu daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan, ini merupakan cadangan yang diutarakan, sebenarnya banyak lagi faktur-faktur yang lain yang dapat menambahkan Ilmu..




10% - Apa yang kita baca




20% - Apa yang kita dengar





30% - Apa yang kita lihat

50% - Apa yang kita dengar dan kita lihat




70% - Apa yang kita bincang dengan orang lain







80% - Apa yang kita alami sendiri












95% - Apa yang kita ajar pada orang lain.






Ini adalah idea yang diberi boleh bukan idea saya sendiri, Kita fikirkan bersama untuk menggunakannya atau mempertikaikannya


..Tepuk Dada Tanya Iman.




Wednesday, February 24, 2010

Masihkah Anda Semua Ingat !!! Pesanan Guru Kita...

Ingat lagi? Pesanan Guru Kita untuk membuka minda kita.






If I Hear, I Forget









If I See, I Remember











If I Do , I Understand









Fikir-fikirlah bersama.








Ingat Itu Tandanya Sayang


********

Saturday, February 20, 2010

Belajar Sayangi Kucing!!!!!!





















Mulai hari ini aku belajarlah sayangi kucing. Aku akan cuba... nampak kucing, Kata anakku..Ibu pandang matanya lembut..... agak makan masa sampai mata kucing tu luyu.. dan tunjukkan keikhlasan kita hingga ia pejamkan mata.

Lepas tu, sambung anakku..barulah cuba membelai dia dah tentu dia tunjuk reaksi manja.












Ok!! ibu akan cuba, banyak kucing kat luar sana.

Friday, February 19, 2010

Aku Tak Suka Kucing...Kucing pun Tak Suka Aku !!!!



Masa dari kecil lagi aku memang tak suka kucing. Aku nampak saja kucing aku akan hentakkan kakiku dengan kuat dan menghalau dengan ngeri kut. Sebab semua kucing lari. Sampai sekarang kucing nampakku saja akan beredar, walaupun aku tak berbuat apa-apa pun.

Hendakkan dijadi cerita, Suatu hari di bulan puasa aku ke kedai membeli lauk , ikan Siakap masak masam manis. Sambil itu aku membaca buku kerana mengambil masa untuk nya masak. Aku nampak seekor kucing datang kepadaku, hendak dihentakkan kaki, segan le pulak, sebab orang ramai ketika itu.

Tiba-tiba aku terasa kainku basah!, Ya Allah , kucing tadi itu telah mengencing kainku dan terus lari. Aku terasa malu, semua pelanggan bertanya ngapa, malahan tuan kedai pun hairan, tak pernah peristiwa ini berlaku pada orang lain tapi berlaku padaku. Agaknya semua kucing-kucing kat Malaysia nih tahu aku tak suka kucing.

Baju ku yang dikencing kucing pada kes sebelum ini, ku hantar ke kedai dobi, tetapi tak boleh dibuat apa, kerana semuanya kain sutera ku tak boleh di basuh dengan air, pekedai cuba bersihkan tetapi aku terpaksa kehilangan 3 pasang baju kurung sutera gara-gara si kucing.

Ngapa ya! adakah kebetulan saja? ... tak masuk akal ya., aku saja yang kena!!


Terima kasih tuan punya Garfield ..

Anakku Sangat Sayang Kucing...










Anakku sangat suka pada kucing, berbeza dengan ku yang tak suka kucing dan kucing pun tak suka ku juga. Ada peristiwa-peristiwa yang menunjukkan kucing juga tak suka padaku.

Aku hairan selepas sekolah saja dia berlari ke kedai jual binatang peliharaan, hampir setiap hari. Mungkin dia dah tak tahan menahan perasaan dia meminta hendak membeli anak kucing dari kedai tu. Ibu! tolonglah adik teringin hendak bela kucing, kesihan tenguk kucing kat kedai tu? Bolehlah bu!! tolonglah, murah aja.. suaranya semakin perlahan.


Dia makin mendesak!! aku mendiamkan diri saja..bukan kerana apa! aku tak sukakan kucing. Satu hari dia sedih sangat kerana kucing yang dia sayang dan dijenguki setiap hari telah dibeli orang. Dia merungut-rungut, katanya bukan mahal RM800 saja. He he he!! gelihatiku, tak mahal? pada aku tu dah mahal sangatlah tu.

Tidak lama kemudian seekor kucing datang ke rumahku, ia melayannya, beri makan, minum susu.Kucing tu tak pandai makan makanan kucing, ia makan apa-apa makanan yang kita makan. Apalagi seronoknya dia, bermain dengan kucing tu. Aku bagi syarat kucing tak boleh masuk rumah, dia berjanji akan pastikan kucing itu tak masuk rumah.

