Sunday, January 31, 2010

Kasih Datuk Kasih Abadi!!!





Aku ada seorang abang yang tinggal bersama atuk diwaktu kecilnya. Dia sangat disayangi oleh Atuk..apa yang dia buat semuanya menjadi hiburan kepada Atukku. Emak saudaraku dah tak tahan dengan kerenahnya, apa yang dibuatnya.. semuanya menyusahkan mereka.


Satu hari waktu makan tengahari , abangku hilang entah ke mana, jenuh dipanggil tapi tak menjawab. Masing-masing dah susah hati, mencari ke sana ke mari dia tak ada. Masing-masing dah bimbang sekejap lagi Atuk balik tentu mereka kena marah.



Opahku teringatkan sesuatu!! " Coba kamu tenguk dalam bilik!! kut dia main bawah katil besi dan tempat simpan tikar tu? Berlari mereka ke situ.. masuk ke bilik saja ..Aduh busuknya..abangku dah melepas di situ. Menjerit-jerit kedua Mak saudaraku, mengadu pada Opahku!!

Isk budak nih!! tak lalu aku dibuatnya? ..Cepat cuci nanti Ayah kamu balik, lain pulak ceritanya. Dia buang air besar dalam gulungan tikar mengkuang itu...menjerit-jeritlah mak saudaraku, abangku berlari ke sana ke mari dengan gembiranya..umur dalam 4 tahun.


Bila Atuk balik!! abangku lari ke bucu dinding, macam takut lak dia. Opah pun cerita ler kat Atuk.. cerita lucu yang tak lucu itu.. Atukku ketawa terbahak-bahak, gembiranya.. Semua terkejut, ingatkan atuk nak rotan abangku.. eh tidak!! jadi lawak ler pulak, abangku gembira,, tersengeh-sengeh tenguk Atuk gembira. Mak-mak saudaraku nak kata apa, turut ketawa juga.. riuhlah serumah.


Kisah itu menjadi bualan Atukku... diceritakan kepada semua. Ibuku menceritakan padaku peristiwa yang lucu tapi tak lucu itu. Aku pun turut gembira..Tapi sedihnya semua watak yang ada dalam kisah di atas, semuanya telah meninggal dunia. Bukan aku bertujuan hendak menghina tapi sekadar mengeluarkan kisah-kisah benar yang ada dalam simpananku.

Kalau aku pergi tentu kisah ini akan pergi bersamaku.. aku tinggalkan di sini, untuk tatapan anak cucuku. Betapa kasih sayang seorang datuk kepada cucunya.



Gambar-gambar di ruangan ini hanya hiasan semata-mata, ganbar lordmint dengan datuknya.

Sayang Atuk!!! .....(Arwah)


Aku dengar suara Atukku kuat omelannya, sekejap ke depan sekejap ke belakang. Mana paip aku nih!! Sape mengusik paip aku nih, ha. Mak saudaraku menyampuk, tadi ayah ke sungai..tertinggal kat sana kut?
Aku tanya Enda (mak saudara) ..kat mulut Atuk tu kan ada paip?

Isk!! dia ada 4,5 paip..dia cari yang lain ler tu!! Ya jugak fikirku. Aku diam saja, kami sangat menghormati Atuk, kurang bercakap, tapi cakapnya terpakai, bukan saja anak cucunya, tetapi sekampung sangat menghormatinya.
Atuk kembali lagi..tak ada kat sungai katanya. Azmah, kamu nampak paip Atuk? aku dah nak cakap kat mulutnya..tapi takut pulak dikata apa nanti..tenguk saja ler !!!

Aku lihat Atukku ke dapur..aku ikut , rasanya nak bagi tau juga..tapi apakan daya tak ada kekuatan, umurku ketika itu lebihkurang 12 tahun. Enda aku sedang sibuk memasak untuk makan tengahari.. Atukku pergi ke dapur dan mengambil puntung kayu dan menghidupkan paipnya. Ehhhh !!! Ini paip aku?

Endaku menyampuk...ha!! ingatkan ayah cari paip lain? Kami semua ketawa, tetapi perlahan-lahan, hingga badan bergoyang-goyang menahan gelihati..Atukku berlalu..macam tak ada apa yang berlaku.. ha ha ha!!! Lawaklah Atuk nih !!! Kesah ini dan berpuluh tahun berlalu ..tinggal kenangan kepada anak cucu, diturunkan ceritanya. Aku ubah suai untuk menjadi satu cerita..he he he!! Sayang Atukku . Ya Allah ampunkan dosa atuk, dosa ibu dan ayahku, kesihanilah mereka!! ..Aminnn.



Gambar paip untuk hiasan saja

Saturday, January 30, 2010

Luluhnya hatiku!! ....


Petang hari itu aku bermain-main dengan anakku, dia dah mula tersenyum dan memejamkan matanya. Oh! Comelnya anakku, syukur Alhamdullillah anugerah Allah maha kuasa.


Sepupu suamiku yang menjaganya di rumah, sayang betul dia pada anakku, dibuatnya macam anak sendiri. Pantang bunyi saja kelam kabutlah dia, susu, buang air, atau sakit ke katanya. Dia membantu aku untuk sementara saja sebelum dapat pembantu yang lain. Alangkah bertuahnya kalau dia dapat jaga terus anakku. Apa nak dikata dapat bantu sekejap pun saya dah bersyukur. Suasana rumah sentiasa memang menyenangkan. Kaum keluarga suami ramai yang melawat anakku, kerana semasa dalam pantang aku berada di kampungku.


Hari ini genap umur anakku satu tahun, gembiranya dia kerana ramai yang bermain dengannya. Kebetulan mak saudaranya juga tinggal bersama kami. Dia dah mula bangun dan memegang kerusi dan berjalan dari satu kerusi ke kerusi yang lain. Kami bertepuk tangan, seronok melihat dia dah mula melangkah dengan tersipu-sipu memandang kami. Beraninya dia tanpa memegang kerusi tangannya didepa dan melangkah setapak ke setapak. Kami serentak bertepuk tangan, oh! Dah berjalan anakku, cukup-cukup setahun.


Kebetulan malam itu ada pertandingan Bintang RTM , kami semuanya berkumpul di depan tv untuk menonton pertandingan tersebut. Anakku terus melangkah di depan kami, senyum , ketawa agaknya terlalu gembira dapat berjalan. Tiba-tiba ..pang! bunyi benda jatuh. Allah anakku jatuh terhempas ke bucu tv. Dia terus diam , mukanya pucat , aku menjerit-jerit, suami ku menerkamnya terus membawanya ke klinik, badannya membiru dan muntah-muntah. Ya Allah selamatkanlah anakku, Fikiranku berkecamuk, ditenteramkan oleh suami.

Doktor memeriksanya ,” Tak mengapa , malam ini cuba perhatikan sekiranya dia muntah lagi, bawalah ke hospital segera ya ” pesan doktor Ahmad. Kami mengangguk tapi ada perasaan yang tak dapat diucapkan lagi.

Anakku mula ada tanda perubahan , mukanya masih pucat tapi dah mula merengek dan menangis perlahan-lahan. Kepalanya ada tanda terhempas dan mula nak bengkak. Aku lega bila melihatnya menangis , mungkin terkejut atau sakit. Ya Allah Bersyukur aku kepadamu , tolonglah pulihkan anakku ini, Amin, doaku.

Manjakani Memberi Kesempurnaan Yang Syahdu - Bawah 18 tak boleh Baca.


Aku kenal buah ini apabila berada dalam pantang. Ibuku memberi aku makan buah ini setelah dimasak bercampur dengan nasi dalam rice cooker. Pahit memang pahit tetapi khasiatnya sangatlah tinggi.Ibu juga mengasah biji ini pada pecahan pasu bunga.. dia suruh aku menyapunya dipintu rahim, menurutnya akan menyebabkan pintu rahim semakin rapat. Menurut ibu, orang dulu-dulu merendam biji Manjakani dalam buyung air dan setiap kali setelah bersuci mereka menggunakan air dalam buyung tersebut untuk membilas pintu rahim kita.