Kucing tu semakin hari semakin gebu, aku tak suka dia, dia pun tahu. Dia nampak aku saja ia bergerak ke lain.. aku faham kucing nih pun tak sukakan aku, baru seri.


Satu hari aku terkejut besar 3 pasang baju suteraku di kencing kucing. Sebelum ku hantar dobi ku susun atas katil di bilik rumahku. Aku naik angin betul ku tangkap kucing itu ku hantar ke pasar borong. Anakku sedih!! aku buat tak tahu saja, sebab akhir-akhir nih aku nampak kucing tu mencuri masuk ke rumah dan bersenang-senang bermain dengannya.

Anakku merayu-rayu, katanya kucing jiranku yang masuk, bukan kucingnya yang kencing, kucing jiranku yang kencing, katanya merayu.

'Maaf ya nak!! Ibu tak boleh bertolak ansur, perjanjian dah dibuat, maka kata tetap dikota. Adakah aku zalim! setiap kali lalu dekat pasar borong dia akan menyebut, kat sinilah ibu buang kucing dia, tentu kucing tu dah dimakan anjing katanya sedih.

Aku ini agaknya ibu yang keras dengan anak-anak, agaknya kalau sekarang ini mungkin aku tak tergamak untuk membuang kucing itu. Apa pun peristiwa tutelah terjadi... masih tergiang-giang ditelingaku, rayuannya. Maaf ya nak!!! kekerasan ibu di masa muda dulu.

Wednesday, February 17, 2010

Ramainya Warga Asing!!


Aku berjalan-jalan ke KLCC tahun lepas, cadangnya hendak mengambil gambar sebagai koleksi. Kubatalkan niat tersebut setelah melihat terlalu ramai warga Asing hingga suasananya tidak menunjukkan KLCC ketika itu dalam Malaysia. Sehingga nampak sebagai sebuah negara asing. Kita sendiri takut berada di tengah mereka.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pun terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa. Ya, Datuk Seri carilah formula yang mantap untuk memastikan kemasukkan mereka terkawal. Aku tahu kerajaan akan mengambil tindakan segera!!

Selamatkan negara kita dari gejala yang tak sihat ini. . Petikan Utusan Malaysia/The Star

Kesihan!!! Adik Lai Yok Shan!!



Inilah akibat kecuaian! kesihan anak kecil Lai Yok Shan, seumur hidupnya mengalami kecacatan kekal yang tak dapat ditukar atau diganti.


Kita tak dapat merasa betapa beratnya yang ditanggung oleh keluarga ini. Kita hanya dapat merasakannya bila kita mengalaminya, dijauhi Allah daripada kita mengalaminya, cukup seorang anak kecil yang akan sengsara seumur hidupnya.

Sayang kamu Adik Lai Yok Shan , diharapkan kamu cekal menghadapinya dan berbahagia dalam hidup ini.
Terima kasih The Star sebagai rujukan.

Robert Kuok Kekal Orang Terkaya di Malaysia.

Hebat, hebat, hebat. Tak dapat nak kata apa, mereka memang layak jadi orang-orang kaya kat Malaysia. Aku tumpang seronok, Kalau aku yang kaya..Oh!! apa nak cakap hanya Allah yang mengetahui...





Cuba teliti seorang demi seorang, bagaimana mereka menjadi orang-orang kaya di Malaysia.







Sebenarnya mereka memain peranan penting dalam perkembangan ekonomi Malaysia. Aku memang tak arif langsung tentang ekonomi ni!! Walau bagaimana pun juga tumpang gembira kerana mereka secara langsung dan tidak langsungnya membantu Malaysia dalam hal ini. Jangan marah ya ini pendapat orang sangat tidak arif tentang ekonomi negara.




Inilah senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang dipetik dari The Star , Kawan-kawan tentu lebih arif.

Apa pendapat Anda tentang ini!!!!

Monday, February 15, 2010

Sakitnya Mencari Seorang Isteri!!

Hebatnya pasukan kompang.  Ketibaan Pengantin

Orang lain ada yang kahwin sampai tiga, empat. Kawanku ini begitu sukar sekali mencari calon isterinya. Kali ini calon yang diperkenalkan seorang gadis kampung yang serta kuat agamanya.


Agak sukar juga untuk mendekatinya, kerana ia tak mahu diajak keluar walaupun untuk keluar makan atau lain-lain. Bagaimanalah cara untuk mendekatinya, habis saja kerja terus balik ke rumah dan jarang keluar berjalan-jalan. Ke mana ia pergi mestilah bersama keluarganya.