Aku bising menanya...untuk apa dan mengapa perlu melakukannya. Didapati air tersebut menyebutkan pakaian dalam aku menjadi kuning..seolah-olah kena getah buah..menjadi macam kotor.
Wedding - Mukreek & Nadira Wedding - Mukreek & Nadira
Ibu aku bising!! merungut aku nih banyak kerenah..susah hendak menurunkan ilmu. Aku takut ibu kecil hati , aku lakukan apa yang disuruhnya dan tak banyak soal lagi. Rupanya barulah aku tahu khasiatnya. Ia dapat mengecilkan pintu rahim kita sampai tertutup rapat..cantik dan mantap sekali, barulah diketahui khasiatnya , tetapi ibu tidaklah menyebutkan dengan terang-terangan.


Ibu menggunakan bahasa kiasan yang halus dan membawa maksud yang mendalam sekali. Barulah aku faham duduk perkara.Dipesan juga kena diamalkan selalu supaya memberi kesempurnaan yang syahdu pada kedua-dua pasangan dalam memenuhi keperluan jasmani dan rohaninya.

Ohhhh!!!!! Baru aku faham.. Maaf ya Ibu.. mohon ampun

Friday, January 29, 2010

Berurut, Bertungku dan Bersalai/berdiang... panas! panas!!

Pagi-pagi lagi ibu menyediakan air mandiku, lengkap dengan bebagai jenis daun seperti daun lamuni, daun pandan, cekur, daun sirih, daun kunyit, daun kaduk dll yang direbus buat mandian.

Ibu menbantuku supaya cepat aku dapat mandi. Selepas mandi ibu menyapu minyak ke badanku, minyak rempah-ratus dan disuruh baring atas pangkin/katil yang hanya dilapikkan dengan tikar mengkuang. Aku diurut oleh bidan dari atas kepala hingga turun ke kaki. Aku berpesan padanya, urut perlahan-lahan sebab tak suka dan tak pernah berurut. Tetapi sedap pula rasanya..setelah berurut.



Setelah selesai berurut ibuku menungkuku. Ada tungku batu diletakkan di belakangku kiri dan kanan dekat bahagian pahaku. Tungku besi digunakan untuk menungku bahagian perutku. Kadang-kadang rasa sakit, ada kadang rasa enak dan lega perutku setelah aku kentut, dan sedawa membuang angin.

Aku diberi sarapan pagi, nasi dimasak dengan daun lamuni dimakan dengan sambal daing dan ikan bilis digoring tanpa minyak dan ditumbuk dengan lada hitam. Aku dibagi air suam 1/2 cawan sahaja. Sedangkan aku haus yang amat sangat.

Setelah selesai aku disuruh baring atas pangkin yang di bawahnya telah siap dengan arang yang telah terbakar. Woouuu!! panasnya... aku berpusing-pusing supaya seluruh badanku terkena bahang tersebut. Ibuku mengambil halia yang dicampur dengan minyak tanah dan dilumur diperutku, serta dipakaikan barut.

Mukaku disapu dengan bedak khas untuk orang bersalin yang juga dibuat oleh ibu. Sekejap-kejap ibu menghantar air akar kayu untuk diminum. Tidak menjadi masalah padaku minum akar kayu dan air kunyit ...yang aku tak tahan ialah air minum disekat...yang ini susah sikit, aku ada curi minum kerana dah tak dapat menahan dahaga lagi. Sepanjang-panjang hari aku berihat saja..urusan anakku diambil alih oleh ibu.


Gambar-gambar ini untuk hiasan sahaja

Dalam Pantang...Suatu Keselesaan atau Penyeksaan



Gambar-gambar adalah hiasan dan terpulang kepada anda memilihnya...bukan iklan.




Aku dalam pantang dijaga oleh ibu di kampung, seperti menatang minyak yang penuh, aku dapat merasakan betapa sayangnya keluargaku kepadaku.

Barulah aku rasa betapa peritnya berada dalam pantang, air minum panas dan tak sampai setengah gelas. Lauk hanya ikan masin bakar, ikan bilis digoreng dan dicampur dengan lada hitam dan sesekali daging dan ayam.

Masakan mesti dibubuh lada hitam. Ibu memasakan aku sambal ikan daing, iaitu ikan masin dimasak seperti rendang daging sampai kering , sedapnya ,itulah kepakaran ibuku di kalangan keluarganya.

Ibuku menyediakan sendiri ubat bersalin dan alat-alatan dalam pantang. Dia hanya memanggil tukang urut untuk mengurutku selama tiga hari, yang lain-lain dia buat sendiri.

Setiap pagi aku disalai, duduk atas katil salai dan dibakar arang di bawahnya untuk memanaskan badanku supaya pulih seperti biasa. Kata ibu dulu orang tua-tua gunakan kayu pokok rambutan kerana panasnya tahan lama. Kawan-kawanku mengusik, Wau!!! betul-betul jadi Permaisuri Raja dia!!!

Jelesle tu kataku.. hehehe!!



disambung - apa yang aku alami masa bersalai..

Aku Kantoi....dalam Pantang.


”Makanlah buah tembikai tu” kata suamiku . Dia mengambil sesudu dan menyuapkan kepadaku.

Aku ingat-ingat ibuku dah berpesan tak boleh makan buah tembikai nanti badan sejuk, tak silap akulah. Tiba-tiba aku tersentak ” Jangan makan tembikai tu , sejuk, jangan, jangan.” sergah ibuku. Kantoi aku.




Ibuku baru sampai dengan ayahku dan ayahku memberi salam. Kami berbual berkaitan dengan kelahiran anakku. Kebetulan bulan ini bulan Ramadhan , ini bermakna aku tak boleh berpuasa hingga hari Raya.

Orang sekarang mereka akan berpuasa apabila darah nifasnya berhenti. Tapi ketika itu tak ada orang beritahu..kenalah aku mengganti puasa sebulan.

Sakitnya....Bersalin.



Aku dimasukkan ke bilik bersalin, kerana kesakitanku sudah menunjukkan aku akan bersalin tak lama lagi. Sakit yang amat sangat, Ya Allah tabahkanlah aku menghadapi dugaan, semua perempuan akan menempuhinya sejak zaman berzaman.

Sekejap sakit sekejap tidak.. lama kelamaan sakitnya tidak berhenti-henti dan hinggalah aku bersalin. Bayiku menangis dengan kuat sekali... hilang rasa sakitku apabila mendengar suaranya. "Lelaki Dik, kata bidan memberitahuku. Dulu tahun 1977 tak ada scans untuk mengetahui jantinanya....best juga , bersalin baru tahu laki ker perempuan.

Nasibku tak baik, masa aku bersalin Doktor keluar.. aku dengar dia nak ke bank nak ambil gaji baru Kabinet dan tunggakannya sekali. Kami menunggu lama tapi sampai akhir doktor tak hadir, jadi semua urusan dibuat oleh bidan dan nurses. Mereka baik-baik belaka.. aku dan anakku dihantar ke wad. Lega rasanya setelah menempuhi saat-saat genting dalam hidupku.

Ya Allah aku bersyukur , kerana memudahkan aku melahirkan bayi yang pertama ini. Alhamdulillah.

Kelahiran Anakku Lordmint.



Asyik aku memerhatikan anakku yang baru lahir beberapa jam lepas. Comel betul mukanya, rupa aku masa kecil agaknya. Tiba-tiba suami menerpa dengan hairan dan agak terkejut.
”Dah bersalin, bila? ” sambungnya lagi.
‘Tengah hari tadi ‘ kataku.



Suamiku merenung anaknya begitu asyik sekali, sesekali dia tersenyum bahgia, maklumlah anak pertama dan lelaki pula tu, yang memang diidamkan sejak aku mengandung lagi. Suamiku bersuara lagi ‘ Ngapa tak makan ‘ bila ditenguknya makanan di meja belum disentuh.
Aku sebenarnya keletihan kerana sakit bersalin sejak dari pagi lagi, rasa tidak berdaya yang amat sangat . Hatiku tetap gembira kerana memang sangat-sangat menanti kelahiran si comelku. Suamiku mengambil talam makanan dan meletakkannya di depanku. Makan-makan, tak boleh nanti perut kosong ,sakit lain pula datang,” katanya.



Aku pun makanlah, betul juga kalau masuk angin lagi kacau. Lauk ayam masak kicap , sayur sawi dan buah tembikai. Mula-mula tadi rasa tak selera, tapi bila makan sedap pula rasanya, kerana aku dah tak makan dari malam tadi lagi.