Kawanku teringin juga untuk berkenalan lebih dekat tetapi tidak mendapat layanan mesra, dia sangat takut untuk berbual-bual walaupun melalui telefon. Ia sangat tidak biasa dengan lelaki..dan rasa sangat bersalah hendak bercakap dengan lelaki.
Upacara memotong kek Aku mencadangkan agar mencari kawan-kawan baiknya, atau jiran-jirannya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya. Kali ini susah sangatlah hendak berkenalan dengannya. Pencadang memberitahu, semuanyanya baik, keluarga juga dari golongan orang baik-baik. Gadis ini tak pernah berkawan dengan lelaki jauh sekali hendak keluar dengan lelaki.
Upacara memotong kek
Kawanku nampak sangat berminat setelah melihat gadis ini, serba sederhana dan bersopan-santun dan berbudi bahasa orangnya. Maka ibu dan ayahnya pun pergi merisik sendiri kerana hendak memuaskan hati kawanku.

Masa mereka sampai Si Gadis sedang memandikan nenek yang uzur dan memakaikan pakaian serta menyuapkan makannya. Ibu kawanku sangat berkenan melihat Si Gadis melayan neneknya dengan muka yang manis dan bersopan sekali. Orang tua itu dah jatuh hati melihat cara layanan dan air muka yang langsung tidak masam, nampak dengan penuh keikhlasan.
Berbagai gambar sekitar Majlis
Pada perasaanku mungkin ibu kawanku merasakan Si gadis sesuai dengannya, harapan untuk bergantung kasih bila tua nanti. Semuanya nampak berjalan dengan baik, kalau bersetuju bermakna mereka bolehlah bertunang dan mengenal hati budi setelah bertunang. Taklah dapat bercinta-cinta macam orang sekarang nih !!!!

Terpulanglah kepada kawanku, kerana ia telah memilih gadis yang terpaksa berkahwin dengan seluruh keluarganya. Kalau dulu itulah perkahwinan yang direstui oleh keluarga, tak perlulah nak tenguk tumit kaki, mata, gigi dan rumahnya..dah pasti segala-galanya baik, maklumlah anak kesayangan keluarga.

Selamat, selamat..!!!

Melancong ke Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orkid Kuala LumpurTaman Orkid Kuala Lumpur
Pagi-pagi lagi aku telah bersedia untuk mengunjungi Taman Okid Kuala Lumpur bersama anak dan anak-anak saudara. Mereka tinggal di Datuk Keramat bersama-sama emak saudara sebelah ayah mereka, kerana ibu dan bapa mereka pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Kelihatan mereka tersangatlah cerianya untuk melancong ke taman tersebut.Taman Orkid Kuala Lumpur
Setibanya ke destinasi kami terus ke kaunter pembayaran untuk membeli tiket. Setiap pengunjung dikenakan RM1.00 seorang tidak kira kanak-kanak atau dewasa tetapi hanya dikenakankan bayaran pada cuti am dan cuti hujung minggu sahaja. Pada hari-hari bekerja masuk adalah percuma. Sepatutnya setiap warganegara membawa keluarga mereka mengunjungi taman ini untuk menikmati keindahannya di samping ilmu pengetahuan tentang okid dan bunga raya yang terletak bersebelahannya.
Taman Orkid Kuala Lumpur Taman Orkid Kuala Lumpur

Aku perhatikan anak buahku Alia, Mustakim dan Ika begitu gembira ,di taman itu. Mereka bergaya untuk diambil gambarnya ,posing sana posing sini, senyum ketawa , buat macam-macam gaya.. gembiranya mereka.

IMG_3254 Taman Orkid Kuala Lumpur Orkid

Aku terus berjalan dalam taman dengan sebuah kamera Canon yang dihadiahkan oleh anak-anakku kerana persaraanku. Apa lagi kebetulan aku sangat berminat dari kecil untuk mengambil gambar. Terima kasih anak-anakku, tak sangka kamu semua memang anak-anak yang faham tentang ibunya.Bunga orkid tanah
Taman Orkid Kuala Lumpur
Terima kasih daun keladi.. tak malu pula aku ini macam minta-minta lak. Apa lagi semua bunga okid jadi sasaran ku, ambil yang kuntum , kemudian ambil yang berjambangan dan juga pemandangan sekitarnya. Dari warna merah, kuning, jingga, putih , ungu, coklat, hijau, merah dan lain-lain warga , dari yang gelap hingga yang cerah , berbagai-bagai bentuk , semuanya jadi sasaranku.Air pancut di taman


Anakku telah memberi kursus pendek, cara-cara mengambil gambar . Apalagi aku berdiri tegak, menyengit, bongkok, duduk, bertenggung, meniarap dan apa saja asal mendapat shot yang baik. Mana gambar yang tak baik aku delete terus . Oh gembiranya aku hari ini dapat menikmati keindahan alam serta bunga-bunga ciptaan Allah untuk mencantikkan alam ini.
Orkid ( Ihsan gerai Hujung) Orkid ( Ihsan gerai Hujung)
Ku perhatikan Mustakim abang Alia dah kepenatan . Apalagi Hemin mengambil gambarnya sambil duduk , berdiri, tersenyum, masam ... apa saja arahan abang saudaranya. Kebetulan dia agak fotogenik, kata orang kita makan gambarlah, banyak gambarmya smart, handsome, cute dan macho kata orang sekarang. Jadi model anak aku le, bukan senang nak cari model yang lain, kena bayar lagi.
Catasetum Hybrid Orkid ( Ihsan gerai Hujung)