Thursday, January 28, 2010

Madam Lulu/Dee anak muridku .....




Madam Lulu/Dee adalah anak muridku semasa aku mengajar di SMK Derma, Kangar,Perlis. Dia seorang murid yang sangat baik dan berdisiplin, semua guru dan murid sukakannya. Pada tahun 1977 aku melahirkan anakku Lordmint, merupakan anak sulungku. Dee dan kawan-kawan telah datang menziarahku dan menbawa cenderahati untuk anakku. Tapi aku agak lupa nama mereka, rasa yang ada dalam gambar ialah Zakiah dan Zalina seorang lagi aku dah lupa.


Diharapkan semua mereka berbahagia di samping keluarga.
Pada masa sekolah dulu Dee suka berkawan dengan murid-murid perempuan, dan dia sangat rajin membantu cikgu membawa buku dan beg cikgu-cikgunya. Aku harap Dee masih ingatkan aku...tak tahulah sebab sudah 33 tahun yang lalu. Aku memanglah ingatkan dia kerana wajahnya sering keluar di tv.




Aku berharap akan berjumpa dia pada satu hari nanti. Hai!! Dee masih ingatkan Cikgu!!

Kalau Dhamirah Asilah nak future daughternya !! cute habis.






Aku pun teringin juga nak future grand daughter/cucu macam itu ya Dhamirah. Jangan marah aku salin gambar itu!! bukan apa mengiktirafkan kecutetannya..boleh bawa mimpi hehehe!!


Memang aku InsyAllah akan dapat cucu tak lama lagi...tapi telah ditakdirkan cucu lelaki dan memang impian kedua anakku. Allah telah mengkabulkan doa mereka. Tapi belum lahir lagi.....

Tangkap Syahdu ...Bicara Ehsan



Aku rasa sedihlah pulak bila menonton cd Bicara Ehsan yang dihasilkan oleh pelajar sempena Majlis Persaraanku. Terima kasih kepada AJK :

Penasihat - Cik Maizura
Pengerusi - Arvin Raj
Ketua MPP - Thirann
Ketua Editor - Nur Atiqah
Penyunting & Jururakam - Anis Hayati


Aku masih teringat suatu hari Atiqah & Anis datang berjumpaku, mohon untuk temuduga, tetapi aku tersangatlah sibuknya untuk persediaan persaraan. Semuanya mesti disiapkan sebelum bersara. Aku tak mahu terhegeh-hegeh datang lagi untuk menyiapkan kerja-kerja yang belum dibereskan.



Aku pernah dengar cerita ada Pengetua yang hadir ke sekolah selepas pencen setiap hari, hingga pentadbiran baru mengadu ke pihak atasan. Aku tak mahu terjadi padaku.


Pada ketika itu tak diterangkan ngapa temuduga itu dilakukan, konon untuk mensurprisekan aku... hingga ke akhirnya aku tak ada dalam Bicara Ehsan itu. Alangkah terkejutnya aku bila ditayangkan pada Majlis Persaraan itu..aku tak dapat buat pesanan apa-apa!! nyesalnya aku..ngapa tak tanya mereka untuk apa!! atau nyapa tak luangkan masa hanya beberapa minit saja, ia dapat disimpan untuk seumur hayat.

Nyesal kemudian tak berguna.. Sekurang-kurang dapatlah aku meninggalkan pesan kepada semua murid dan guru-guru. Walaupun pesanan telah disampaikan dalam kata-kata akhir tapi ia berlalu dibawa angin entah ke mana..kalau ditanya balik mungkin tak ada siapa yang ingat.. Sedih! Sedih ! Sedih ... Menyesal Kemudian Dah Tak Guna...

Wednesday, January 27, 2010

Majlis Persaraan

Gambar acara-acara majlis yang dijalankan begitu meriah sekali.Mohon gambar tidak berkualiti kerana di shotkan daripada gambar. walaubagaimana pun dapat merakamkan peristiwa yang penuh bermakna padaku pada hari itu.


Murid-murid dan Guru-guru telah hadir untuk turut serta dalam majlis ini. Kagum melihat mereka ,dengan penuh disiplin menghadiri majlis persaraanku, tanpa membuat bising sentiasa mengikuti majlis dengan baik hingga ke akhir majlis.