Aku teruskan kerjaku mengambil gambar ...dan mula memohon bantuan anak untuk mengambil gambar makro, wau letih juga mengambil gambar makro , rasa nak semput, kerana terpaksa menahan nafas ketika kita nak snap gambar itu. Apalagi seranggalah jadi sasaran, termasuklah lebah, patung-patung, belalang, ulat dan apa saja yang ditunjukkan yang kecil kelihatan sangat besar. Pepatung boleh kelihatan matanya sebesar ibu jari dan lain-lain. Paling tak elok bila ambil gambar okid makro bahagian tengahnya... malu juga rasanya kalau diterjemahkan kepada manusia, he he he. Jangan marah ye melawak saja.Orkid ( Ihsan gerai Hujung) Berjenis-jenis orkid


Sambil mencari lagi okid yang belum digambarkan, datanglah sicantik manis Ana yang bertugas sebagai penyelia di situ, menanya berbagai-bagai soalan, nampaknya aku dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan. Selepas itu aku pun menanya berbagai soalan juga. Termasuklah ada tak okid yang wangi.IMG_4394.Ini Species wangi yang ku jumpai.
Dia menerangkan ada satu spesis itu yang sangat wangi terutamnya waktu malam. Malahan katanya ada orang sangat sensitif bau-bauan waktu malam. Orang kita ada yang percaya bau wangi waktu malam menunjukan ada kehadiran makluk halus. Maaf yang ini aku sukar nak percaya.Lain-lain tumbuhan Taman Orkid Kuala Lumpur


Teringat aku pada waktu kecil dulu, tiang pagar rumah keluargaku diambil dari pokok sundal malam. Apabila berbunga , apalagi semerbak harum di waktu malam hingga menyebabkan orang-orang lalu berhampiran rumahku akan lari lintang-pukang kerana takut kononnya rumah kami berhantu. Allah hu Akbar. Aku mencari-cari spesis tersebut memang dapatku ambil gambarnya..lihatlah puas-puas. Namunnya aku tak nak cari di mana. Wahai insan di dunia ni sape yang tahu, berilah ku tau. InsyaAllah satu hari nanti aku akan tahu juga nama spesis ini.

IMG_5211_1 IMG_4127
Aku teruskan mengambil gambar, baju dah mula basah, peluh dah mula mercik , cuaca panas terik nasib baik aku sapu lotion sun block kalau tidak dah berkilat dan terbakar mukaku. Semua tu tak jadi halangan bagiku, kerana aku sangat berminat dengan kerjaku ini. Diam-diam dah 3 jam kami di Taman Okid rasa baru saja sejam di sini.
Bunga Orkid di taman Copy of IMG_4129

Kami lalu dekat gerai menjual bunga okid. Aku pun masuk ke gerai dan mengambil gambar okid dalam gerai tersebut. Tiba-tiba Ika menerpa laju kepadaku,
”Wan Co, tenguk tu satu gambar diambil kena bayar RM1.00 , Wan Co dah ambil berapa gambar ? teruk Wan Co ..”
Ascocenda Ascocenda
Aku pun terus berlalu, ku tenguk peniaga tu sibuk melayan pelancong luar Negara , Mat Saleh kata orang Malaysia . Jadi aku ingat kalau peniaga nak suruh aku bayar aku padam (delete) sajalah gambar okidnya.Dahsyat betul ambil gambar pun kena bayar. Dia tak tau ke pencipta okid Yang Maha Berkuasa tak pernah pun memohon untuk dibayar setiap okid yang ada di dunia ini. Dunia, dunia, dunia.


Taman Orkid Kuala Lumpur

Akhirnya semua kelihatan letih , maka aku beri isyarat kepada semua, jom kita cari makan. Kami pun bergerak keluar dari Taman Okid, berhampiran pintu dalam taman baru kami jumpa batu tanda perasmian Taman Okid tersebut oleh Datin Seri Siti Hasmah bt Mohd Ali (ketika itu) pada tahu 1985. Syukur Alhamdulillah, dah sampai penghujung jumpa sejarah yang paling penting tentang taman ini.

Kami bergerak keluar taman, ramai pelancong luar negara terutama orang-orang dari negara timur tengah. Bye, bye Taman Okid , panjang umur jumpa lagi.
Sekian.