Aku merasakan syukur kerana Guru-guru SMKDE dapat membentuk mereka menjadi Ehsan Cemerlang yang menjadi moto sekolah tersebut. Aku tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Aku mengharapkan anak-anak didik mereka terus mencapai kejayaan walau di mana berada.



Kepada Guru-guru kekalkan prestasi tuan-puan agar SMKDE terus menjulang nama di persada pendidikan dan mengharum nama bukan sahaja di Daerah Gombak tetapi di Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan. Kita telah mencapai kejayaan itu!! kekalkan dan buat yang lebih cemerlang untuk Agama , bangsa dan Negara. Aku sentiasa melihat SMKDE sebagai sekolah terakhirku, walaupun aku tidak dapat memahatkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku sangat ingin meletakan Keputusan PMR ke tahap 90% tetapi apakan daya setakat 89.91% pun dengan kerja kuat guru siang dan malam,mungkin jadi kenangan pahit/manis seumur hidup mereka. Maaf ya Cikgu!! ya Ampun!!

Majlis Persaraan - Kenangan yang sukar dilupakan


Pada 3hb Mei 2007 cukuplah umurku 56 tahun dan aku memasuki zon baru dalam sejarah hidupku sebagai seorang pesara kerajaan yang dibiayai hidup ini sepenuhnya hinggalah aku menghembuskan nafas yang akhir oleh kerajaan. Beberapa hari sebelum bersara kulihat suasana di sekolah macam ada pesta, tetapi disorokkan daripada pengetahuanku. Tapi aku agak dah ada latihan-latihan bagi acara-acara yang akan dijalankan secara senyap.

Aku memohon agar tidak ada acara membawa aku keluar dari kawasan secara rasmi, seperti selalu acara bersara untuk pegawai-pegawai lain, juga mengadakan acara ringkas supaya tidak membazirkan masa dan wang.

Pagi itu aku dah mula rasa sedih...dan air mata macam nak keluar saja tanpa dijemput pun. Inilah hari akhir aku bertugas setelah 31 tahun berada dalam perkhidmatan perguruan. Aku bertahan tidak keluar ke pejabat atau ke maktab perguruan. Ramai kawan-kawan yang keluar dari sekolah kerana merasakan bebanan berada di sekolah. Padaku hingga ke akhir ini pun masih sangat sayang dengan perkhidmatan perguruan.

Aku dengar keadaan sekolah dah berubah suasana agak berbeza, murid-murid sudah ke dewan dan aku dijemput untuk perarakan rasmi bagi majlis rasmi terakhir dalam perkhidmatanku pagi itu 29hb April 2007.


Majlis berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir!! sedih, terharu dan gembira yang tidak dapat digambarkan. Syukur Alhamdulillah, Allah mengizinkan perkhidmatanku
berjalan dengan baik hingga ke akhir perkhidmatanku. Kenangan pahit dan manisnya dalam kehidupan seorang guru akan ku titipkan dalam coretanku bila kurasakan ingin berbuat demikian.

Tuesday, January 26, 2010

Sakitnya Mencari Seorang Isteri ....sambungan!!!



Aku memperkenalkan seorang gadis berkerjaya kepada kawanku. Rupa cantik, tahu agama, keluarga baik-baik, cukup dengan budi-bahasa dan cukup berdikari. Harapanku agar calon yang ini akan menjadi. Peringkat awal tentu mereka mengenal hati budi masing-masing, malahan telah diperkenalkan kepada keluarga kawanku.




Mereka pun suka kepada gadis ini, pandai memasak dan menguruskan rumahtangga. Perwatakan yang menyenangkan, sangat pandai bergaul dan mengambil hati orang tua. Gadis ini juga boleh dibawa ke tengah dan ke tepi.. kata orang tua-tua.

Kawanku agak gembira dengan calon yang kedua ini. Seperti selalu ia membawa si gadis ke majlis-majlis dan perjumpaan bersama-sama kawan, berkelah..seperti selalulah. Semuanya tidak ada masalah, berjalan dengan baik, malahan kawan-kawannya, saudara-mara suka kepadanya , memang ada keistimewaan si gadis ini. Ibunya memang gembira dengan calon yang ini..harapan ibu untuk menumpang kasih.

Maka kawanku berkira-kira hendak merisek dan persahabatan semakin serius. Si gadis pun selalu bertandang ke rumahnya. Malahan sentiasa menelefon ke rumah berbual dengan ibu kawanku, menanya dan mengambil tahu tentang kawanku. Si gadis semakin berani , seperti menyoal siasat si ibu tua berkaitan dengan kawanku.

Hendak dijadikan cerita, suatu malam kawanku pergi keluar dengan kawan-kawannya... hingga lewat malam . Si gadis sudah menelefon berkali-kali,hingga pukul 11.30malam. Agak kerana tak puas hati si gadis datang ke rumah kawanku..untuk menyelidik, ke mana perginya kawanku. Terkejut Ibu tua menerima tamu tengah malam, yang nampak macam sangat marah kerana mendapati kawanku tiada di rumah.

Si Ibu tua memujuk si gadis agar dia balik ! kerana tidak manis dipandang orang. Pagi-pagi esoknya si gadis sudah sampai ke rumah..seperti polis menyoal siasat. Minta h/phone, memeriksanya..hingga jadi pergaduhan besar antara mereka. Hilang segala kecantikan dan budi bahasa sebelum ini. Ibu tua terkedu!! inikah cerita..akhirnya. Emmm!! apakah keputusan yang diambil oleh kawanku!!.. hanya sikit salah faham yang menimbulkkan perasaan cemburu kepada si gadis.


Kata orang tua-tua , cemburu tu tandanya sayang, Si gadis pun sudah memenuhi semua syarat yang dikehendaki . Cantik, pandai Agama, keluarga baik-baik , kaki cantik, tumit kaki berair saja, gigi lengkap, tidak pakai cermin mata...hehehe ..keti...tut pun wangi...!! Kawanku !!! ...apa keputusanmu , aku tak mahu campur dalam membuat keputusan.

Monday, January 25, 2010

Oh Tidak!!, Pada Bau Busuk!!




Pewangi-pewangi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Di rumah, di pejabat, di surau, di dewan dalam kereta dan sebagainya. Begitu juga badan kita, pewangi memainkan peranan, seperti badan, ketiak, rambut, muka , tangan dan sebagai.


Seolah-olah memberi gambaran tak sempurnalah kehidupan kita tanpa pewangi. Sekarang ini sudah maklum pengetahuan ramai berbagai-bagai jenis pewangi, berbagai-bagai jenis baunya dan berbagai-bagai fungsinya.Bagi yang tak suka kepada baunya diwujudkan pulak berbagai jenis freshner yang mengeluarkan bau-bau natural seperti bau limau,levender, ros, jasmin dan sebagainya.


Dalam rumah di ruang tetamu, dalam bilik tidur, di dapur dan juga dalam tandas..semuanya berbau segar dan wangi. Aku juga sangat berminat dengan udara yang segar berbau semulajadi seperti bau limau, levender, jasmin dan sebagainya. Adakah dari segi kesihatan bau wangi boleh merosakkan sistem badan kita?
7869942

Kajian mengatakan bau wangi tidak merosakkan kesihatan. Mengapa kita perlukan bau yang segar ini?? Jawapannya dah tentu kita hendak Nyahkan bau busuk. Apa perasaan kita kalau balik ke rumah,, tiba bau busuk menyusuk hidung kita..tentu kita tidak selesa berada di situ. Kawasan perumahanku pada satu ketika terdapat pencemaran bau yang sangat serius... kerana terdapat loji pembuangan sampah haram.


Aku sangat sensitif dengan bau!! apa lagi di rumahku, ku letakkan freshner serata rumah, di ruang tamu, diruang tv, di dapur, di bilik air di tandas dan di bilik tidur. Aku membeli berbagai-bagai jenis freshner dan menyemburnya selalu. Sekarang loji sampah haram itu telah ditutup dan dah tidak ada bau busuk lagi. Syukur, Alhamdulillah...penggunaan freshner dapat dikurangkan.
Hoora
Kawasan perumahanku dah segar kembali!! Hooray!! hip hip!!